Wednesday, September 01, 2010

Macam Anak Kembar

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Kejadian pagi 1 September
Agak kelam kabut sikit pagi tadi sebab Ana baru nak masukkan baju anak-anak ke dalam beg sekolah depa. Mujur selepas sahur tadi, Ana tak sambung tidur dan dah cari siap-siap baju salin yang akan depa pakai di sekolah. Semasa Ana nak letak baju dalam beg Iwani, dia mengadu.
"Mama, beg sekolah Wani koyak."
"A'ah la. Zip hilang. Macam mana nak tutup kalau zip takdak? Nanti baju berterabur."
Mujur teringat si Adlin ada dok main dengan beg hadiah Hospital Mahsuri yang kaler ungu semalam. Ana terus soh Iwani amik kat atas. Beg tu agak kotor sikit. Tapi, tak apalah daripada pakai juga beg yang terkoyak tu.
Masa Aqilah masuk dalam kereta, si Iwani bagitau dia pakai beg baru (padahal beg lama, cuma berlainan sahaja dari kakaknya.)
Selepas kunci pintu pagar, Ana masuk dalam kereta. 
Aqilah dah muka monyok dan masam cemberut sambil marah-marah kat Ana.
"Mama ni! (nada marah) Ilah nak beg baru macam Wani. Ilah takmo beg Ben10 ni. Beg Ilah koyak jugak."
Erk!
Memang beg dia koyak. Tapi tak teruk. Zip bahagian depan tak boleh tutup (beg sekolahkan banyak partition) tapi bukan zip utama.
"Kakak, beg kakak masih boleh guna sebab koyak sikit aja. Beg wani langsung tak boleh tutup. Wani bukan pakai beg baru. Itu beg lama."
"Takmo. Nak macam beg Wani jugak"
Mampus aku! Lambat lagilah kalo mood tak baik macam ni.
"Kakak, nanti mama tunjuk beg wani tu bukan beg baru."
Sampai depan pintu sekolah, Ana tunjuk beg Wani yang ada kekotoran sikit tu pada dia tanda beg tu memang beg lama.
"Ini beg lama?"
"Ya, beg lama. Wani guna sat saja."
"Ooo.."
"Nanti cuti, kita pi kedai, beli beg baru kat kakak, ok? Sekarang tak bolehlah lagi. Mama ngan abah tak cuti. Tak boleh pi kedai."
Muka Wani pula dah cemberut.
"Wani nak beg baru jugak."
"Yerlah. Mama beli beg baru kat Aqilah dan Iwani. Dua-dua orang dapat beg baru. Ok?"
"Ilah takmo beg Ben10. Nak beg Barbie."
"Wani pun."
Huhuhu...
"Ok. Nanti kita tengok kat kedai. Jangan marah-marah na. Jangan gaduh dengan adik."
Aqilah angguk kepala. Wani senyum-senyum sebab bawak beg lain hari ni.
Alahai... anak-anakku. Beranak selang setahun sorang. Tapi rasa macam beranak kembar lah pulak. Kalau beli sesuatu benda, mesti nak yang sama. Semua baju depa terutamanya, mesti design yang seakan-akan sama. Kalau lain, mesti ada yang jeles. Kaler tak sama tak apa tapi dua-dua kena ada benda yang sama dan sama banyak. Kalau tidak, mesti bergaduh. aiyoo...penin den.
So, cik abang, nanti kita pi beli beg sekolah depa ya. Kesian pulak, beg dah terkoyak, terkeluar zip dan segala bagai...huhu..waktu-waktu cengginilah jugak beg tu nak rosak...takpalah demi anak-anak. Tiba-tiba teringat balik time Ana kecik dulu. Bawa beg kain yang maktok jahit jer untuk pi kelas mengaji Muqaddam. Agak-agak, kalo Ana jahit sorang sehelai, depa mau pakai tak beg kain camtu? Boleh jimat belanja. Kehkehekeh...

10 comments:

  1. hihihi..nk beg baru yer..mungkin sbb usia mereka rapat yer kak ana..buat mereka dah mcm kembar dah..
    seronknyer dah ada kembar..hihihi

    ReplyDelete
  2. ooo... beza umo x byk... dah tu sama2 girl lak sbb tu depa nak brg yg sama...

    ReplyDelete
  3. Min,
    A'ah..itulah.Macam kembar tapi 2 kali mengandung dan dua kali beranak.Sorang kluar kot tingkap.Sorang lagi kluar kot pintu.kehkehkeh....

    ReplyDelete
  4. Aten,
    Ada bagus dan ada x bagusnya beranak rapat ni.Tapi apa2 pun,ia rezeki.Depa ni mmg lagu tu.Kadang2 boleh main ok jer..kadang2 boleh gaduh2 sbb jeles yg sorang tu lebih. Sbbtu nak kena sediakan apap2 pun kat depa sama byk supaya xdak yg terasa hati

    ReplyDelete
  5. beranak setahun sorang?tabik 100 kali.kita yang ada sorang ni je pun macam dah nak terbalik rumah.hehehe

    ReplyDelete
  6. SyidaGorjes
    Hahaha..accident la syida..kalo ikut2 tu kena jarak at least 2 thn sbb yg sulung bsalin ceaser..dah rezeki terima jerlah...

    ReplyDelete
  7. dekat2 nk raya mmg mcm2 hal tuntut duit kluar...
    mmg ana, kalu umo beza xjauh depa cam kembar...sama gak dgn along, angah n beby masa kecik dulu..mcm kembar 3....

    ReplyDelete
  8. Ana,
    tak tau la camner anis & aliya nanti.. depa ni dah le beza umur 11 bulan 3 minggu jer.. la ni kecik lagi tak nampak sgt.. tunggu le 1,2 tahun lagi...

    ReplyDelete
  9. kak NZA,
    Hahah..kak lagi dasat dr ana..macam kembar 3 yer..tp tgklah skrg..kak NZA dah boleh goyang2 kaki sbb anak2 dah besar panjang...dah boleh tolong2 buat keja umah..jeles I...hehehe

    ReplyDelete
  10. kakyong,
    A'ah tu lah..bila beza umur dekat2,saiz badan pun dah nak seakan2...mau tak bli menda yg sama tp x serupa..hoho..camna tu?Tapi xpalah, terima sahaja. Telatah depa itulah penawar hati kita...

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^