Friday, April 30, 2010

Gatal mataku....

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


Ya Allah! Kau lindungilah hambamu ini daripada kecelakaan dan kemungkaran. Hari Jumaat ni, penghulu segala hari. Tetapi, tiba-tiba Ana disogokkan dengan pandangan yang kurang menyenangkan. Menyebabkan mata Ana terkebil-kebil kegatalan. Geram pun ada.
Apa yang Ana nampak tuh sampai gatai-gatai mata? Apa lagi scene yang menyakitkan mata... budak sekolah, masih berpakaian baju sekolah aka asrama, sohih lah tu dok kat asrama, berpegangan tangan aka dating. Ooo..kalau nak dating tak sah yer kalau tak pegang-pegang.
Itu yang baru pegang-pegang, belum yang lain-lain lagi tu. Hiii......kalau Ana jadi mak pak budak tu, rasa cam nak pelangkung pun ada jugak. Kalau dah gatai sangat, rasanya baik kawin trus. 
Hari Jumaat, biasalah, ramai budak-budak sekolah yang dok asrama ni nak balik kampung. Kebetulan, ofis Ana dekat dengan stesen bas. Penuh la dengan puak-puak ni.

p/s: Teringat zaman sekolah dulu. Ana pun dok asrama jugak sebab sekolah jauh dari rumah. Tapi bila mai hari Jumaat, tak pernahnya tergerak pon nak buat perkara-perkara camtu - dating-dating. Takdak masa nak memikirkannya pun. Sebab apa? Sebab bagi Ana, lebih baik cepat-cepat balik umah, jumpa mama dan baba yang dah seminggu tak jumpa. Itu lebih berkat. Eleh Ana, ko cakap macam lah ko ramai peminat @ ada pakwe. kihkih... Ceh! Tak dak masa Ana nak cintan cintun time tu, kang dengan Ana kena pelangkung. kehkehkeh... Oklah tu. Membebel plak hari jumaat ni. Ntah apa-apa. Pi sambung buat keja. =P

Tuesday, April 27, 2010

Panduan Membaca Cerita kepada Anak-anak

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Kali ni nak kongsi sedikit panduan/ tips apabila kita nak buat segmen atau meluangkan masa membaca atau bercerita buku cerita kepada anak-anak. Tips ni Ana dapat daripada buku yang Ana pernah kenalkan semasa link ni yer. Perkara ini pun ada diajar ketika Ana join Program Sukarelawan ni.

Pertama, Mencintai Buku - maksudnya kenali terlebih dahulu buku yang hendak dibaca kepada anak-anak itu supaya perasaan kita dekat dengan cerita yang hendak disampaikan. Kena bagi familiar dengan jalan cerita. Barulah bila tiba time nak cerita, kita boleh terang dengan lebih jelas apabila ditanya nanti.
 Kedua, pilih buku cerita yang ringkas, padat dan mudah difahami serta yang boleh dibaca dengan kuat.
Ketiga, pilih buku cerita yang gambarnya boleh dilihat, didengar (boleh dibuat bunyi oleh si pencerita) dan isi ceritanya boleh dibuat aktiviti bersama. Misalnya, ada gambar yang berwarna-warni, terang dan jelas; cerita yang kita boleh buat bunyi seperti bunyi binatang, bunyi kenderaan; cerita yang anak-anak pun boleh ikut sama membuat aktiviti kreatif seperti cerita tentang katak, selepas tu reka topeng gambar katak dan kemudiannya melakonkan katak yang melompat sambil berbunyi memanggil hujan. Dapat gambaran tak?
Keempat, versatile - kena guna pelbagai cara atau kaedah semasa membaca. Perlu kreatif untuk attract perhatian mereka. Kalau baca satu nada jer, mesti mereka jemu.

Kelima, jadikan masa membaca itu adalah istimewa. Time of loving and more precious! ^_^
Keenam, tunjuk gambar semasa bercerita. Sebelah tangan pegang buku, sebelah lagi boleh tunjuk pada gambar yang ada.
Ketujuh, baca dengan penuh ekspresi dan emosi. Ini kena buat betul-betul sebab anak-anak akan tertarik melihat memek muka kita yang berubah-ubah. Cam Mr Bean tuh! kekeke...
Kelapan, baca kuat-kuat.
Kesembilan, biarkan mereka bertanya. Sifat semulajadi mereka kan... eager to know...curious!
Last but not least, tepuk tangan selepas selesai bercerita!

