Friday, October 01, 2010

MAGIKA - Filem muzikal Melayu

"Abang, boleh tak kita bawak anak-anak pi tengok cerita MAGIKA?"
Teringin nak bawak anak-anak ke panggung wayang bukannya nak bawak ke masjid,
teruk sungguh I ni kan?
hehe...
Katanya, cerita ni ada gabungan cerita-cerita dongeng @ lagenda Melayu, walaupun tak seratus peratus tetapi watak-watak yang dimainkan adalah watak-watak utama cerita lagenda @ dongeng Melayu.
Ana cukup minat cerita-cerita dongeng @ lagenda Melayu.
Ada beza yer antara cerita sejarah, cerita dongeng/ mitos dan cerita lagenda.
Jangan salah faham pula.
Nanti kita tengok dia punya definisi yang sebenar.

Elok juga sesekali, anak-anak dihidangkan cerita tentang lagenda Melayu.
Selepas ni, ada tak yang nak buat cerita muzikal kisah-kisah sejarah para Nabi?
Muziknya mestilah dalam bentuk nasyid, takkan pakai lagu rock kapak lak.
Memandailah engkau, Ana. Kang kontroversi plak nanti.
hehehe...
Kadang-kadang budak-budak ni, kena diberi pendedahan dalam pelbagai bentuk.
Kalau dulu nak tau cerita sejarah, dongeng, mitos...kena baca buku.
Sekarang, boleh dilihat dan disaksikan perbuatannya sekali kerana boleh diadaptasi dalam bentuk lakonan.
Hebatkan? Nak-nak pula dengan bantuan teknologi.

2 comments:

  1. ok cerita ni. tp part mawi ngan diana tu tak sesuai la utk kanak2. jumpa sat ja pn, dh nak terkenang2.

    ReplyDelete
  2. Wardah,
    Lor..ye ke?Takpelah,bukan nk nengok sungguh2 pun,just suka2 jer...depa tu buat filem sbb nk tunjuk teknologi yg KRU leh buat tu

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^