Monday, September 20, 2010

SAYA ADA KETUMBUHAN!

Lama tak bersiaran. Memang kali ni Ana raya sakan kat Penang. Ana kan tak pakai CELCOM/MAXIS/ DIGI broadband. Pakai Streamix, mana boleh online merata-rata. Kalau balik kampung, komputer kat rumah tu memang berehat sepenuhnya. So, sah-sah ler Ana memang tak online minggu raya ni.

Maaf yer. Masih belum boleh upload gambar-gambar raya. Maaf juga buat kawan-kawan yang suruh ambil kad raya, tapi Ana langsung tak ambil. Ana memang nak buat entri khas untuk kad raya tu, tapi tak dan jugak. Sepanjang cuti raya ni, Ana cuma boleh blogwalking aja pakai broadband adik. Kalau rajin skit, baru komen. Tapi entri kat blog masih tak berupdate. Ana berhutang dengan kakyong sebab ada contest dan GA yang Ana sertai telah dipilih sebagai pemenang tapi Ana masih belum buat entri khas. Sorry kakyong, nanti Ana buat ya.
Cerita Edisi Penghujung bulan Ramadan adalah entri penutup bulan puasa tahun 2010. Huhuhu..sedihkan? Hari ni, semuanya kembali seperti biasa. Tiada lagi waktu sahur, waktu berbuka, terawikh...Ana rindulah pulak suasana tu semua. Cik Abang sudah mula bekerja Jumaat lepas lagi. Hari ni, anak-anak pula sudah kembali ke sekolah. Cuma tinggal Ana yang masih diberi cuti rehat. Aik? Ada yang yang hairan tak? Kenapa Ana masih cuti? Meh nak citer...
Bagi yang add Ana dalam facebook, mungkin dah tau status ana. Bagi yang tiada, ni Ana nak bagitau bahawa Ana dah selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada breast.
Alhamdulillah..syukur sangat-sangat sebab semuanya dah selesai. Ana pun dah tak susah hati lagi.
Untuk yang ada baca luahan susah hati Ana pada perenggan pertama dalam entri INI dan INI.

Inilah yang menyebabkan Ana susah hati. Sekarang dah lega sangat sebab dah berjaya melalui fasa masuk dewan bedah rasa macam masuk bilik mayat..hahahah! Untuk yang biasa bersalin secara pembedahan atau pernah buat operation, mesti tau macam mana keadaan dalam bilik tu. Ughhh! Ana memang fobia. Memang dalam hati dah bertekad, selepas bersalinkan Aqilah, Ana tekad memang tak mau masuk dah bilik tu. Tapi tak sangka, Raya ke-5 buat appointment, raya ke-6 Ana terus buat operation buang ketumbuhan tu. Maaflah yer, kalau perkara ini sensitif untuk sesetengah orang. Tapi Ana rasa, bukan semua mengalaminya. Macam doktor yang memeriksa Ana cakap, ikut nasib....ada yang tak pernah alaminya langsung, ada yang kena sekali sahaja dan ada juga yang kena berkali-kali..memang tak boleh elak. Ada yang cakap sebab kelenjar susu. Bila Ana tanya kat doktor, dia cakap sebab rembesan hormon yang berlebihan. Ana lupa lak hormon apa..dia ada cakap, tapi Ana ni bukan nak tumpu sangat kalau dah susah hati. Mula-mula depa gelarkan lump dalam Bahasa Malaysia...ketumbuhan. Selepas tu, ia digelar cysts (berdasarkan gambar ultrasound).

Untuk yang nak tahu lebih lanjut, google ja kat Internet. Ada banyak juga yang boleh anda semua tahu. Lebih baik ambil tahu. Ia memang tak merbahaya sebab doktor cakap ia bukan kategori kanser. Jadi Ana nak pesan kat semua kawan-kawan baik ana tak kiralah yang masih anak dara atau yang dah jadi ibu atau yang sedang menyusu anak, jangan fikir kita tak akan kena. Sebab "KETUMBUHAN BUKAN KANSER" ini tak kira sesiapa. Memang ia tak merbahaya. Jangan risau kalau ada elleh pesan kat orang dia tu sampai migrain punya dok fikir, kena risaulah juga sebab dok dalam tubuh badan kita. Kena bedah untuk buang bagi mengelakkan kemungkinan yang kita tak akan jangka.

Jadi, untuk semua kawan-kawan, saudara-saudara wanita yang Ana sayang, CHECK, PERIKSA PAYUDARA anda selalu. Tak susah pun. Mula-mula, letak 2 jari iaitu jari telunjuk dan jari tengah atas hujung hidung anda. Rasa tak seperti ketulan. Ok..selepas tu angkat jari dan periksa payudara anda. Kalau rasa ketulan seperti apa yang anda rasa ketika meletakkan jari di hujung hidung anda, jangan ragu-ragu. Teruslah berjumpa dengan doktor. Buat pemeriksaan lanjut. Biasanya mereka akan buat ultrasound pakai mesin scan yang diguna untuk check perut ibu mengandung.
Banyak nak cerita pasal operation tu. Lagi excited daripada nak cerita tentang raya. 
Sebab Ana nak kongsi dengan semua pengalaman ana ini. Sapa yang nak tau boleh tanya tanya kat ruang komen. Ana akan cerita personally kat situ.
Ana nak ucap terima kasih banyak-banyak untuk pihak-pihak yang telah banyak membantu ana tak kiralah yang direct atau indirect. Teristimewa buat Cik abang Ana, Mak dan bapak (mertua), mama dan baba (ibu bapa ana), adik-adik ana dan adik-adik ipar, saudara mara yang tahu (ana tak cerita kat semua, lagipun minor operation jer), rakan-rakan... doktor Klinik Payudara Hospital Tuanku Fauziah, Klinik Rafflesia, Klinik Faizah dan tempat operation Ana...KPJ Penang...huwaaa....abis duit raya pakai untuk pembayaran operation. Takpelah..yang penting dah selamat dan tak sakit langsung. Untuk sponsorship (takyah bagitaulah), thank you very much! Maaf tahun ni, takdak duit raya untuk mama,baba, mak dan bapak. Minta lagi ada. Huhuhuu....
Ok..dah bebel panjang sangat. Kang jemu lak. Tunggu entri raya untuk kategori cerita basi...huhu..

