Friday, May 28, 2010

Soalan anak ketika sebelum tidur

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Setiap kali selepas mengaminkan doa tidur bersama-sama anak, pasti soalan ini akan ditanya oleh Aqilah. Ana tak berapa pasti sama ada dia pernah diajar di taski atau sememangnya dia hendak tahu maksud perkataan tersebut. Ana pun masih belum berkesempatan untuk bertanya pada guru-gurunya. Tapi yang pasti soalan ini agak menjentik hati dan perasaan Ana sebagai seorang ibu. Bila si kecil sudah pandai atau mula memahami kewujudan istilah itu, tentu akan lebih banyak lagi persoalan yang akan diajukan. Ana tak berapa pasti, adakah patut kita berterus terang sahaja walau pun mereka tidak memahami keseluruhan cerita yang cuba kita sampaikan. Tapi Ana juga tak berapa nak setuju kalau kita mengambil sikap berdiam diri, mengelak untuk berjawab atau memberi jawapan yang palsu aka berbohong. Jadi, Ana seboleh mungkin akan cuba menjawab setakat yang dapat difahami dan sepertimana yang pernah anak-anak lihat di hadapan mata 
Ana pernah menghadiri majlis ini beberapa kali kerana pada tahun lepas seramai 4 orang ahli keluarga Ana telah kembali ke Rahmatullah - Wa (bapa saudara sebelah bapa Ana), Amati (ibu saudara sebelah mak anak) Tok baba (datuk ana sebelah mak ana) dan pak caq (bapa saudara sebelah mak ana)
Hmm... dah dapat agak apa persoalan yang diajukan oleh Aqilah?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Mama, mati tu apa?"


Wednesday, May 26, 2010

Tidurkan si anak ...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Tahun 2010 ni, Ana dah mula ajar anak-anak tidur berasingan. Kalau sebelum ni, Si Aqilah dan Iwani tidur sebilik, maksudnya Ana hampar tilam toto yang dilapik beberapa keping, tidur di bawah. Kesian juga bila tengok anak-anak berdua tu tidur kat lantai manakala Ana dan cik abang sedap tidur di atas katil. Tapi nak buat macam mana, Aqilah dan Iwani tidur buas. Kalau sebelah malam diberi bantal dan selimut, bila bangun pagi tengok bantal ke mana, selimut ke mana. Kadang-kadang tu, si Iwani dah bergolek di atas lantai, bukan di atas tilam (walaupun sudah dibuat pulau dengan bantal).Huhu...
Sebenarnya Ana dan cik Abang memang sudah menyediakan bilik untuk Aqilah dan Iwani, siap dengan kelengkapan bilik tidur termasuk katil, almari baju, kerusi dan meja tulis.


Tetapi memikirkan faktor-faktor usia mereka yang masih kecil, kasihan pula rasanya.
Bila tengok paten tidur mereka sudah berubah, mereka berdua pun sudah mula bersekolah dan Ana pun dah melahirkan Adlin, Ana nekadkan hati, tidurkan mereka di bilik berasingan dengan kami. Jadi, dapatlah mereka tidur di atas katil yang lebih selesa. Mungkin juga faktor penat bermain + belajar di sekolah, selalunya memang senang disuruh tidur. Dalam seminggu, adalah juga sekali dua, kedua-duanya atau salah seorang sukar disuruh tidur. Kebiasaannya, Ana lah yang perlu menidurkan mereka dahulu. Tetapi kadangkala, ada juga cik Abang yang tolong tidurkan, kalau kerja-kerja di dapur atau kerja-kerja membasuh masih belum selesai. Kadangkala, ada juga salah seorang akan tertidur di hadapan televisyen, jadi, Ana cuma angkat dukung dan tidurkan di bilik mereka.


Semenjak dah pandai menghafal doa-doa harian. Pertama, bila sudah tidur terbaring, Ana akan baca doa tidur beserta maksudnya sekali dan diakhiri dengan 'Amin'. Kedua-duanya akan ikut baca (kadang-kadang, depa baca dulu, Ana yang kena ikut, tukar tekong.kekeh..) Selepas tu, wajib... diulangi, wajib sayang pipi mereka sambil ucap 'Good Night'. Kalau tak cukup syarat, Iwani selalu akan peringat. Seperti contoh, Ana terlupa sebut perkataan 'Amin', Iwani akan jeritlah "Mama, Amin. Cakap amin." kehkeh..mcam-macam. 
Satu jer, yang Ana teringin nak buat dari dulu, tapi sampai sekarang tak pernah dapat buat.
Baca buku cerita sebelum mereka tidur. huhu...Nak buat camna ek?



