Friday, August 27, 2010

Nuzul al-Quran yang diingati

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Ana bukan nak cerita pasal Nuzul Al-Quran. Kalau sesiapa nak tahu lebih lanjut tentang Nuzul Al-Quran, boleh Google sahaja di Internet. Bercambah maklumat tentangnya. Tapi yang pasti, 17 ramadhan ini akan menjadi satu tarikh yang akan sentiasa Ana ingati sampai bila-bila. Kalau sesiapa masih ingat, Ana telah kehilangan datuk kesayangan (sebelah mama) pada 6 September 2009 bersamaan 17 Ramadan 1431 Hijrah (ceritanya di SINI). So, kalau ikut kalendar Hijrah, memang dah genap setahun pemergian arwah tok baba ke rahmatullah. Pada pukul 11 malam tadi, ana dapat mesej adik-adik yang diforwardkan daripada Anon (abang saudara aka sepupu), supaya menyedekahkan Surah Al-Fatihah dan berdoa kepada arwah.

Semoga roh arwah sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah SWT.
Arwah bertuah kerana meninggal di bulan Ramadhan.
Teringat pula maktok Nab di kampung. Dah lama tak balik Penang dan berjumpa dengannya.
Rindu pula Ana padanya.

AL-FATIHAH!

4 comments:

  1. Alhamdulillah, ada kebaikan yg kita dpt dr kemajuan ICT..ingat mengingat sesama kita....n brtnya khabar saudara mara yg jauh.....

    ReplyDelete
  2. kak NZA,
    Ya,betul tu kak. FB berguna juga untuk memberi makluman kepada orang2 yg jauh

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^