Monday, March 29, 2010

KLIBF 2010 yang berlalu ...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Terkilan, sedih, kuciwa (kecewa) yang amat-amat (amboi dasyatnya). Yer lah, camna tak terkilan, sebab dah planning baik punya, cuti on time balik ke Nilai, tup-tup, tak sempat jugak nak ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang dok heboh-heboh seminggu lebih yang lalu. Hah! Bila tuh? Dah habis la. 
Semalam, last day
Oit cik kak. Salah siapa? Salah Ana. Huhu.. 
Cik abang siap dok kata, awat yang tak habaq nak pi? 
Huwaaa.. nak habaq apanya...sampai kat Nilai, suma dah siap plan nak ke sana, ke sini...memang la seronok juga sebab berjalan-jalan. Cuma apa yang ditunggu-tunggu dan yang dirancang-rancang tetap juga tak menjadi. Pastu Ana jawab lah balik (ish..ish..suker menjawab lah ko ni Ana)
Abang ni, tu lah. Asyik Ana jer ingat tentang PC Fair abang. Abang tak pernah pon nak alert tentang KLBF yang ana nak sangat-sangat pi.
(Jawapan yang dah ada takungan air masin di tubir mata..cess!!!)
Terdiam cik abang ku itu.
Awat Ana emo sangat? Dah seminggu ko balik Perlis, baru nak mengungkit. Macam mana tak ungkit, semalam call mak mentua, depa dok kat PWTC dengan adik ipor ana. Haaa..membara lah balik. Mahunya tidak...
Sebagai balasan dendam, semalam dapat 2 buah buku kat POPULAR yang boleh dapat diskaun 25% sebab jadi ahli. Hahaha..seronok! Seronok! Nasiblah hanya beberapa buah novel sahaja yang diorang kasik diskaun, kalau tak, habis Ana rembat semua buku-buku tuh.Terima kasih yer cik abang kerana memahami diriku. Kekeke...jangan marah yer...




Hasil rembatan. Tak sempat nak snap. Guna khidmat Mr Google jer sebab buku ni famous di pasaran. 
25 % diskaun, banyak jugak tuh! Selalu kat kedai 10 % jer.

Thursday, March 25, 2010

* Balik kampung dan Window shopping di Tesco lagi!*

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

Huhu..backdate story...

Seronoknya tak terkata. Betapa nikmatnya bila dapat balik kampung dan berjumpa dengan orang-orang tersayang. Walaupun hanya sehari, tapi puas sangat sebab dapat menghabiskan cuti hujung minggu sepuas-puasnya. 
Kali ni sekadar nak cerita kenikmatan balik kampung. Selain itu, tertunai juga hajat nak bawa nenek kesayangan naik kereta baru Ana ^_^ Eh, eh Ana dah beli kereta baru. Tak kabor pon. Kekeke..Sebenarnya dah dua bulan tukar kereta baru. Dulu kan pakai Kancil (ada entri tentang buntut kancil yang menghentam pagar rumah). So, tahun ni Ana upgrade skit naik MyVi..hehe..Perodua jugak. Ok, tak mahu celoteh pasal kereta Ana (nanti buat entri khas). Berbalik kepada hajat Ana tadi, dah lama pasang niat nak bawa nenek (mak tok Nab) naik kereta tu. Sebab pernah niat, kalau beli kereta baru nak bawa mak tok dan Tok baba naik kereta baru. Tapi hajat tak kesampaian untuk bawa kedua-dua depa sebab Tok baba dah meninggal September tahun lepas.
*Sorry tiada pics untuk perenggan ini.

Selain itu, Ana dapat shopping baju kurung siap sapai 3 pasang kat TESCO SP dan dapat juga beli 2 pasang kasut. Puas sungguh! Tengoklah, betapa lamanya Ana tak shopping untuk diri sendiri dan anak-anak tak berseronok sebab sepanjang bulan Februari ni anak-anak Ana asyik demam saja (so, kami langsung tak berjalan ke mana) Aha..kiranya cuti hujung minggu ni adalah cuti yang sangat berfaedah lah. Lupa sebentar tentang rumah yang berselerak dan berhabuk, baju yang bertimbun tak basuh..ahaks! Yelah kalau asyik memikir saja pasal kerja rumah, memang tak pernah habis. Kita layan pics taken by Mr Nokia XpressMusic.

Mmm, sedapnya makan aiskrim

Wednesday, March 24, 2010

Birthday Puteri Sulung... Nur Aqilah dan kisahnya 5 tahun lalu..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

14 Mac 2005 yang lalu Ana telah melahirkan puteri ini. Siapa dapat menyangka, dia boleh hidup dan membesar sehingga seperti sekarang. Kalau sesiapa yang pernah melihat ...
Bagaikan terbayang-bayang lagi ketika pertama kali menapak masuk ke wad NICU Hospital Tuanku Fauziah. Melangkah ke pintu masuk, sebaik ternampak tubuh dia di dalam ventilator, air mata Ana dah berjuraian, selebat-lebatnya.
Perumpamaan Ana dan Cik Abang tentang Aqilah...Tubuh kecil, berat hanya seberat 675 gm berselirat dengan segala bagai wayar seolah boleh muat di dalam kotak tisu. Boleh nampak jelas degupan jantung kerana kulitnya macam transparent. Urat hijau merening kelihatan di seluruh tubuhnya.Kepala besar dari tubuh, Dahi luas. Jari-jemari tangan dan kaki halus, sehalus batang lidi. Mata, hidung dan mulut kecil, secoet, kata orang utara. Rambut perang seperti rerambut jagung.
Bila usianya mencecah 2 bulan lebih, dialah juara tangis di wad tersebut. Ketika itu Ana tak mahu patah semangat. Ana juga kena kuat kerana dia sangat-sangat kuat dan tabah berjuang untuk hidup.Ok. Dah, cukuplah setakat tu. Ana dah takleh nak teruskan cerita. Maaf. Setiap kali bila diingatkan balik kisah lalu, Ana mesti menangis.

