Wednesday, September 08, 2010

Edisi penghujung bulan Ramadan: 2

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Mesti pelikkan? Apalah Ana ni, edisi awal dan pertengahan Ramadan takdak. Tup-tup keluarkan post edisi penghujung Ramadan. Hehehe...tak ada menda yang nak diceritakan sangat walau pun sebenarnya banyak. Aktiviti si anak-anak pun ada lagi yang terhutang. Tapi tak apa. Bukannya nak kejar apa-apa sangat.
Majoriti dalam bulan Ramadan ni lebih banyak pengkisahan tentang menu berbuka. Sama sahaja hari-hari.
Minggu pertama pembuka awal Ramadan, Ana masak untuk berbuka. Menu utama daging masak dinding. Pastu, macam kebiasaan sahajalah. Lauk cap bazar ramadan. Ahaks! Dah namanya pun berbuka berdua sahaja. Kami jarang makan kuih ketika berbuka. Menu utama nasi, ikan bakar, gulai umbut pisang (bazar ramadan). Bila dah boring Ana pesan kat cik abang beli pula udang ke, sotong ke...hehehe..
Menu anak-anak, kadang-kadang Ana buat sup, goreng telur ka dan depa suka kalau ana gaul nasi dengan planta Dorina serta ikan bakar/ telur hancur. Dah jadi favourite plak masa bulan puasa ni. Asyik-asyik minta nasi dengan planta. Ada juga ana buat bubur kanji untuk berbuka. Jadinya, kanji itu juga akan jadi makanan anak-anak pada sebelah malam. Sebelah siang anak-anak makan di nurseri/ taski. Sebelah petang, selepas balik dari nurseri/ taski, Ana beli biskut ke, roti atau kek untuk anak-anak.
Sesekali tu, ada lah juga buat ayam/ nuget goreng atau buat air asam untuk cicah dengan ikan bakar.
Minggu terakhir bulan Ramadan ni, rumah kami meriah dengan kehadiran ibu bapa mertua Ana. 
Hari pertama mereka sampai, Ana masak gulai ayam dan sup tulang. Memang letih jugak sebab agak kelam kabut tapi seronok sebab waktu berbuka sangat meriah.
Ditambah pula dengan 3 anak dara yang sama-sam sibuk nak berbuka juga.
Semalam, cik abang minta belikan paper cup untuk buat muffin. Tetiba sahaja teringin nak makan muffin. Kat rumah memang tak ada peralatan nak buat kuih/kek/biskut ni. Jadinya, selepas waktu pejabat Ana terus rempit ke kedai jual bahan/peralatan buat kuih. Beli apa-apa yang patut.
Semalam, projek bersama ibu mertua dan adik ipar - Ana dan Iqah buat muffin dan mak buat kuih loyang. Hahaha... Sampai tengah malam dan inilah hasilnya

Barang-barang yang dibeli

Masih berenang di dalam minyak

Close up

Hasil tangan mak mertua

Fresh from oven

Blueberry muffin cake

Dah habis masak, Ana terbongkang letih sebab non stop sejak balik dari ofis.
Jadi, ada sesiapa yang nak rasa? 
Ada talent jadi chef tak?
Ahaks!

3 comments:

  1. org dok umah pun penat... tambah kak ana yg bekerja... double la penatnya lagi kan...

    sedapnya loyang dan muffin...

    ReplyDelete
  2. amboi...
    kakyong ni ntah bila la nak pass buat muffin & cake... tak jadi manjang..

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^