Clap! Clap!Clap!

*Selamat mencuba!*

Monday, April 26, 2010

Generasi Kini

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Sejak-dua menjak ni rasanya dah bermenjak-menjak kot, Ana kerap ternampak, terbaca, terlihat, terperhati dan banyak lagi lah yang ter-ter ni perkara-perkara yang tak elok untuk dilihat. Apa yer? Apa lagi kalau dengan isu semasa kini iaitu tingkah laku atau perilaku budak-budak sekolah, anak-anak muda dan remaja-remaja kita yang tidak senonoh. Kau nak membebl pulak ke Ana?
Tau tak pa. Nak membebel sekejap sebelum tutup komputer dan balik ambil Adlin kat nurseri. Ana lebih-lebih risau dengan remaja perempuan. Sebab apa? Sebab semua anak-anak Ana perempuan. Pengaruh zaman sekarang tersangatlah banyak. Kalau tak kes lari dari rumah, kes raba, kes rogol, kes buang anak. Masyaallah! Banyak sungguh yang berlaku sekarang. Yang terkini ana dengar, budak sekolah (perempuan) dirogol beramai-ramai dalam 1 bulatan, dalam kelas. Ana pun tak berapa pasti berlaku kata mana (ini cerita dari cik abang Ana, kalau salah tolong betulkan). Semuanya berpunca daripada beberapa perkara yang Ana nak senaraikan di bawah.
Ana risau bila tengok depa-depa ni :
  1. Berpakaian menjolok mata a.k.a seksi
  2. Bercakap bahasa yang huru hara (no manners)
  3. Biadap dengan orang yang lebih tua
  4. Tak tahu malu
  5. Suka berkelakuan seperti nak attract pandangan orang lelaki a.k.a GEDIKS TERLAMPAU! Seronok bila gelagat mereka menjadi perhatian.
  6. Terlampau expose...tangkap gambar ala2 seksi atau GEDIKS pastu masuk FB ke, YOUTUBE ke...apa-apalah yang boleh mengundang tumpuan..
  7. Banyak lagi lah..yang lain tu..LU PIKIR LAH SENDIRI. kekeke...
Nak tegur salah, tak tegur..lagi serba salah... Ana berharap dan berdoa, anak-anak Ana dan anak-anak ibu, mama, mak, ummi di luar sana tak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang boleh menjebakkan mereka ke arah kemaksiatan. Minta dijauhkan. Amin...


p/s: Cabaran utama ibu bapa seperti kita..marilah sama-sama mendidik anak-anak mengenal ilmu Islam agar menjadi pendiding mereka di kemudian hari.

*Link ILUVISLAM.COM

Sukaneka Taski Siti Khadijah: Siri 3 (Akhir)

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG  

Emm..ini sambungan siri sukaneka Taski Aqilah dan Iwani. 
Mari kita lihat aksi dan telatah mereka.
 Aik, kakak! Petik pokok bunga pulak! Habislah bunga-bunga kat situ.


 Haa, senyum itu menawan. Macam tu lah. 
Ceria-ceria selalu!
 
 Kalau tak buat peace memang tak sah. 
Dah jadi trademark pula. Kawan-kawan pun dah ikut sama
Alahai, penat yer kakak. Sian dier. Nanti mama bagi air yer. 
Mesti letih berlari tadi sampai dah terduduk ha...
Aik! Ke mana pula tu? Ha, tak terbabas dari tujuan ni.
Hahaha!
Saya tolong tolak awak yer...Pasni awak tolak saya pulak
Eh..eh..apesal pulak tuh?
Ooo...kawan tolak balik pulak..kekekek...
Ok..semua, mari kita balik. Beratur yer. Jalan sama-sama.
Hoh! Iwani dan kakak, makan apa tu? 
Lapar sangat yer sampai tak menyempat sampai kat sekolah. 
Tengok ha..asyik makan, dah jadi orang paling belakang barisan.
Sedapnyer..jangan makan sensorang. Kongsi-kongsi sama yer.
Ok..Bye..bye..nanti kita main sukan lagi yer. Best!

