Monday, September 06, 2010

Iklan Aidilfitri TV3 macam Iklan Krismas

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Dah tengok iklan Aidilfitri dari TV3? hua..hua..Ana tak tau apa nak jadi sekarang ni. Ana yang cetek ilmu tentang dunia penyiaran ni, pun boleh beza iklan tu sesuai atau logik tak untuk masyarakat. Inikan pula orang-orang belakang tabir yang memang sedia-sedia kerjanya buat iklan. Takkan lah depa ni tak terfikir sensitiviti masyarakat? Kalau tengok balik, iklan dah ghupa macam iklan untuk raya krismas lah plak. Kalau lah nak kaitkan dengan tema 1 Malaysia sekalipun, buatlah cara lain. Ini adakah patut bagi naik kereta santa clause? Bunga teratai macam perayaan untuk agama buddha...entah apa-apa.
Walau bagai manapun, bagus lah TV3 dah tarik balik iklan tu. Harap-harap, selepas ni takakan berlaku lagi perkara-perkara macam tu. TV3 kena ambil iktibar. Ana bukan hentam tapi sekadar nak tegur. Lagipun, Ana memang peminat iklan-iklan perayaan. Suka tengok iklan dari TV3 dan Petronas.


p/s: Kalau sesapa yang tak penah tengok lagi, boleh cari kat youtube

1 comment:

  1. salam
    dah tengok dah
    n tv3 dah tarik balik penyiarannya

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^