Monday, May 24, 2010

BABY WITH SOOTHER OR FEEDING BOTTLE

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Ana ni sebenarnya pemalas nak ber contest2 ni. Bukan apa. Sebab nak kena ghodek-ghodek balik gambar-gambar dalam lappy yang selalu diguna cik abang. Malam ni kebetulan, dok tengok gambar anak-anak, terjumpa close up ni. Teringat balik contest yang dianjurkan N.A.I dan tag dari kakyong. Mujur tarikh penyertaan tak tutup lagi. Jadi, bolehlah Ana join. Syarat-syaratnya leh tengok kat blog tuan yang empunya. Sekadar mencuba nasib. Kalo ada rezeki,ada lah.

Close up sikit...


Tengok tu, minum susu sambil terlentang, sempat lagi nak bertepuk tangan.

Nama: Nur Adlin Bti Mior Mohd Shahril
Tarikh Lahir: 7 Jun 2009
email: anamio01@yahoo.com

Nak tag sapa ek?
adik iparku..edliana... keke...

Jom pakat-pakat sertai.Jangan lupa, tarikh tutup 6 Jun..eh..eh..sehari sebelum besday Adlin lah.Hikhik..




Bila anak sudah pandai mencari selera sendiri...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Kejadian petang Ahad...
Laparlah plak. Tadi brunch hanya dengan nasi dagang sahaja. Walaupun kenyang, tapi macam tak puas. Tak seperti makan tengahari nasi berlauk. Masuk dapur, keluarkan tepung gandum, susu pekat manis, bawang... apa lagi..dalam kepala...makan cucur bawang manis ok gak ni. Dengan panas cuaca dan panas kuali yang berisi minyak panas, Ana bertahan jer. Ana pun jemput tepung yang dah bergaul cantik tauk dalam kuali sampai habis. Hmm...memang cantik jadinya. Bulat-bulat comel jer. (Sorry, tiada gambar). Dah siap goreng sepinggan, bawa ler ke ruang tamu. 
Ana -- "Kakak, Wani, meh makan cucuq." 
Cik Abang tengah tangguk Adlin dalam buai. Tapi si kecik tu tak tidur pun. Dok intai jer bila nampak Ana lalu bawa pinggan berisi makanan.
Aqilah -- "Ilah tak mau cucuq, ilah nak makan ayam goreng."
Ana --"Makanlah cucuq ni dulu. Mama dah goreng banyak ni."
Aqilah -- "Taknak. Ilah nak ayam goreng jugak-jugak."
Anak-anak Ana sekarang ni suka sebut perkataan 'jugak'. Bila dengar perkataan tu secara tak langsung terasa cam geram. Ana tahan sabar lagi. Aqilah datang ke dapur, terus buka pintu peti ais. Dia keluarkan sepeket ayamas yang berperisa pedas.
Ana -- "Itu ayam abah. Nanti pedas. Makanlah dulu cucuq ni."
Aqilah -- "Tak mau. Ilah nak ayam jugak!"
Grrrrrr.....
.
.
.
.
.
.
.
Kesudahannya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ana merajuk. Naik atas. buka komputer, tukar templat blog ni kepada templat yang baru. Aqilah meraung kat bawah. Iwani ikut Ana masuk bilik. Cik Abang bawa Adlin tidur kat bilik sebelah. Lama... Ana biarkan sahaja. Selepas tu, Cik Abang turun balik, pujuk Aqilah. Bila naik atas, tengok dah bertukar seluar.
Ana -- "Kenapa tukar seluar? Kencing lagi dalam seluar?"
Cik Abang -- "Tak. Dia muntah."
"Meh sini, kakak." 
Ana panggil dia yang berwajah sembap sebab menangis .
Cik Abang -- "Pi kat mama. Mintak maaf kat mama."
Sambil gonggong botol susu (mungkin cik abang baru bancuh),dia mai dekat Ana yang masih dok depan komputer.
"Kakak, sayang mama tak?"
Aqilah angguk (tanda sayang lah tu) Dua kali Ana tanya dia. Pastu, Ana pun tak terkata apa lagi. Kelu, bila tengok muka dia. Sedih, kesian. Rasa marah tadi terus hilang.
"Meh."
Ana cium pipi kanan, pipi kiri dan dahi dia. 
"Pi tido dengan abah."
Dia berjalan keluar, pergi ke bilik sebelah, tidur dengan Cik Abang dan Adlin. Iwani tengok saja sambil main sendirian atas katil.
.
.
.
.
.
huhu...huhu "I'm very bad mama, again..."