Sekian untuk siri Sukaneka Taski Siti Khadijah ^_^

Saturday, April 24, 2010

Sukaneka Taski Siti Khadijah: Siri 2

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Seperti yang dijanjikan sambungannya, siri kali ni, nak tunjuk aksi Nur Iwani pula semasa program Sukaneka berlangsung. Semasa Ana sampai kat padang permainan (lokasi sukaneka), sudah 2 acara berlangsung. Acara yang disertai Iwani adalah salah satunya. Tapi bila Ana tanya kat Iwani, cikgu dia dah siap tolong bagitau, dia tak mahu masuk pun. Iwani ni..aper lah... malu sangat. Semua tak mahu. Macam manalah nak ajar dia agar mahu berdikari sendiri? Dia ni memang manja skit. Tak macam Aqilah. Mungkin jugak Aqilah umur setahun dah dapat adik. Iwani nak masuk tiga tahun baru dapat adik. Takpelah. Mari kita tengok aksi-aksinya.

Adoiyai.. anak mama ni sorang jer tak mahu pakai tudung. Bila ditanya mana tudung, dia jawab tinggal kat sekolah. Dah ler rambut tu baru dipotong pendek.
Sebijik macam budak lelaki.

Tengok tu, bukan nak reti duduk diam, gediks lah Iwani ni. Sebenarnya dia
seronok tengok mama datang. wink!wink!

Aha... dah cemuih lah tu. Tak buat apa? Mata pula asyik dok nengok jer kat taman permainan di sebelah kawasan sukaneka. Strategik sungguh!

Kan dah kata. Dah terkeluar dari kawasan kawalan guru. Ana biarkan sahaja.
Nak nengok telatah dia.

Hahaha...kaki dah berjaya menapak di tempat yang banyak permainan. Di sini lebih menarik. Sebenarnya, bukan Iwani sorang saje yang dah mula tertarik kat kawasan ni. Ada lah 2..3..orang kanak-kanak yang turut serta, termasuklah Aqilah. Ana pun panggillah balik. Kang terlepas pandang..lain pula jadinya. Dah ler Ana sensorang. Abahnya tak ikut sebab hari sekolah.

Kantoi! Sudah ditangkap cikgu. kekekeke...cian Iwani, dah nangis-nangis.
 Nak main permainan yer, nanti kita datang lagi. Kita ajak abah datang sini, yer sayang.

Merdeka akhirnya ...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Yeay! Ana dah merdeka akhirnya. Berakhirlah saat-saat getir, penuh rasa tension, geram, marah, bebal dan segala bagai....Tak sangka begini rasanya penangan orang yang dah bekerja bila kena buat assignment semula sama seperti zaman belajar dahulu. Lagi banyak dugaan dan cabaran. Nak buat kat rumah, adoih..letih. Terkejar dengan anak-anak dan rutin rumahtangga. Manalah nak sama macam dulu, masa time bujang-bujang dulu. Sentiasa ada masa utntuk diri sendiri, siap boleh berangan lagi. La ni,takdak pasal lah, baru nak mula intro berangan, dah zzzzz...itu lebih nikmat.
Nak buat kat pejabat, aduhai... macam-macam dugaan jugak. Mesyuarat lah..itulah..inilah... masa bila nak buat assignment tu. Akhirnya, last minit jugaklah baru nak boleh siap. Tu pun merayu-rayu minta extent dua hari. Mujurlah urusetia baik hati.
Anak-anak mama, maafkan mama yer. Sehari dua ni, mama banyak marah-marah. Bukan tak sayang..sayang sangat. Tapi mama perlukan ruang untuk berfikir dan mengarang ayat. Mama ni dah tue. Otak dah berkarat, fikiran dah semakin lembab. Huhu.. nak buat assignment yang dulunya boleh siap dalam masa dua hari sampai lajak ke 2 minggu lebih. Apa-apa pun, itu jer yang termampu. selebihnya, tawakal sahaja kepada Allah. Ana dah tak mahu fikir dah nak dapat berapa pun. Walaupun, sebenarnya berharap sangat paper ni dapat 4. Letih! Huhu...
Untuk abang sayang, terima kasih yer tolong jaga anak-anak. Banyak bertolak ansur dengan perangai Ana ni yang kadang-kadang macam puting beliung. Erk! kekekeke....
Ok, habis sesi luahan perasaan. Horey! Nak blogging kembali. Nak sambung cerita bergambar Sukaneka Taski Siti Khadijah, siri yang seterusnya...

