Wednesday, October 20, 2010

Ana pi mana?

Lama betul tak post entri. Akhir-akhir ni, semangat nak update cerita kami sekeluarga hilang ntah ke mana.Tapi terlebih rajin pulak bila time nak join GA dan Contest. Ntah apa-apalah Ana ni. muhahaha..
Blogwalk pun buat sambil gitu-gitu jer. Maaf yer kawan-kawanku sekelian.
Tolong beri Ana masa untuk pulih seperti sediakala..

Puting beliung (boleh ker gelar camtu?) yang melanda ofis Ana menyebabkan semangat hilang entah ke mana. Pergi balik kerja rasa macam badan yang tak dak roh (tu dia, sampai macam tu sekali).
Tak mahu dah salahkan sesiapa. Biarlah. Letih memikirkannya sampai berhari-hari kerja tak jalan.
Pastu asyik mengeluh sahaja. Mujur dalam masa yang terdekat, pihak pentadbiran mengarahkan semua pegawai berkursus ke luar negara. (Wah! Ana pi luar negara tuh! Cayalah!)
Jeles tak? Jangan terkejut plak. Tak jauh mana pun.
kekeke..dah nama pun dok kat Perlis.
Paham-paham jerlah negara jiran mana yang paling hampir dengan sempadan Perlis.
4 hari 3 malam, Ana tinggalkan anak-anak dengan cik abang di Malaysia. Huwaaa... rindu yang amat.
Tapi demi kerana tugas, Ana harungi jua (ceh! bermadah berhelah la plak).
Balik dari sana, Ana dah cool balik. Bolehlah..walau pun dah tak marah, tapi parut tetap ada.
Dan selagi orang bercerita, selagi tu lah malu tetap ada. Mulut orang nak mengata, mana boleh tutup.
So, Ana kena sabar, sabar dan sabar.
Ana dah tak mampu tolong mereka dan Ana juga tak mampu ulang semula agar kejadian tu tak berlaku. Yang dah jadi, Ana kena terimalah juga. Kena telan pahit hempedu yang dah orang lemparkan.
Kerja tetap perlu diteruskan.
Ana kena berusaha lebih gigih. Ada lagi 2 bulan dah nak sampai penghujung tahun 2010. Ana risau tak mampu habiskan kerja dan siapkan manual yang ada. Bukan apa, agar bila ada orang baru ambil alih tugas Ana, taklah orang tu terkontang kanting. Insyaallah, harap semuanya dapat dilaksanakan dengan mudah dan dapat diselesaikan dengan jayanya. Must be positive! yeah!
Nanti ana update cerita tentang anak-anak. Ada tak yang rindukan mereka?
muhahaha...perasan
oh ya...cerita pasal anak-anak..semalam Adlin demam lagi. huhu..panas jer badan. Mujur hari ni kerja syif petang, sebelah pagi Ana jaga, tengahari cik abang balik awal, tukar syif jaga dia pula sampai malam.
Kali ni bertekad, ambil perahan asam jawa, lumur kat kepala dia. Syukur, suhu badan dah kurang. Berkesan sungguh petua orang tua-tua ni.
Cuma kesian sebab selsema dan batuk dia agak teruk. Ada petua untuk dikongsi?
Ana dah macam orang bengong, tak boleh nak fikir banyak-banyak.
Huhu..Apalah nak jadi dengan Ana ni?
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa Ana.

5 comments:

  1. bykkan sabar ye ana..wpun intan tk tahu certa yg sebenannya tapi intan tetap sokong ana....I know u dear.....

    ReplyDelete
  2. nadiah sampai skrg agin rajin nak join contest tak dtg2. seronok je tgk kwn2 join contest tapi bila diri sendiri nak join jadi malas pulak :p

    smg adlin cepat sembuh..

    ReplyDelete
  3. gitulh hidup sntiasa diuji n diduga....apapn kita perlu terus kuat lalui semua tu.....

    ReplyDelete
  4. cam berat ja masalah yg kak ana hadapi... semoga tabah melalui semua dugaan dan cabaran ya...

    semoga adlin cepat sembuh...

    ReplyDelete
  5. Ana,
    walau apa jua masalah, harap ana kuat hadapi nya...
    anak2 kakyong skrg ni pun musim selsema.. cuaca panas skrg ni..

    anak2 skrg ni kakyong bg minum air masak byk2.. & juga minum air suam campur madu sikit..

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^