Friday, May 21, 2010

Selamat Hari Guru...Suamiku

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Sana-sini masih dalam mood meraikan 3 hari yang agak penting dalam bulan Mei ni.  Masih ada yang menulis dalam blog masing-masing cara menyambutnya. Mungkin Ana yang paling lewat bercerita sebab Ana nak rangkum semua sekali. Pertama, Hari Ibu... ini banyak cerita yang dikisahkan oleh rakan-rakan. Ana sendiri buat pertama kalinya telah mereka Award Hari Ibu ditujukan khas untuk rakan-rakan maya. Tak lupa juga buat bonda (Puan Che Suria Mohamad) dan bonda mertua (Puan Hasimah Abdul Hamid), Sorry yer takdak entri khas untuk wish. Tapi tak per lah, ada gak tempelan bersama. Maaf juga..tahun ni tak ada hadiah istimewa macam tahun lepas dari anakmu  kerana  bajet bulan Mac hingga Julai pada tahun 2010 ni akan berlari-lari sampai ke takat buku lali sedangkan tahun lepas masih mewah kerana baru terima wang kwsp. kehkeh...alasan ko Ana! Kemudian, Hari Jururawat di mana famili Ana terutamanya anak sulung Ana, Nur Aqilah telah berada di dalam jagaan jururawat-jrurawat NICU, Hospital Tuanku Fauziah yang sangat baik dan penyayang selama 4 bulan 7 hari dan ibu mertua, Puan Hasimah Abdul Hamid yang juga bekerja sebagai seorang jururawat di Hospital Putrajaya. Akhir sekali Hari Guru, di mana ramai saudara mara Ana, sepupu sepapat Ana bekerja sebagai guru. Dan yang paling penting sekali, teman jiwa dan raga, teman serumah dan sebilik, teman sekatil sebantal, cinta hati Ana iaitu cik abang Ana, En Mior Mohd Shahril juga adalah seorang guru. Ana wish sebab Cik Abang Ana pernah jadi cikgu Ana 2 bulan, selepas grad dalam skim yang kerajaan taja RM500 sebulan tuh..skim untuk penganggur.kekeke...Tiba-tiba teringat pula keadaan masa dalam kelas tuh. Tak tahu nak panggil apa. Nak panggil abang ke nak panggil cikgu, sebab masa tu kami dah bertunang. Last-last Ana panggil Encik Mior jer.kehkeh.. Sekarang pun dia masih juga jadi cikgu Ana, pembimbing hidup. Menegur mana yang salah. Memperbetulkan mana yang silap. Dah dalam Al-Quran pun ada mengatakan, Hawa dijadikan dari tulang rusuk Nabi Adam, bengkok. So, buat salah tu, takkan terlepas dalam kehidupan seharian suami isteri.


Untuk cik abang sayang... Selamat Hari Guru. Semoga kuat dan tabah dan terus menjadi seorang yang penyabar dalam mendidik anak-anak muridmu di sekolah dan juga isterimu serta anak-anakmu di rumah. Ahaks!

Thursday, May 13, 2010

Aqilah yang suka mengaji

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Semenjak dah pandai menghafal surah-surah lazim, Aqilah rajin juga membacanya tanpa mengira masa dan waktu. Sampaikan nak tidur pun, kadang-kadang di bacanya juga sekali dengan doa tidur. kekeke...Gambar di bawah ni diambil 2 bulan lepas. Bulan Mac, semasa berada di rumah mama (Penang). Sebenarnya, dia bukan reti baca lagi tuh sebab bukan kenal semua huruf pun lagi. Tapi dia menghafal. Kalau diperhatikan betul-betul, dia bukak muka surat surah lain, bacanya surah lain. Kiranya muqadam di hadapan tu sekadar gimik/ perhiasan sahaja. Ikut dan dia jer..hehehe..Papan rehal tu telah diguna oleh Ana dan adik-adik sejak berzaman yang lalu. Tahan lasak dan masih elok lagi. Sekarang dah boleh diguna oleh anak-anak Ana plak. Berjasa sungguh. 

