Thursday, January 28, 2010

Marah Si Abah ... nakal sang anak



"Sakit tak, kakak?" soal Ana sambil usap-usap bekas birat kat peha Aqilah. Ada merah sikit. Kesan penyangkut.
Aqilah mengangguk. Muka ala-ala sedih tapi blurr...dah lupa lah tu kena pukul semalam gara-gara kencing di atas lantai bilik tidur. Waaa...
Semalam Cik Abang memang mengamuk. Sebenarnya, taklah kuat mana pun dipukul. Tapi, berbekaslah jugak sebab dipukul ala-ala cikgu disiplin. Maklum, dah nama pon kejanya cikgu. Huhu..
Selalunya cik abang paling banyak sabar sebab yang selalu dok terjerit-jerit ala tarzan adalah Ana. Tapi mungkin semalam dia tension sangat dok cari CD kerja tak jumpa-jumpa. Maklumlah masa almari baju siap dipasang, kami terus packing barang-barang yang jarang diguna dalam kotak dan simpan sebelah atas almari. Nak mengelak daripada dipunggah si anak. Jadinya, bila tetiba nak guna, jenuhlah mencari balik. Ana ni plak agak kelam kabut la sikit melayan 3 orang power puff gurls, nak lap lantai, cuci Aqilah, Iwani pun teriak juga kena tempias amarah abah nyer dan dalam masa yang sama si Adlin pun dok melalak sebab mengantuk. Cik Abang tak membantu pon..v_v..huhu... (merajuk sikit, tak buat air teh untuknya semalam, dan pagi ni cakap toksin tak boleh keluar sebab kurang minum air. Aik..air masak kan ada. Air teh tak ada....haa..kekeke...sesajer jer..takpa lah, malam ni Ana bancuh double, qada yang semalam.)

Doa


Doa perlu dijadikan amalan
Doa perlu dijadikan sebagai makanan
Manusia berdoa kerana...tidak pernah terlepas daripada perasaan sedih, patah semangat, susah hati, kesempitan hidup dan memohon pertolongan
Manusia  juga perlu berdoa apabila... gembira, memperolehi kesenangan, berjaya dalam kehidupan dan menunjukkan tanda penuh kesyukuran pada Yang Esa..
(Doa Surah Ali'Imran: ayat 31)


kredit: link

Tuesday, January 19, 2010

Sayang : Pantun dan seloka Kanak-kanak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ni, Ana nak bercerita serba sedikit tentang buku di sebelah ni. 

Menarik juga isi kandungannya. Bukan koleksi peribadi, hehehe...Seperti biasalah, dah nama pun kerja di library. Rasa menarik juga untuk dikongsi dengan para ibu. Pantun dan seloka ini sesuai sangat untuk dinyanyikan pada anak-anak sebab ada maksud tersurat dan tersirat. Orang Melayu kaya dengan bahasa, peri budi, santun dan sasteranya. Kalau dibaca, macam dok teringat-ingat pada nyanyian dodoi mak tok (nenek saudara) Ana masa kecil-kecil dahulu.

Salah satunya, Pok Amai-amai, lagu yang sampai sekarang pun Ana ada juga nyanyikan untuk ketiga-tiga anak Ana terutamanya bila dalam kereta (biasanya ketika suami sedang memandu, kalau Ana yang tengah bawa kereta macam mana nak tepuk kan?heheh..).

Wednesday, January 13, 2010

Apabila ibu bapa sudah dianggap bukan ibu dan bapa ...


Apakah perasaan dan pendapat anda?

Artikel dipetik daripada Harian Metro Online

KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini.
Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.

Sunday, January 10, 2010

Hari pertama ke sekolah : cerita bergambar


Inilah gambar anak-anak Ana pada hari pertama ke Taski Siti Khadijah. Kat luar tu suasana masih gelap lagi. Maklumlah baru pukul 6.50 pagi. Kesian juga kena kejutkan awal-awal pagi. Mereka adalah pelajar paling awal sampai di sekolah. Pintu sekolah pun baru buka. Sedangkan kelas bermula pukul 8 pagi. Kesian anak-anak mama. Tapi bagus juga bila dilatih bangun awal pagi. Kerana pada awal pagi lah otak sedang pesat berkembang. Sebelah malam pula, mereka akan tidur awal. Tak perlu lagi ana terjerit-jerit suruh tidur. Iwani, seawal waktu maghrib dah lena. Ana doakan anak-anak Ana ni agar senantiasa sihat sejahtera dan rajin belajar demi masa depan mereka. Amin..

