Wednesday, September 01, 2010

Banner Ramadan dan Merdeka

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Salam 1 September. Amacam sambutan Hari Merdeka semalam? Ana lepak kat rumah aje. Basuh baju, sapu sampah dan melayan anak-anak bermain sambil menyepahkan rumah, huhu....
Cik abang lak tolong Ana sawang siling umah yang dah macam gua penuh dengan web sawang labah-labah. Terima kasih abang, puasa-puasa pun sanggup tolong Ana cuci umah. Mesti penat. Sebab tu Ana tak kacau abang berblog sampai pukul 4 petang. Mujur anak-anak tak buat perangai sangat. Lebih kurang pukul 2, sambil dok membasuh baju lagi, Ana masuk dapur, bancuh susu Adlin. Bila pi balik ke ruang tamu, rupa-rupanya Si Aqilah dan Iwani dah terlena depan tv. Mengantuk sangatlah tu. Ana pun buaikan Adlin sambil layan tengok tv. Macam nak terlelap juga. Tapi kuatkan semangat, lipat juga kain baju yang dah menimbun sampai langsung takleh nak duduk atas sofa.
Alhamdullillah, tepat pukul 4 petang, siap lipat 3/4 dari timbunan.kehkeh...tinggal kain cadar dan kain pelikat jer. Ana ni memang pemalas nak lipat baju.
Nak-nak plak baju anak-anak yang kecik comel tu.Hihihi...alasannn...

Kalau perasan, bawah blog title Ana ada 2 banner yang sudah bertempek di situ. Ahaks! Suka! Suka! Itu hasil kreatif dari Cik abang Ana lah tu. Kat blog dia pun ada yang sama jugak. Kongsi-kongsi.




Terima kasih ya abang sebab tolong buat banner-banner ni kat Ana. Sebenarnya apabila Ana menjelajah ke blog adik-adik yang Ana follow, ada yang asyik tukar header semata-mata nak meraikan Ramadan dan Hari Kemerdekaan. Macam teringin jugak nak buat. Tapi memang tak terbuat punya. Nak hantar 1 post 1 hari pun liat wa lepat liat. Inikan pula nak tukar-tukar header. Tak sangka pula nawaitu Ana ni, telah memberi instinct kepada cik abang untuk design banner ni. Sehati sejiwa sungguh. Dia tengah gila kuasa berblog sampai berebut-rebut PC dengan Ana. Mujur ada laptop. Kalau ana pakai PC, dia guna laptop dan begitu lah sebaliknya. Tapi dia lagi rajin menulis. Tengoklah kat SINI (tentang fotografi)dan SINI (cerita sekolah dia). Senantiasa berupdate. Satu hari ntah berapa kali dia post. Ana pun tak terkira. Tapi sepanjang masa mengadap PC dan laptop tu jerlah kerjanya. Sampai sanggup tak minum air teh yang Ana buat. Huhuhu...sedih tau. Nak majuk. Takmo dah bancuh ayaq tolong jangan muntah ayat-ayat cinta somi istri ini.

Oklah. Ada hutang post lagi ni. Update lagi nanti.

5 comments:

  1. ana-mintak izin nak gak banner hari kemerdekaan tu...intan tk update lagi utk 30hb(versi salam merdeka) punya entri...hehehehehe

    ReplyDelete
  2. ohh..boleh. no hal. Amik jerlah. hehehe..

    ReplyDelete
  3. memamg rajin sungguh wat design ni ek? best la kak ana ada pembantu yg pandai dan rajin...

    ReplyDelete
  4. Aten,
    Kena bagi upah ler Aten sbb k.ana yg ajar cik abang ttg cara nak berblog ni.Tapi alih2 dia lagi expert sbb dia mmg suka mengkaji dan rajin dok ghodek2.

    ReplyDelete
  5. bagus lah ana.. sehati sejiwa.. saling support minat masing2..

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^