Saturday, September 04, 2010

Kami Anak Malaysia!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Sepatutnya entri ni Ana nak buat khas sempena Hari Kemerdekaan. Tetapi atas sebab-sebab teknikal dari segi editing gambar, terpaksalah Ana lewatkan. Walau bagaimanapun, gambar-gambar ini diambil bukan pada malam ambang kemerdekaan. Ia diambil sebelum itu lagi. Tahun ini, pelancaran mengibarkan jalur gemilang sempena hari kemerdekaan diadakan di Perlis. Ia diadakan beberapa hari sebelum umat Islam menyambut kedatangan Ramadan. Ana dan cik abang serta anak-anak pergi pun dah agak lewat (buat pada sebelah malam) sebab tak cadang nak pi pun. Sebabnya, dok beranggapan, mesti ramai orang dan sesak. Malaslah nak berhimpit-himpit. Tapi cik abang memang pandai cari parking. Pastu, kami terus masuk jer ke bahagian depan pentas utama VVIP/VIP dan berada di belakang atau sebarisan dengan cameraman, wartawan siaran dan jurugambar persendirian Tak percaya? Nanti Ana tunjukkan buktinya. Tak payah pun nak bersesak-sesak kat bahagian penonton/ orang ramai. Cuma tak boleh tempat duduk jer. Tak kisah la sebab bukannya lama mana pun. Pi dalam pukul 10 dan kami balik dalam pukul 11 malam. Anak-anak memang tidur lewat pada malam itu walaupun esok tu kerja dan sekolah (teruk sunguh I ni, ajar anak-anak tidur lewat). Saksikan aksi-aksi kami yang berada di hadapan padang perbarisan.

Pertunjukan Perbarisan dan acara padang
Konvoi kereta lama dan generasi pertama keluaran proton

Konvoi generasi Proton yang baru

Pertunjukan akrobatik bermotor daripada tentera yang terlatih. Jangan lakukan aksi ini di rumah!

Hahaha...suka..suka..inliah buktinya..kedudukan kami di hadapan pentas utama, di hadapan padang perbarisan, di belakang para wartawan dan jurugambar

Tengok tu, yo yo oo..jer si Aqilah dan Iwani tengok pakcik-pakci tentera tu dengan motor besar.
Me and gurls!

Pertunjukan bunga api. Sangat-sangat mengujakan.
Acara akhir, pertunjukan payung terjun. Wow!
Oh..oh..tak ada watermark plak. Adoyai! Malas dah nak edit. Ini pun cukup susah nak combine gambar-gambar ni bagi orang yang tak reti guna illustrator dan photoshop seperti Ana. huhu...
Kalau sesiapa yang biasa nampak iklan kat tv, mesti perasan gambar-gambar perbarisan di atas.

4 comments:

  1. wahhhhh

    rajin akak pergi!!


    meriah betol! :)

    ReplyDelete
  2. Salam kak...meriahnya smbutan merdeka..Pic pun cantik2.

    Rindu dgn negaraku -_-

    ReplyDelete
  3. MOFASAD,
    Rajin bersebab tu.Hasben akak nak testing DSLR dia utk acara waktu malam. Kita ni penyokong dr blkg jer.Seronok jadi model x bertauliah ni.

    ReplyDelete
  4. ummuabdullahsyaakir,
    Aini..tu baru utk pelancaran kibar jalur gemilang..blum sambutannya lagi.Tapi tahun ni kerajaan buat sederhana jer sbb hari merdeka jatuh dlm bulan ramadan kan

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^