Monday, August 16, 2010

Bersatulah Mereka Akhirnya...(part 2)

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Salam buat semua rakan-rakan blogger. Lama betul Ana tak post cerita. Dan lama juga Ana tak meninggalkan jejak/ komen di blog rakan-rakan blogger. Kalau buka pun, sekadar membaca cerita sahaja, sekadar menghilangkan rasa tegang yang sedang dilalui sekarang. Ada sesuatu yang berlaku, yang begitu mengganggu fikiran. Mungkin bagi sesetengah orang, ia hanya perkara kecil sahaja. Tapi tidak bagi Ana. Nak-nak pula, ana ni memang jenis cepat susah hati. Kalau datang masalah atau ujian, Ana senang tension. Walau apa pun, kali ni ana tak nak cerita lagi tentang perkara ni. Seperti yang telah bagitau, ia hanyalah ujian kecil dari Allah sekadar untuk menguji Ana sebagai hambanya yang telah banyak lalai dalam melakukan ibadah kepadanya.Ok..stop setakat itu dulu. Nanti lah, bila dah ada kekuatan, Ana akan luahkan di sini.
Seperti yang dijanjikan sebelum ni, Ana akan paparkan lagi beberapa gambar semasa majlis hari bahagia adik Ana. Taknak celoteh panjang. Biar gambar sahaja menceritakan kebahagiaan dan keceriaan di setiap detik yang telah dilalui itu.


Saat menanti detik-detik diijabkabulkan. Tengok tu, teror tak? Semestinya kena amik part yang ada gambar Ana juga. Hehehe..senyum menawan tu khas untuk photographer yang amik gambar..kehkeh..
siapa lagi kalau bukan cik abang Ana.

Kenduri di sebelah pihak pengantin perempuan... susah nak cari gambar mereka berdua berposing elok-elok. Huhu..Banyak yang candid. Jadi paham-paham ajerlah, bila gambar candid ni. Ada yang ternganga mulut dan sebagainya. So, amik jerlah mana yang ada.

Kenduri di sebelah pihak pengantin lelaki (sebelah famili Ana lah tu). Saat dijemput dan ketibaan. Diiringi paluan kompang yang berada di hadapan rombongan. Hana tersenyum manja. Muhaimi plak..alahai..kenapalah suka sangat kemam mulut tu?

Ana paling suka gambar ni. Nampak natural.

Di belakang kereta Hana. Mini tuuu...hoho...my fav car

With all my younger sisters ... Hanisah and Shuhada. Ladies in purple. Tema famili pengantin lelaki. hahaha..
Depa berdua ni pun blogger juga. Baru dok berjinak-jinak. Welcome to da club, sis!
Di belakang tu, Tuan Haji Taha (baba Ana), my love paparazzi (cik abang Ana dan Taufik, adik) dan makcik Timah (jiran mama). Tak pastilah masa ni mama dan Aqilah ke mana. Semua bertaburan merata-merata. Cukup susah nak bergambar satu famili. Gambar last ni diambil di rumah pengantin perempuan.





12 comments:

  1. suka sangat tgk pengantin pakai baju hitam tu...berseri-seri..jarang dpt jumpa pengantin pakai baju macam tu.
    setiap dugaan tu ada hikmahnya, harap ana tabah ok

    ReplyDelete
  2. semoga brbahagia selamanya......sama cntik sama padan....

    ReplyDelete
  3. wah... cantek la sama padan... tahniah kak ana dpt adik ipar yg cute...

    p/s: hawa dah ok... alhamdulillah..

    ReplyDelete
  4. best tgk pic kawen tu semua. semuanya ceria dan gembira. semoga jodoh diorang berpanjangan hingga ke akhirnya....

    ReplyDelete
  5. meriah2...

    ana; akak pun jenis cepat risau. Tapi akak takde ler tensen cuma otak ni asek pikir..pikir..pikir camne nak selesai. Kdg2 pikir tu sampai susah nak tido. Tp bkn ler tensen..cuma risau tu keterlaluan sgt, hahaha

    ReplyDelete
  6. tahniah buat Ana.. bertambah lagi ahli keluarga.. jrg le pengantin pakai hitam, nampak istimewa.... tak panas ke pengantin pakai hitam...

    ReplyDelete
  7. MAMASYAZA,
    Kak Su, terima kasih atas doamu.
    A'ah..Ana pun mmg 1st time lah tgk pengantin pakai baju hitam.hehehe...itu depa berdualah punya idea...kami ikut jer

    ReplyDelete
  8. 10
    TQ Aten

    HAwa dah baik? Alhamdulillah.Lepas ni cargas balik lah dia..hehe..

    ReplyDelete
  9. idasm
    Terima kasih, kak Ida - bagi pihak

    ReplyDelete
  10. ALoNa Cintamaniszlite
    Memang meriah, kak. Seronok sangat.

    Tensen kategori saya tu lebih kurang mcm kak lah jgk. Suka dok pikir. Tambah2 kalo dok sorang2.huhu..

    ReplyDelete
  11. kakyong,
    TQ kakyong.
    Memang jarang tgk pengantin pakai baju kaler hitam
    Tak panas kot. Alahamdulillah, sebab cuaca pun tak panas sangat masa tu.

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^