Wednesday, December 01, 2010

Hari Kecemerlangan dan Penyampaian Hadiah Taski Siti Khadijah

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH

Beberapa minggu yang lalu iaitu seminggu sebelum cuti sekolah (13 November 2010) adalah hari kecemerlangan dan penyampaianan hadiah Taski Siti Khadijah. Sebenarnya program tu lebih kepada graduation day untuk anak-anak umur 6 tahun, almaklumlah selepas ni anak-anak itu akan masuk alam persekolahan yang sebenar. 


Walaupun Aqilah dan Iwani masih belum berumur 6 tahun, tapi mereka pun dapat juga ole-ole daripada tadika mereka. 


Paling seronok bila melihat telatah anak-anak membuat persembahan. Ibu bapa lah yang paling teruja untuk merakam semua telatah mereka di atas pentas. Cik abang Ana lagilah... sampai naik atas pentas gara-gara nak dapatkan shoot yang menarik.

Tapi yang tak bestnya, mood Iwani tak bagus hari tu. Asyik buat perangai sahaja. Merap sungguh dia, lebih teruk lagi dia boleh mengamuk di tengah-tengah dewan. Ya Allah! Malu juga Ana dibuatnya. Kalau kat rumah, rasanya dah kena sepit ketam dah. Ana sabar aja tengok telatah dia. Bila cikgu suruh buat persembahan pun, dia tak mahu join. Buat malu-malu harimau bintang dia.


 Aqilah di belakang pentas. Sedang bersiap sedia sebelum membuat persembahan.
 Pandangan dari sudut atas.
Aqilah sedang berdikir barat

 Rambut dah terkeluar-keluar. Tak sempat nak touch up dah

 Peace untuk abah!

Persembahan kedua.



Mujur Aqilah ok. Cayalah anak mama ni. 
Pandai dia menyanyi. Tapi lagi bagus kalau anak mama pandai baca surah Al Quran
tinggi sungguh angan-angan mak hang ni tapi nak mengajarnya tidak plak..huahua.

Dikir barat


Bersemangat sungguh Aqilah menyanyi. Sampai ternganga mulut.

Iwani yang mengamuk di tengah dewan

 Adlin dah tak dapat dikawal. Bosan. Terpaksa bawa dia berjalan di luar dewan. 

5 comments:

  1. kalau anak mengamuk, kita yg tak selesa nak berlama2 kat majlis

    ReplyDelete
  2. Haha..a'a..mmg pun. Tapi utk majlis ni sanggup tggu sampai habis gara2 nak nengok aqilah buat persembahan.

    ReplyDelete
  3. comel je aqilah walaupun rambut terkeluar2.iwani penat tunggu kakak ke?cian dia

    ReplyDelete
  4. iwani tu sdg uji suara sebenarnya...he...
    Bagus aqilah.berani!!!..

    ReplyDelete
  5. semangat sungguh Aqilah.. hebat... belum 6 tahun yer... wah tahun depan leh buat persembahan ngaji pulak...

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^