Wednesday, August 25, 2010

Mini MAHA di Perlis

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Dah lama tak cerita tentang aktiviti anak-anak. Baru-baru ni di Perlis diadakan satu program untuk golongan yang terlibat dalam bidang seperti bidang pertanian, penternakan, perladangan, perusahaan dll. Untuk tahu lebih lanjut pasal Mini MAHA ni, boleh lawat di blog ini . Kebiasaannya, program MAHA ni diadakan di MARDI, Serdang (terima kasih Idasm atas makluman dan pembetulan). Tahun ni, depa buat macam road tour. Bagus sangat sebab bukan semua orang berkesempatan nak ke sana. Walaupun tidak segah seperti di sana, tapi ia tetap berfaedah untuk masyarakat. Cuma, mungkin kurang publisiti sebab ramai yang tahu pun di saat-saat akhir hari penutup.
Bagus juga bila diadakan program-program sebegini. Masyarakat boleh mengetahui serba sedikit tentang bidang berkaitan. Ana pun tak terfikir, rupa-rupanya banyak ilmu yang boleh didapati di sini. Benda yang kita tak pernah jumpa, kita akan lihat di sini. Lebih baik lagi, bila anak-anak didedahkan dengan apa yang terdapat di Mini MAHA ini. Mari kita tengok apa yang anak-anak Ana jumpa di Mini MAHA.

Ketibaan....


Ini pokok apa, mama?
Ini pokok cabai, terung, limau nipis.

Yang ni pulak?
Inilah pokok padi.
Adik Adlin pun nak pegang jugak pokok padi tu.

Inilah beras, nasi yang belum dimasak.
Oooo

Ini ikan.
Fish lah, mama.
A'ah. Samalah tu.

Di hadapan pintu masuk bahagian veterinar

Uuuu...
Tu ayam ke, mama?
Bukan. Ayam tak boleh berenang dalam air. Itu Itik.Baby itik
Itik boleh berenang dalam air?
Boleh.
Ooooo...

Baby itik dan ikan emas diletak dalam kolam yang sama

Kakak Wani pegang bulu kambing. Adik Adlin nak pegang jugak. Sentuh pelan-pelan yer.
Nanti terkejut pula kambing tu. Mujur kambing-kambing tu tidur.

Comelnya arnab tu...

Kakak Aqilah bercakap apa dengan burung merak tu?
Cantiknya bulu burung ni.

Hoh! Tingginya tengkuk burung ni. (Sampai ternganga mulut si Iwani)
Inilah flamingo

Iwani : Kakak, tengok tu. Burung famingo ni tinggi. Kepala dia panjang, kaki dia pun panjang.
Aqilah : Uuuuu...

Bird

Burung kakak tua... hello..hello..my name is Aqilah. What is your name?



Peace di hadapan khemah bahagian pokok orkid

Seronok benar bila dapat bawa anak-anak menjelajah tempat-tempat seperti ini.
Ana harap anak-anak Ana dapat belajar sesuatu dari sini.
Jadi, kalau nanti ada program seperti ini di tempat kawan-kawan,
jangan lepaskan peluang untuk meneroka bersama anak-anak.

5 comments:

  1. Maaf , pembetulan sikit, MAHA dianjurkan 2 tahun sekali bertempat di MARDI, serdang. Bukannya di pwtc. Ida selalu terlibat dgn jualan kat MAHA.

    Apa2 pun mini MAHA yg diadakan di perlis sana mmg bagus, dpt memberi peluang org2 di sana menambah ilmu ttg dunia pertanian.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas pembetulan

    Cammana ana leh ingat MAHA buat kat PWTC...rasa2 cam penah p pameran kat PWTC masa belajar dulu, dok ingat MAHA punya...ntahler..ingat2 lupa pameran tu ttg apa

    ReplyDelete
  3. bagus tmpt camni bw anak2...mrk boleh belajar byk perkara yg xpernah mrk tgk...bila la pameran camni nk mai muar lak......

    ReplyDelete
  4. kak NZA
    Betul kak..memang happening gak lah. Ada jgk jualan brgn IKS...
    Anak-anak pun suka dan sangat2 teruja gitew...

    ReplyDelete
  5. anak2 ana semua comey2... pic pun lawa semuanya...

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^