Wednesday, January 06, 2010

Cerita tentang hari pertama ...

Dalam kereta, sebaik sahaja Ana melangkah masuk.

Kedua-dua anak dara ana berseri-seri ja wajah.
"Seronok tak pi sekolah baru?"
"Seronokkkk..."
"Mama, Qilah baca Alif, Ba, Ta..."
"Iyer? Makan apa?"
"Qilah makan nasi, sayur, ikan, udang."
"Aik? Kakak makan ke udang? Selalu mama masak, kakak tak makan pun."
"Makan."
"Wani makan nasi tak?"
Wani diam jer sambil hisap jari.
"Wani tak makan. Dia tak boleh jadi Ben10 kan mama? Qilah makan nasi. Qilah bole jadi Ben10, kan mama?" Aqilah tolong jawab bagi pihak Iwani.

Haha..
*
*

Semasa mandi.

"Mama,Qilah tak nak pi sekolah lah."
Aik?
"Pasal pa? Tadi kakak kata sonok."
"Tak sonok.."
Huhu..kenapa dah berubah fikiran pulak ni? Mesti something wrong berlaku semasa mandi tengahari di sekolah.

Huhu..
*
*

Pagi - 6/1/2010, semasa kejutkan dari tidur

Aqilah sungguh liat nak dikejutkan. Mandi? Alamat Ana lah yang kena jiruskan. Kalau tak, dok berdiri tegak lah sampai kesudah depan paip air yang dah terbuka. Pakai baju pun dalam tidur. Ana terpaksa pakaikan sambil dia terlentang tidur.
Iwani? Alhamdulillah, ok lagi. senang kejut dan boleh mandi dan pakai baju sendiri. Mujur ada paip air panas, kalau tak, kelam kabut juga nak masak air lagi. Kesian kat anak-anak kalau bagi mandi air sejuk.

Dalam kereta, dua-dua terlentang sambil minum susu.
Semalam, tertukar seluar dalam dengan budak mana ntah. Kahkahkah..lawak sungguh anak-anakku ni. Seluar dalam pun boleh tertukar.
Cikgu sekolah suruh tulis nama. Ish! Seluar dalam pun nak kena label ke? Huhu..sayang la nak tulis atas baju.
Botol susu nak kena tanda. Mujur beg sekolah, ana dah tulis nama semalam.

Macam-macam lagi cerita dan telatahnya. Harap hari ni semuanya ok. Good luck for the second day yer sayang!

Tuesday, January 05, 2010

Hari pertama ke sekolah ...


Hari ini, Selasa 5 Januari 2010..hari pertama Nur Aqilah & Nur Iwani ke Taska Siti Khadijah. Baju baru, beg sekolah baru, sekolah baru, cikgu baru,kawan baru, tempat baru, suasana baru...hmm..
Sayang dan terkilan sedikit sebab tak dapat tunggu. Cik abang tak bagi tunggu. Jadinya, selepas hantar masuk sekolah, terus keluar. Tak dapatlah nak tengok macam mana keadaan dan situasi di sekolah baru.
Ana masih belum dapat masukkan gambar mereka beruniform sekolah. Tak sabar nak tunggu petang. Nak dengar celoteh dan cerita anak-anak dengan suasana baru. Semoga Nur Aqilah dan Nur Iwani dapat menyesuaikan diri, walau pun mama dan abah tak ada. Harap-harap, dengan suasana di nurseri, mereka dah terlatih untuk ditinggalkan dengan cikgu-cikgu dan kawan-kawan serta pandai berdikari.
Sebenarnya, Ana tak risau sangat pada Nur Aqilah sebab dia memang pandai berkawan. Ana cuma risau sangat-sangat kat Nur Iwani. Dia ni manja dan mengada-ngada sikit. tapi tak tau lah kalau di sekolah. Mungkin tingkah laku dia berbeza. Ana harap sangat-sangat, dua beradik tu dapat menyesuaikan diri.
Tengoklah, anak-anak baru masuk tadika, belum lagi sekolah rendah,menengah dan sebagainya..ana dah susah hati bagai nak nak rak. Huhu...
Oh ya..gambar di atas tu tak ada kena mengena dengan tajuk entri. Just credits to my sis, Shuhada GeGe..

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^