Monday, November 22, 2010

POSITIF TALASEMIA MINOR

Ingat tak, Ana pernah hint kan dalam entri Adlin masuk wad tentang sesuatu yang bakal mengubah kehidupan kami? Sesuatu yang telah dikesan oleh doktor Hospital Seberang Jaya, hasil daripada ujian darah Adlin yang diambil pada kali pertama dan kali kedua (untuk confirmation).

Sebelum tu, Ana nak ucapkan Alhamdulillah, syukur kerana ada hikmah di sebalik semua ini. Rupa-rupanya Allah nak beri kami petunjuk kepada kami sebab musabab kenapa Adlin kerap tak sihat. Kalau tak kerana ditahan di wad, memang sampai dia besar pun, kami tak tahu perkara ini.

Tahu tak apa itu Talasemia?
Talasemia adalah penyakit keturunan yang melibatkan penghasilan darah merah dalam badan. Maknanya ia diperolehi daripada ibubapa. Tanda yang paling ketara yang kita boleh nampak adalah pucat dan cepat letih.

Baru-baru ini, Ana sekali lagi membawa Adlin ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan susulan dan untuk mengambil keputusan darah Adlin. Sebenarnya, sebelum keluar wad hari tu, doktor memang ada ada bagitau dah tentang kemungkinan Adlin ada talasemia. Ini semua hasil daripada darah yang diambil pada malam pertama Adlin admit wad. Selepas tu, darah dia diambil lagi dan kali ini diguna untuk pemeriksaan talasemia. Ternyata, apa yang diharapkan tidak benar, meleset sama sekali. Mengeluh juga Ana dibuatnya. Adlin disahkan positif Beta thallasemia trait. Hmm..apa tu yer? Meh Ana ceritakan serba sedikit (apa yang Ana faham hasil daripada penerangan doktor yang merawat Adlin). Beta thallasemia trait atau beta thalassemia minor ini lebih kurang maksudnya adalah pembawa penyakit talasemia dan bukanya pengidap Talasemia. Jangan salah faham yer, bukan pengidap. Tetapi pembawa sahaja. Itupun, dah membuatkan Ana susah hati yang amat sangat.

Tak sangkakan? Ana dan cik abang sendiri tak tahu yang salah seorang daripada kami adalah pembawa. So, selepas ini, kami dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan darah bagi ujian talasemia atau disebut 'blood picture'. Aqilah dan Iwani pun kena lakukan perkara yang sama sebab nak pastikan mereka berdua ada juga atau pun tidak.

Pembawa Talasemia tidak boleh berkahwin sesama pembawa apalagi pengidapnya. Ini dikhuatiri akan melahirkan anak-anak yang mempunyai talasemia major. Sekiranya pembawa berkahwin dengan seorang yang normal, kemungkinan anak-anak yang lahir adalah 50 peratus normal dan 50 peratus pembawa talasemia.
Dalam kes Adlin ini, ia tidaklah sampai melibatkan pemindahan darah kerana ia hanya minor. Walau bagaimanapun, doktor ada juga membekalkan vitamin untuk menambah kandungan hemoglobin dalam darah iaitu asid folik.

Ana dan cik abang akan buat temujanji di Hospital Kangar untuk membuat pemeriksaan ini. Bila pihak hospital dah dapat detect salah seorang daripada ahli keluarga adalah positif, jadinya keseluruhan ahli  keluarga kena membuat pemeriksaan ini. Doakan kesihatan kami ya....

Kadang-kadang kita lupa tentang nikmat yang kita ada, dalam sekelip mata boleh diambil pada bila-bila masa sahaja....

Boleh tengok kat sumber INI untuk penerangan lanjut tentang Talasemia.

11 comments:

  1. banyak2 bersabar yer kak Ana.. dugaan Allah ni mcm2.. tapi mujur tak serius kan..jd pembawa bukan pengidap..moga kak Ana sekeluarga TABAH yer..

    ReplyDelete
  2. tu la kawan abg pun ada juga... dah p check baru tau...

    semoga kak ana dan famili sabar dan tabah menghadapi suma dugaan...

    ReplyDelete
  3. insyaallah...mudah2an semuanya selamat.moga ana tabah dlm menghadapi dugaan ini.

    ReplyDelete
  4. sabar ye ana...intan pun pembawa beta thalasemmia..tp husband tk...masa early chechk up kat sini baru tahu...dulu 2 tk penah tahu pun..harap2 anak dlm perut ni tk der problem hendaknya....

    ReplyDelete
  5. Ana,
    kakyong agak, suami ana kot pembawa talasemia.. huhuu, memandai jer.. mcm la doktor.. kihkihkih..

    btw, masa pregnant hb darah Ana okay kan.. selalunya masa pregnant dah buleh detect, jika hb kurang dr 9.. doktor akan buat test lagi...

    Insya ALlah, takde apa2.. pembawa talasemia ni masih boleh nikmati hidup mcm org biasa.. cuma bila dah tau awal2, boleh la amik langkah berjaga2 utk jaga kesihatan dsb...

    take care ya..

    ReplyDelete
  6. sama la dgn nadiah..ada beta-thalassemia trait. nadiah dpt dpd mak. dpd dulu nadiah mmg tahu nadiah pembawa thalassemia. tapi alhamdulillah safiyyah normal, tak menurun la kat dia.

    kak ana jgn risau ye. pembawa tak bahaya pun cuma tu la..mmg muka nmpk pucat & cepat letih. adlin dpt dpd sape? kak ana dgn suami tak gi check ke sape yg ada beta-thalassemia trait?

    ReplyDelete
  7. Terima kasih semua (Min, Aten, Echa, kakyong, Intan dan Nadiah) kerana sudi berkongsi cerita dengan Ana dan mendokan kami. Ana amat menghargainya. Setakat ni, masih belum tahu Adlin dapat daripada siapa. Betul kata kakyong, kalau ana yang pembawa, memang sepatutnya dah boleh detect masa mengandung. Sebab boleh tahu daripada check up hb tiap2 bulan. Alhamdulillah ,hb ana masa mengandung mmg xdak masalah. walau bagai mana pun, kami akan tunggu result daripada pihak hospital. Apa yang merisaukan Ana..anak-anaklah. Kesian depa bila besar nanti.

    Intan dan Nadiah--didoakan kandungan anda berdua selamat. Semoga terus tabah dan kuat. Jaga diri baik-baik. Intan..ana x sangka Intan pun ada. I hope u..u'll be a strong mom.
    Nadiah..k.ana ada terbaca entri nadiah ttg hal ini..u too..moga jadi ibu yang tabah dan kuat.

    ReplyDelete
  8. sabar ye ana...alhamdulillah adlin cuma pembawa je...Insyallah xde apa2..
    anak kwn akak dua2 pengidap major talasemia. kesian tgk cz every month kena masukkn darah...sedih tgk.

    ReplyDelete
  9. salam ana,
    kak ida tumpang simpati, bykkan bersabar dan berdoa. semoga adlin akan terus sihat. dan semoga semuanya ok. akak doakan..

    ana, nanti kak ida emel no kak ida yea...

    ReplyDelete
  10. sama la kak, saya pun dikatakan doktor pembawa.. hari-hari kena makan ubat, tp kdg2 ada gak saya xmakn..

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^