Dan kini, tahun 2010, di tarikh yang sama, genaplah usianya 5 tahun. Dia rajin dan suka buat latihan berkali-kali sampai boleh buat sesuatu yang diingini. Dia rajin dan pandai bila disuruh. Perkembangan di Taski, dia sudah pandai baca Al-Fatihah dan surah 3 Qul. Selalu suruh Ana bacakan buku untuk dia. Suka bila Ana pasang CD lagu kanak-kanak dalam kereta. 

Kami tak buat jamuan apa pun. Seperti kebiasaan, Ana dan Cik Abang hanya membeli kek untuk sambutan hari ulangtahun kelahirannya. Kebetulan tarikh tersebut kami berada di Pulau Pinang, jadi bolehlah sambut bersama-sama keluarga Ana. Beli kek dari King's. Tengoklah aksinya ketika memotong kek. Kredit untuk jurukamera, terima kasih banyak Taufik.

Aha.. sampai tak menyempat, tak sabar nak potong kek 

Tuesday, March 09, 2010

Perasan tak kelainannya?


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Aha, ada sesiapa perasan tak? Ada nampak kelainan tak? Hehe.. yang perasan tu, terima kasih yer kerana prihatin dengan blog Ana ni. Untuk yang masih tertanya-tanya apa yang lainnya...Nama blog Ana laaa..
Ana buat keputusan nak tukar kepada yang lebih ringkas dan senang faham. Sajalah ubah angin sikit. Tapi nama blog ANASTASIA, Ana masih kekalkan. Mana boleh buang, ada sentimental value tuh..

ANASTASIA - DUNIA CINTAKU .. bukan bermakna maksud Anastasia tu yer. Nama blog Anastasia, blog berkenaan perkara/ peristiwa/ kejadian/ cerita/ pengalaman/ pendapat tentang atau yang berlaku di sekeliling Ana. So, cerita tentang kehidupan Ana atau apa-apa sahaja untuk dikongsi dengan yang sudi membaca.
Apa-apa pun, matlamat Ana masih sama iaitu nak berkongsi ilmu dan matlamat tak langsung adalah menambah bilangan kenalan di alam maya. Manalah tau, kot-kot nanti Ana sampai kat mana-mana, bolehlah berjumpa di samping merapatkan ukhwah sambil kongsi pengalaman sebagai seorang ibu.

Ok!

kredit gambar - Link

Friday, March 05, 2010

Majlis Pertunangan Adik ... Muhaimi


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Bersempena Hari Maulud Nabi Muhammad SAW yang lalu, keluarga Ana bakal menerima lagi seorang ahli baru dalam keluarga. Bersyukur sangat kerana akhirnya Allah telah bukakan pintu hati adik Ana, Muhaimi untuk berkeluarga. Adik Ana ni adalah anak kedua mama dan babah iaitu Hjh Che Suria dan Haji Md Taha. Ana anak pertama yer :) Kami semua lima beradik. Yang dah kahwin hanya Ana dan adik lelaki yang nombor empat (dia ni langkah bendul abang dan kakaknya)..Dah sampai jodohkan...kehkeh..Dengan mengambil keberkatan hari tersebut, kami telah membawa satu rombongan pertunangan ke negeri sebelah utara semenanjung juga..kehkeh..cam rombongan chek Kiah..Insyaallah, dipanjangkan jodoh, mungkin dalam tahun ni juga mereka akan disatukan. Doa-doakanlah...amin.

Tak payahlah cerita panjang-panjang, biarlah sahaja gambar-gambar yang menceritakannya. Hihihi..Oh ya, gambar tunangnya tidak dimasukkan ya, tunggu sahaja majlis perkahwinannya nanti....
Ketika ketibaan kami di rumah bakal adik ipar. Depan sekali, adik-Hanisah (no.3), mama, mak saudara (kakak mama), sepupu- Awatif

Monday, March 01, 2010

Kejutan sempena sambutan Hari Lahir daripada Cinta Hatiku

Cerita basi... Tarikh nyer 10 Februari yang lalu, sebenarnya malas nak cerita sangat tapi cam tak best pulak sebab dah lama update blog ni. Tujuan tunjuk gambar kek ni lebih kepada nak muhasabah diri. Nak bagitau diri bukan semakin muda, dah cukup ke amal untuk di alam sana? Terima kasih tak terhingga untuk insan yang telah bersusah payah melahirkan Ana ke dunia. Siapa lagi, mama... Hajah Che Suria Hj Mohamad. Tanpa kekuatan, ketabahan dan kesabaranmu mengandungkan aku selama 9 bulan ... belum tentu aku ada di dunia ini. Terima kasih, mama! Terima kasih juga untuk Si Cinta Hati yang sudi berpakat-pakat dengan anak-anak walaupun tak jadi, kehkeh, Iwani dah pecah rahsia dulu. Konon-konon si abah nak suprised kan mama tak menjadi, sebab si anak dah bagitahu abahnya belikan kek besday. Kek Secret Recipe lak tuh! Perghh..besar..2kg..mau dekat seratus..Cik Abang siap beli ikan siakap masak 3 rasa, tomyam campur.. untuk dinner. Terima kasih ya abang! I Love you

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^