Friday, December 24, 2010

Fourth Pregnancy

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Ana rasa dah tiba masa nak buat announcement kat blog kesayangan Ana ni.
Dah boleh agak dah kot bila baca tajuk entri ni. Hehehe..
Harap kawan-kawan blog faham kenapa Ana dah jarang menulis di blog dan jarang meninggalkan komen sejak akhir-akhir ni.
Ana sedang bertarung melawan simptom alahan di trimester pertama.
Sememangnya alahan yang biasa akan Ana alami untuk 3 bulan yang pertama, sama seperti semasa ana mengandungkan Aqilah, Iwani dan Adlin.
Sekarang dah genap minggu ke-13, maknanya usia kandungan Ana dah mencecah 3 bulan.
Sekejap sahaja kan?
Ada juga 2, 3 orang kawan Ana yang tegur, tak bagitau pun kat depa tentang kehamilan kali ni.
Sebenarnya ada beberapa sebab.
Pertama, Ana baru dapat detect ana hamil semasa kandungan dah masuk 9 minggu.
Sebelum-sebelum ni, Ana dapat detect awal sebab ana mula start alah bila masuk 4 minggu kehamilan. Tetapi kali ni, alahan ana bermula agak lewat.
Sebab kedua, period akhir ana pada bulan September datang 2 kali iaitu di awal dan hujung bulan sehingga mencecah bulan Oktober. Jadinya, Ana beranggapan period Ana akan lewat pada bulan November. Tetapi, rupa-rupanya, sampai ke sudah period Ana langsung tak datang.
Sebab ketiga, Ana kalau boleh tak mahu lagi pregnant dalam masa terdekat. Ingat nak bagi Adlin besar sikit dan nak tumpu pada pembelajaran Aqilah dan Iwani. Ana plan nak pregnant tahun 2011 dan bersalin 2012. Tapi tak sangka, rezeki ini datang awal.
Sebab keempat, Ana tengah sibuk sangat dengan penglibatan sebagai penganjur seminar kat tempat kerja. Sampaikan diri sendiri seperti tidak terurus.

Mula-mula rasa stress juga, rasa down sangat dan pertama kali ana rasa Ana tak mahu kandungan ini. Nauzubillah... sampai macam tu sekali yang Ana rasa. 
Orang lain yang tak dak anak, beria-ia nak. Orang lain yang susah nak mengandung, macam-macam cara cuba berubat nak bagi boleh mengandung. Ana yang tiada masalah nak mengandung, boleh terlintas tak mahu kandungan ni! Astaghfirullah....

Ana menangis bila Ana dapat reaksi daripada beberapa orang yang Ana harap boleh bagi Ana semangat, tetapi tidak. Tiada kata semangat daripada mereka. Sebaliknya mereka mempertikaikan Ana yang tidak mengamalkan familly planning, sedangkan mereka juga seorang ibu.
Ana down sangat-sangat.
Kesian kandungan ini. Ibunya stress sangat, sampai langsung tak ambil kisah nak makan vitamin untuk ibu mengandung. Sampailah ke satu tahap, badan Ana tak mampu nak menangung alahan, balik dari kerja, Ana terus collapse. Tak mampu nak buat apa dah. Mujur cik abang begitu memahami. Semua hal anak-anak, dia dah banyak ambil alih.
Dia juga yang menegur Ana.
Banyak belajar bersabar terutama dengan anak-anak.
Jangan ambil peduli apa yang orang lain kata kerana mereka tidak berada di tempat kita.
Setiap anak, Allah dah tentukan rezeki masing-masing.
Kita kena terima dan redha.
Ya, betul kata abang.
Ana kena belajar terima dan redha.
Anak lelaki atau perempuan, Ana dah tak kisah. Apa yang penting, Ana harap ia sihat dan selamat.
Insyallah. Doakan kesihatan Ana.
Semoga Ana dapat lalui semua dugaan ini dengan lebih kuat dan tabah.
*
*
*
Tiba-tiba rasa teruja nak ke Jaya Jusco semakin membuak-buak pula.
Nak tambah koleksi baju ibu mangandung.
Hikhikhik...

7 comments:

  1. tahniah ana... smoga selamat semuanya yer...

    ReplyDelete
  2. tahniah ana.....
    ada terbaca status ana few weeks ago..tp tk sempat nk congratulate for you dear....
    jgn fikir ttg org lain atau apa org lai nnk kata...sbb depa tk duk tpt kita kan???....
    anajust look me...
    how i'm struggle di rantau org dgn 4th pregnancy...dan kini lagi 5 weeks more to go...
    alhamdulillah juga my study dah hampir settle...

    will pray for you always.....moga ana tabah selalu......

    ReplyDelete
  3. 13 MINGGU????????...amboi2 senyap je tiba2 akak nk dpt anak sdara....
    Apapn tahniah utk ana...rezeki utk th baru tu....

    ReplyDelete
  4. tahniah Ana,
    kakyong pun penah berada dlm keadaan Ana.. masa dpt tahu mengandungkan Aliya, Anis baru 4 bulan... memang stress.. tapi belajar pujuk hati sendiri & mohon doa pada Allah.. sukar, memang sukar.. org mengata kiri kanan buat kita stress... lagi pulak masa tu kakyong buat job di pej kerajaan, ramai la yg menegur,.. eh kan baru bersalin, pregnant lagi pulak... huhuuu...

    semoga dipermudahkan spjg kehamilan Ana kali ni..

    ReplyDelete
  5. hoyee!!congratss!! lebih kurang lah kita deliver nnti...tp mmg sgt stress..anis sbb sorang2 kt sini,nk urus anak,rumah,dgn xlarat gila2 dgn alah ni lagi.ya allah..tak tau laa nk ckp.

    tp,apapun sabar..ni semua anugerah Allah kan..ada hikmah disebalik semua tu..syukur.. :D

    ReplyDelete
  6. MummyEcha
    Thank you sis!

    zue @ annaleeya
    Makasih kak

    mama3hz
    Thanks vr much Intan.Yup,kena lebih tabah.Kena lebih kuat. Ana doakan Intan jgk,biar kita sama2 lahirkan anak yg sihat dgn selamat.

    kak NZA
    Haha..thanks kak. X sengaplah kak. Alahan kali ni buat mood nk blogging merudum gila.X bole nengok komputer lgsung.Tensi jgk

    kakyong
    a'ah..itulah jdnya. Sbb ofis ana ni,majoriti muda2,pendek kata semua masih dlm mbina keluarga dan ana ni kira antara yg aktif beranak..hahaha..mau org x mngata..tp kira oklah tu..la dah umo 32...umo 35 dh boleh rehat dah...hahaha

    anis,
    Thank you, sis. Ya, anis lg truk kat sana sorang2 kan. Ana doakan smoga kita leh lahirkan baby yg sihat dgn slamat nnti. take care sis!

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^