Sunday, October 24, 2010

Nak lipstik!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Hari Sabtu petang, keluar ke shopping mall kejap. Bukan nak beli barang-barang dapur. Hanya nak beli puting botol anak yang dah lama tak berganti. Faham-faham jerlah, dah hujung-hujung ni, mana nak ada duit dah. Yang ada pun, saki baki yang dikorek-korek di celah beg duit, kereta... Muhahaha..
Sementara menunggu cik abang solat maghrib di surau, Ana bawa anak-anak masuk kat Watson.
Terus jer jalan ke bahagian lipbalm. Memang tersusun baikkk punyaa..
Aqilah-- Mama, Ilah nak lipstik..
Iwani-- Wani pun nak lipstik
Hoh!
Alamak, tersilap lepak tempatlah.
Ana-- Mama tak ada duit la. Tunggu Abah ya.
Iwani-- Wani ada duit ni. (Sambil keluarkan duit RM1 beberapa keping)
Ana-- Mana dapat duit ni?
Iwani--Semalam tok mama mai umah kita. tok mama bagi wani.
Ana-- Wani tak bagi mama simpan. Nanti hilang kang.
Wani-- Alaaa..
Aqilah dah start membebel jugak
Cik abang -- kenapa ni? bising-bising..
Ana--nak bli lipstik.Tu (ana tunjuk iwani yg sedang pegang duit dia)
Cik Abang ana ketawa
Cik abang-- adoih laaa..anak-anak dara aku nih.Yang ada duit ka?
Ana-- Mana ada. Duit siam adalah 200 bath. Tak sempat tukar lagi. RM yillekk langsung.
Tadi pagi dah terguna habis isi minyak keta.
Mana cukup beli satu. Koman-koman kena 2 batang lipstik tu. Kalau sebatang dah RM9..kalau dua? Lu fikirlah sendiri..hahaha
Lagipun mana ada lipstik untuk kanak-kanak kat situ.
Paling sesuai pakai pun untuk kanak-kanak remaja ada lah..Bukan untuk kanak-kanak usia 4,5 tahun..
Itupun lipbalm..bukan lipstik betul.
huhuhu..
Cik Abang--Lain kali ya.Minggu depan, gaji masuk abah beli kat Aqilah dan Iwani
Aqilah dah mengamuk dan Iwani dah mula merengek
Kami terus tarik anak-anak keluar dari Watson
Sempat jugak cik abang bisik
Cik abang--Sat lagi, Yang dengar Aqilah kata apa?
Kata apa?
Aqilah-- Abah ni kedekut! Ilah nak lipstik pun,abah tak bagi beli

Huwaaaa....
Anak-anak dara Ana!


2 comments:

  1. hahaha..dah pandai nak bergaya kan budak2 skrg.. anak saya pun dah tau nak guna gincu bagai ni..padahal ibunya ni bukan selalu pakai pun..sekali sekala jer bila nak kuar berjalan2.
    nnt belikan jer lah lipbalm satu kat diorg tu kak..kang kecik hati pulak.

    ReplyDelete
  2. Itulah..kalo dah anak perempuan tu..perempuan jugak

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^