Kusyuknya anak mama baca muqadam. Mana tudung ni?
Begitu menghayati..

Baca surah apa tu, kakak?

.
.
.

^__^

Tuesday, May 11, 2010

Soalan Anak-anak...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG



Ketika itu, Ana tengah sibuk dok lipat baju sambil tengok tv. Gambar cerita Melayu, kalau tak silap. Tiba-tiba jer, si Iwani bertanyakan soalan yang Ana tak berapa nak sangka dia akan tanya sambil mata dia dok tengok rancangan yang ditayangkan.
Iwani: Mama, kenape orang dalam tv tu tak pakai tudung macam mama? 
Dia takdak tudung ke? Mama dia tak beli kat dia ke?
.
.
.
.
.
 
Besar sungguh pengaruh tv pada anak-anak. Mereka sangat mudah terpengaruh. 
Selepas ni, kena pantau juga apa rancangan yang boleh tengok dan apa yang tidak boleh. Kita kena menjawabnya dengan cara yang mudah difahami dan diterima oleh anak-anak pada peringkat usia mereka. Sengaja Ana tak letakkan jawapan di sini. Mungkin ibu-ibu lain ada jawapan dan pendapat masing-masing.
.
.
.
.
 
 Semoga anak-anak mama membesar jadi anak yang solehah, yer!

Sunday, May 09, 2010

Award sempena Hari Ibu

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


Ana tujukan Award Sempena menyambut Hari Ibu untuk semua 
rakan-rakan blog yang dikasihi yang bergelar ibu, mama, umi, mummy....(ada lagi ker gelaran yang tak disebut?)
Tempeklah kat mana-mana yang puan-puan (dah nama pun ibu, mestilah gelarannya puan kan?ahaks!) suka. Untuk yang bakal menjadi ibu pun boleh ambil. Jangan malu segan yer. Harap sudilah menerimanya. Semoga ukhwah yang terjalin akan bertambah erat. Sama-samalah kita menanam azam dan semangat agar menjadi ibu yang terbaik dan terhebat di dalam hati anak-anak kita sepertimana ibu kita menjadi ibu yang terbaik dalam hati kita.

