Thursday, August 26, 2010

BLOG "JANJI KASIH" DITUTUP

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Selepas berbincang panjang dengan cik abang semasa sahur tadi, Ana telah mengambil keputusan untuk menutup terus blog e-novel Ana 'JANJI KASIH'. Kenapa tutup? Blog tu Ana buat adalah sebagai percubaan untuk Ana menulis hasil karya Ana sendiri. Satu kesilapan besar adalah apabila Ana letak 1 tajuk untuk 1 karya sahaja. Jadinya, bila Ana tiada idea atau tidak aktif menghantar post untuk update sambungannya, ia semakin bersawang. Dalam tempoh setahun ni, followers yang Ana dapat cuma 16 orang sahaja. Sesuailah dengan bilangan post nya pun.kehkehkeh...

Dengan itu, ana mengumumkan penutupan blog JANJI KASIH pada hari ini (Khamis, 26 Ogos 2010).
Walau bagaimanapun, pembaca yang begitu setia mengikuti cerita si Khadeeja dan dunia buniannya ini masih boleh membacanya di blog Ana yang satu lagi iaitu ANTARA ILHAMKU
Blog ini ana buat khas untuk himpunan karya-karya Ana dalam bentuk e-novel dan e-cerpen.
BLOG E-NOVEL JANJI KASIH
 Selepas ini, giliran blog DUNIA CINTA JASMIN pula. Ana akan buat peringkat demi peringkat.
Jangan susah hati, cerita Jasmin dan Luqman juga boleh dibaca di blog ANTARA ILHAMKU
Untuk yang baru berminat nak jadi followers (ada ke? Ahaks!), boleh terus ke blog AI Ana itu.

BLOG E-NOVEL DUNIA CINTA JASMIN
Khas untuk pembaca JANJI KASIH dan DUNIA CINTA JASMIN yang disayangi,
Ana ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana sudi membaca hasil karya Ana, sudi memberi komen dan tak sabar-sabar nak tunggu sambungannya. Ana harap semua pembaca dapat terus memberi sokongan kepada Ana agar dapat terus berkarya. 

Terima kasih!

8 comments:

  1. camne la kak nza boleh xprasan kewujudan 2nd blog ana tu....
    Sayang la ana nk tutup...apa pn trpulang pd kata hati ana.....

    ReplyDelete
  2. Hehehe...xapa kak.Itu blog suka2 jer sbb br nak jinak2 menulis
    Ohh..akak masih boleh baca karya tersebut dalam blog ANTARA ILHAMKU.Semua karya2 tu ana dah transfer ke situ

    ReplyDelete
  3. ada bakat jd penulis rupanaya... syabas!!!

    ReplyDelete
  4. alahai janganla tutup terus ana...i suka baca novel tapi skrg ni sibuk sikit..mmg plan nk baca e-novel ana lps habis write up tesis nnt..keep up good work ana....nnt aintan akan jadi followers ana utk e-novel ana duni cinta jasmin tu insyaallah.....

    ReplyDelete
  5. idasm,
    Hehehe,idaklah berbakat tara mana pun. Sekadar merapu,merepek dan meraban ajer. Menulis tanpa kursus profesional,mana nak bagus sangat ceritanya.

    ReplyDelete
  6. mama3hz,
    Intan,ana cuma tutup blognya sahaja. Tapi Intan masih boleh ikuti setiap sambungan di blog ana yang lagi satu- blog ANTARA ILHAMKU
    Ana dah transfer semua hasil karya di sini
    Terima kasih kerana sudi membaca

    ReplyDelete
  7. Ana,
    ramai kwn2 yg kerja library memang punya bakat dlm penulisan.. x kira lah penulisan kreatif, artikel @ fiksyen...

    ReplyDelete
  8. Alahh, bakat ciput2 jer kakyong.Dulu xdak teknologi mcm skrg, sekadar catit dlm buku tulisan jer.Skrg x terbitkan jd buku pun takpa sbb ada blog.Suka hatilah nak buat mcm mana.Bila ada org baca,berbunga jgk hati sbb ada org nk baca jgk critanya.hehehe..

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^