16 comments:

  1. semoga ana sembuh sepenuhnya. akak dulu pun penah gak mengalami sakit2 kat breast, siap buat ultrasound bagai, rupanya cuma masalah kecil, tp takut tu toksah dok ckp la, ketaq lutut2 nak makan pun tak dak selera

    ReplyDelete
  2. semoga cept sembuhh yerk... ciklinn pun haritu camni gak.. tpi doc ckp mas kalenjar jerk.. alhamdulillah tak apa2...

    selamat hari raya

    ReplyDelete
  3. MAMASYAZA
    TQ kak Su
    Hehe..ana ni leh dikategori penakut tahap gaban dah.Bab2 checkup ni penakut.La ni dah lega sgt2.Harap2 tu tak jadi balik dah. Byk kena fikir wlapun menda kecik jer

    ReplyDelete
  4. ~~Ciklinn~~
    TQ ciklinn
    Oo ye ker?Itulah,dia ada byk penyebab dan ada mcm2 jenis ketumbuhan ni dan ia tak semestinya kanser.Tapi kalao doktor dah nasihatkan utk buang,buang jerlah.buat apa nak simpan kan..

    ReplyDelete
  5. masyaalah...camne akak boleh trlepas kisah ana nie...take care ok...moga ana cpt pulih...

    ReplyDelete
  6. kak ana... org pun penakut juga... sbb tu wat rawatan alternatif ja...

    org lum add kak ana kt fb la... jarang buka... dok tgk blog ja...

    ReplyDelete
  7. ana,
    kakyong dah byk hari tak leh masuk blog ana... gara2 malware.. Alhamdulillah, hari ni dpt masuk...

    kawan kakyong (ummi noor) pun penah operate buang lumps ni.. tu masa bujang lagi.. memang cepat jer proses nyer.. hari ni detect, esok terus operate.. tak tunggu2 dah.. lagipun ia mdtgkan rasa sakit & rasa tak selesa..

    hopefully ana dah sihat...

    ReplyDelete
  8. ana..semoga tabah dgn ujian nie...

    ReplyDelete
  9. salam ana...

    semoga cepat sembuh... :-)

    ReplyDelete
  10. kak NZA
    Takpe kak. Akak pun ada perkara yg lebih besar utk dirisaukan. Ini cuma minor operation jer. Macam mana dengan perkembangan mak akak? Semakin baik ke?

    ReplyDelete
  11. 10
    Masa kak ana p buat scan kat klinik panel, mmg ada jumpa sorang ibu tu.Dia pun penah jadi jugak tp dia x buat operation.Dia guna cara kampung.Dia siap bagi nombor contact tok bomoh yg boleh ubatkan tu.Tapi k.ana dan cik abang x berapa yakin sgt dgn kaedah2 ni terutamanya kalau yg melibatkan sakit yg perlukan pembedahan.Takut hilangnya sat saja,pastu jadi balik.Itu yg takmau tu.So, berkorbanlah sikit.Bukannya lama pun buatnya, 30 minit shj.Pastu kena jagalah elok2.

    ReplyDelete
  12. kakyong,
    Ana ada terbaca jgk ttg perkara ini.Ana x pasti,blog ana kena jgk ke idak.Tapi laangkah awal ana amik,remove kan dl semua blog list.Nnti bila dah ok,letaklah balik.hehehe...

    Kalau buat dgn swasta mmg lah cepat,hari ni appointment,esok dah boleh operate.Tapi kalau dgn hosp kjaan,mau berkematu tunggu.Dari 1 appointment ke satu appointment.Mgkn dh prosedur depa mcm tu.Ana ni sbnrnya bawa kes ni ke hosp k'jaan dulu,tp dia bg utk tarikh ultrasound shj,slps raya sdgkan dah tau sblm raya lagi.Belum tarikh nak operate lg.Ntah2 dia bagi thn dpn.Mak mentua ana mmg dah pesan byk kali.Jgn dok tangguh.So, berkorbanlah skit wang ringgit utk buat kat hosp swasta sbb nak cepat dan xmo rasa sakit langsung.Mmg berbaloilah dgn rega nya pun.huhuhu...

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah semuanya selamat...cepat ana bertindak.

    ReplyDelete
  14. SyidaGorjes
    Lebih baik buat cepat2,Ana ni jenis suka susah hati...selagi x operate buang,selagi tu dok susah hati...sbbtu bila dah buat operation,rasanya mcm dah lepas semua bebanan

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^