Thursday, July 29, 2010

Pekerja perlu ada 'value added'

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Baru-baru ni Ana menghadiri satu ceramah yang dianjurkan di tempat kerja. Ceramah tersebut bertajuk 'Tansformasi Minda Menjana Kompetansi dan Keterampilan Akedemia' telah disampaikan oleh Y. Bhg. Dato' Dr Ismail B Alias. Sebenarnya, sasaran ceramah ini adalah kepada golongan pensyarah, tetapi biasalah, program-program seperti ini jarang mendapat sambutan. Jadinya, pekerja dari bahagian pentadbiran yang perlu meramaikan program tersebut. Dah jemput penceramah dari jauh, tentulah memalukan bila pesertanya tidak ramai atau tiada sambutan. Mujur juga diadakan pada waktu kerja, jadinya tidaklah terkejar-kejar nak mengambil anak di nurseri.

Tak sangka, pada permulaan ceramah tu, Ana dah tersengguk beberapa kali. huhuhu... teruk sungguh pekerja ni, orang dok bagi ceramah, dia dok tersengguk tidur. Tapi lama-kelamaan, ceramah yang di bentangkan semakin seronok pula dan mata Ana kembali terbuntang luas...hahaha..


Antara isi kandungan ceramahnya adalah:

5 mind for the future  atau 5 jenis pemikiran masa depan
  1. The Disciplined Mind
  2. The Synthesizing Mind
  3. The Creating Mind
  4. The Respectful Mind
  5. The Ethical Mind
Kata Y. Bhg Dato', nombor 1-3 adalah untuk diri sendiri. Nombor 4-5 adalah hubungan diri kita sesama manusia dan tuhan.
Katanya lagi, pekerja perlu sentiasa relevan, mengambil bahagian dalam penyelesaian masalah/penghasilan idea, perlu ada nilai tambahan, perlu mencipta nilai, perlu mempunyai kelainan dan yang paling akhir, perlu berpegang kepada integriti diri.

Banyaknya kekurangan diri Ana dalam pekerjaan. Ada hikmah juga bila dipaksa datang mendengar ceramah ni. Semoga menjadi panduan agar dapat bekerja dengan lebih berdedikasi lagi.

12 comments:

  1. kak ana... apa maksud kelebihan tambahan?

    ReplyDelete
  2. Sorry, tersilap translate dari perkataan added value..sebenarnya nilai tambahan.K.ana dah betulkan...K.ana bagi contoh aje lah yer...A dan B bekerja sebagai guru.Kedua-duanya guru Seni Lukis. Tetapi si A ada added value seperti mahir atau minat dlm bidang fotografi.Dia pandai menggunakan kamera profesional dan boleh menggunakan kebolehan tersebut sebagai kerja sampingan atau sekadar hobi sahaja.Kebolehan tersebut boleh digunakan semasa aktiviti sekolah.

    ReplyDelete
  3. bagus dengar talks yang macam ni.cuma kadang2 kita je yang rasa boring nak dengar walaupun belum masuk kat tempat talks tu lagi...bestnye kalau dapat pergi.ada sesiapa yang nak paksa i tak?hehehe

    ReplyDelete
  4. SyidaGorjes
    Hehehe...nak kena paksa, baru nak pi yer kak...hahaha..

    ReplyDelete
  5. mmg bagus kalu kita hadiri kursus camni....sekurg2nya boleh prtingkatkan ilmu kita...setiap org xsama kebolehannya..mcm ana bg contoh seorg guru xsama antara satu sama lain.....

    ReplyDelete
  6. kak NZA
    hehehe..kak..contoh tu adalah cik abang ana sendri..kekeke..bg cth yg terdekat dan yg boleh nampak

    ReplyDelete
  7. bestnyaa dpat pegi dgr ceramah2 motivasi camtu.barulah rasa bersemangat skit.sejak2 resign ni,asik dgr ceramah hubby jee lar kt dlm umah ni.kihkihkih!

    ReplyDelete
  8. Haha..ceramahlah jgk tu..k per...yg penting ada nasihat/pedoman...apa salahnya,kan?

    ReplyDelete
  9. huhh.. lamanya tak dengar motivation talk secara live.. so far bila ade ruang dengor dr TV jer...

    syntesizing tu apa ya maksudnya...
    dah lama meninggalkan alam pekerja & majikan ni... kdg2 rindu.. bila ade offer yang dtg.. teringin nak kerja.. tp bila pk tak sanggup nak tinggalkan anak... rela tolak offer..

    ReplyDelete
  10. salam ziarah. tima kasih atas kunjungan ke sana....

    baguskan ceramah ni...

    ReplyDelete
  11. kakyong
    Synthesizing Mind tu kalau dr yg ana faham apa yg penceramah tu terang bermaksud kebolehan menggabungkan idea
    Mcm cth...nak tangkap gambar, ada kamera murah jer,yg tak berapa kualiti dan mahal sprt kamera seorang profesional. Tapi dgn adanya ilmu ttg fotografi, semua tu x mjadi halangan. Yg penting pandai guna setting kamera tu, teknik2 pencahayaan, kedudukan objek yg hendak ditangkap, tahu dan kenal ttg kebolehan kamera itu dsbgnya.Lagi satu nak jadi cameraman, xleh ada perasaan malu dan kena berani utk dptkan shoot yg menarik.
    Hahaha..cam nak buka kursus fotografi plak ana ni...

    ReplyDelete
  12. idasm
    Terima kasih kerana sudi singgah

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^