Psstt! entri ini tiada gambar, sebab malas nak google..hukhuk..leh ker camtu plak!

Friday, April 23, 2010

Sukaneka Taski Siti Khadijah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sukaneka ni dah lama berlangsung. Cuma Ana jer malas nak edit untuk upload masuk dalam blog ni. Ana pecahkan kepada beberapa siri sebab banyak gambar sebenarnya yang ditangkap pada hari kejadian. Tapi kena pilih-pilih juga tengok kesesuaian. Ini adalah antara aksi-aksi Aqilah ketika acara cari gula-gula dalam tepung. Tak tahulah plak Ana, pasukan dia dapat nombor berapa, sebab Ana begitu asyik mengambil gambar sampai terlupa nak sorak-sorak kat dia. Bukan senang nak dapat scene dia berlari macam ni kan?

Go Aqilah! Go Aqilah! Chaiyok!

You can do it!

Ada tak gula-gulanya?

Yeay! Kakak dah jumpa gula-gulanya.

Wow, lajunya kakak!

Sampai ke garisan penamat akhirnya...

Wednesday, April 14, 2010

*How to Get Your Child to Love Reading*


Aha, kali ni kita meneroka buku Bahasa Inggeris pula. Sepintas lalu masa Ana dok proses input rekod buku ni dalam sistem, nampak cam best jer. Memang best. Dalamnya ada senarai buku yang ada di pasaran yang sesuai dibaca oleh anak-anak dan dibaca oleh ibu bapa untuk anak-anak. Senang cakap, berkaitan buku dalam buku. Faham tak apa Ana nak cuba cerita ni? Ana pun tak faham..kehkehkeh
Ana tak pasti ada ke tak dalam pasaran di kedai-kedai buku Malaysia seperti di MPH, Kinokuniya atau Popular. Tapi kalau sesiapa yang biasa dengan pembelian online, kat dalam Amazon.com memang adalah stoknya.
Ok, bacalah sinopsis tentang buku ni. Semoga memberi manfaat kepada semua yang berminat dan suka dengan pendidikan awal anak-anak.

Monday, April 12, 2010

"JELAJAH BLOG IBU"




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

  1. JELAJAH BLOG IBU 
  2. Serba sedikit tentang blog milik Suhana Shahril ni...Tajuk Blog ANASTASIA - DUNIA CINTAKU boleh juga dikategori sebagai blog untuk para ibu sebab ada cerita tentang pengalaman membesarkan 3 orang anak dara (Nur Aqilah, 5; Nur Iwani, 4 dan Nur Adlin, 9 bulan). Ada juga cerita tentang diri sendiri dan suami, keadaan yang berlaku sekeliling (seperti sambutan hari lahir, kemalangan dll), resepi masakan harian, pendidikan awal anak-anak,  dll. Sudah namanya bekerja sebagai seorang Pustakawan, dah macam habit pula suka memberitahu makluman, info tentang dunia buku meskipun tidaklah sehebat mana (at least ada juga maklumat), peminat rancangan Martha Stewart, Rachael Ray dll (boleh tengok sidebar di sebelah kanan), bila dah pandai berbloging, pandai pula bershopping online.kekeke..Oh ya, En Ben, saya ada juga blog lain iaitu blog e-novel - DUNIA CINTA JASMIN dan JANJI KASIH (part time jer, itu pun bila-bila free jer boleh nak menulis..huhu..)- khas untuk peminat novel online. Emm, itu jerlah kot. So, sudi-sudikanlah En Ben menjelajah ke blog saya dan saya sangat mengalu-alukan sebarang komen, pandangan atau pendapat. Terima kasih ya.
  3. Saya tahu tentang penjelajahan ini melalui blog kakyong dan saya juga pernah terbaca entri en Ben melalui Geng Blogger. Rasanya selepas dah jadi follower ni, mestilah selalu saya baca entri2 En Ben.
Orait. Itu jer. Kawan-kawan lain yang nak join pun boleh juga. Tujuan untuk meluaskan sayap persahabatan ke seluruh pelusuk dan serata dunia.. ceh! Takpa, angan-angan dahulu. Tak salahkan?

ISTIDRAJ...


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Mengambil iktibar daripada teguran bos terhadap staf yang suka ber FB semasa waktu pejabat. So, moleklah waktu ni Ana posting 1 entri yang kebetulan Ana jumpa dalam email yang lama-lama. Kekeke...idak lah nanti dituduh curi tulangkan. Hati pun tak rasa bersalah sangat sebab dah memang habis waktu kerja dah. Dalam hati ni, dari pagi tadi otak dok memikir nak masukkan entri baru, siap senaraikan tajuk lagi tuh. Entah mimpi apa ntah, semangat bebenor plak nak berbloging.

Artikel ini ada kena mengena jugak dengan hati, semangat dan perasaan Ana yang sejak dua menjak ni asyik dok merudum jer. Biasalah, tekanan kerja. Semoga menjadi iktibar untuk Ana dan semua kekawan blog. Boleh ambil dan sebarkan kepada kengkawan lain. Ini petikan daripada email yang Ana terima...

Sunday, April 11, 2010

BERSAMA PROGRAM SUKARELAWAN ...

Dengan nama Allah yang Maha Pemuraah lagi Maha Penyayang

Lama yer tak update cerita Ana dan anak-anak. Rindu sangat. Minggu yang penuh cabaran, pancaroba dan tekanan amboi, macam lah dia seorang jer yang kerja ada tekanan.
Dah nama pun bekerja di bawah orang. Biasalah kan. Ana ni pulak jenis tak suka nak kelam kabut, sebab Ana tak boleh buat banyak kerja dalam satu masa. Sebab kalau Ana terlalu tumpu untuk banyak kerja, Ana mesti stress atau paling teruk lah..GASTRIK..itu lah yang Ana cuba dok elak2 sangat. Eh,eh, apa kena mengena gastrik dengan stress keja ko Ana? Ha, jangan tak tau... kalau dah banyak kerja, perut yang lapar pon boleh jadi kenyang, sebu..akibatnya..perut kosong,masuk angin, kepala pening, silap2 haribulan boleh pitam...
Itulah yang cuba elakkan sangat. Sebab dah biasa jadi,tapi tak adalah sampai kena masuk wad. Ana ni penakut kalau masuk hospital. Tak suka sama. Lebih-lebih lagi kalau kena jadi bahan kajian. Kes beranak tolak tepi ya. Takkan nak beranak kat rumah kan. Lain la kalau kahwin dengan doktor. Tapi rasa-rasanya bini doktor pun beranak kat hospital kan. kekeke..jangan marah ya kalau ada yang terasa Ana melawak jer.
Aiyoooo..apalah yang Ana melalut panjang-panjang ni. Tentu pelik.. tajuk lain, ceritanya lain. kekeke..oklah. Ini gambar-gambar semasa Ana bawa anak-anak ke program sukarelawan bersama student. Sepatutnya promgram ni dibuat 2 kali sebulan. Tapi nampak gayanya untuk setengah tahun pertama bagi 2010 ni, baru ini jerlah yang sempat kami buat. Selepas ni, student dah nak final exam.Layannn...


Ini Lukisan Iwani. Tapi sayang disqualified sebab mama yang tolong kaler. kekeke...


Ini hasil gambar berwarna Aqilah. Jangan tak percaya...Aqilah dapat nombor 1 pertandingan mewarna ni. Terima kasih kakak-kakak dan abang-abang.


Sedang asyik mendengar cerita

Tengok tu, Iwani ni, orang dok mewarna, dia sempat lagi nak makan kuih pau

Emm, tekunnya kakak mewarna


Peace....


 
Seronok ya kakak dapat gula-gula


Emm...buat apa ni? Tunggu nak dapat hadiah ke?


Emm..sedapnya makan gula-gula


Wah! Acara sukaneka pula.


Kuat tiup tu Aqilah. Jangan cium tepung pula.


 Hahaha... tengok tu Aqilah di celah kawan-kawan baru. Perasan tak mulutnya yang sudah bertempek tepung hasil acara cari gula-gula dalam tepung.


Sekian...

Friday, April 02, 2010

Model Tudung ala-ala Ariani...ahaks!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Iklan selingan tudung ala-ala ariani...layan....

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^