Friday, May 07, 2010

Pesta Buku Pulau Pinang 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Kekecewaan ku sedikit terubat. Ngehngehngeh.... pasal per? Cam boleh teka tak? Ana pernah story tentang kekecewaan sebab tak boleh ke Pesta Buku Kuala Lumpur (link). 21 April hingga 28 April yang lalu ader Pesta Buku kat Perlis ni. So, cik abang pun bawak ler si cinta hati ni =P ke sana, berdua-duaan sahaja. Yer lah, tak mahu si cinta hati ni memuncung lagi. Awal-awal lagi dah pi. Tapi seperti sudah diagak kat Perlis ni, tak ada penerbit buku yang besar-besar (cam Alaf) turun. Yang ada hanya kedai-kedai buku/ toko buku plus company yang terlibat dengan pembelajaran anak-anak (cam Grolier, Linguaphone). Huhu...sadis kan? Yang lain-lain tu penerbit dari IPT dan Ujang. Ana hanya beli kamus dwibahasa edisi terkini sahaja. Kamus yang ada sampai dah bertukar warna sebab dibeli sejak dari bangku sekolah. kekeke...
Bila difikir balik, kenapa Ana nak sangat pergi ke pesta buku ni? Sebab kat pesta buku ni, Ana boleh dapat harga buku-buku yang lebih murah daripada harga ia dijual di kedai (of course ler, I nak beli buku yang ada diskaun kan, boleh borong banyak-banyak). Kedua, Ana nak jumpa dengan penulis buku yang tentu sahaja takkan boleh jumpa selalu (kiranya, penulis-penulis ni cam artis lah jugak... artis dalam bidang penulisan. Ok lah tu.). Masa nilah, kita boleh amik autograf, bergambar, tanya tentang kehidupan mereka (gosip-gosip..kekeke).. Hei..I lebih suka you, ambil tahu tentang kehidupan penulis berbanding artis yang berlakon/ menyayi tuh! Lebih berfaedah tau. Kutip pengalaman pembabitan mereka dalam bidang penulisan. Ketiga, hmm.. nak tengok suasana pesta itu sendiri. Macam sedut udara segar bila dapat sedut bau buku-buku tu. Wakaka.. ada ke macam tu plak? Ok. Cukuplah kot 3 sebab tu.
So, kesimpulan Pesta Buku Perlis, dari 5 bintang..Ana bagi 1 jer. Tak best!Ana dan cik abang buat 1 pusingan dalam dewan tu, pastu terus balik. Boring. Tak ada kelainan walaupun lokasinya berubah.
Kemudian Ana pergi pula ke Pesta Buku Pulau Pinang. Tapi sedikit ralat sebab Ana sempat pergi di hari terakhir. Hari Ahad Ana pergi bersama-sama adik-adik ku yang lawa tuh (Hanisah dan Shuhada) dan si kecik (Adlin). Ingat kan nak tangkap 2,3 buah novel Alaf, huhu...yilekkk! Banyak yang dah habis. Yang tinggal hanya yang tak berapa popular dan tak berapa berkenan di hati. 
Hampa juga. Ana berkira-kira nak ajak adik-adik balik. Pastu, Shuhada bagitau "Ana, kat hujung sana ada NB KARA" Macam tahu-tahu sahaja Ana dah mula berjinak-jinak dengan dengan novel kak Yati. Yerlah, sebelum ni kan RAM. Hoh! Kak Yati mai sini ka? Biar betul? Ana apa lagi, heret adik-adik dan Adlin ke booth NB. Yang ada Pak Seyit (suami kak yati- cam muka suami dia sebab selalu tengok dalam blog kak yati) dengan seorang lelaki. Wah! Hati Ana dah berbunga-bunga. Ana pun terus tanya pak Seyit, mana kak yati? Dia cakap on the way, baru check out dari hotel. Yeah! Ana suka. Akhirnya, terubat juga kekecewaan ana (ulangan ayat pertama di atas) Mujur adik-adik mahu tunggu. Ana dapat berjumpa dengan penulis kesayangan. Masa dok tunggu di belakang dewan, nampak kak yati and the geng, laju saja berjalan menuju ke booth. Sempat lagi bergosip dengan adik-adik. "Rugged jugak yer kak yati ni. Nampak muda. Berbeza dari dalam gambar." (Kalau kak yati baca entri ni, jangan marah yer. kuikui..) Ana sempat juga bersembang-sembang sekejap saja sebab nak balik cepat (kesian kat mama, dok masak sorang-sorang kat rumah. Ada cerita kat sini. Kami pergi waktu tengahari). 

Layanzzz... gambar-gambar Ana dengan artis kesayangan ni yang sempat ditangkap pada hari kejadian. kekeke...

Adlin dah dok tak diam sebab mengantuk. Masa ni, puteri kak Yati, si Qaisara melarikan diri. Malu ler tu...

Huwaa...besar mulut Adlin menguap ha..apa ler Adlin ni, ponat jer mama control ayu kat sebelah artis ni.

Haha..Adlin sudah berkenan dengan tudung Qaisara. Kalau tahu Qaisara nak datang Penang, boleh bawa Aqilah dan Iwani main sesama. 

Puteri Kak Yati ... Qaisara. Comel kan? Macam muka orang Arab. Mujur dia mahu juga berposing semasa adik Ana nak tangkap gambar dia. Terlindung lah plak dengan stroller Anis. Peace!


Ana sempat beli buku terbaru kak Yati -Layang-layang Bertali Kaca dan Viva Sakura. Hoyeii..Panjang umur kita jumpa lagi yer. Seronok dapat bersembang dengan kak Yati.




Thursday, May 06, 2010

Emmm..cakk!!!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG



(Sila baca dalam nada pelat budak kecik yang baru pandai bercakap)

"Aii, shemua-shemua, tawan-tawan mama! Mama tuar (keluar) matan jap. Cekalang Alin yang nak catap (cakap) plak. Celalu mama jer yang bebel. Alin pun nak mein cak-cak kat cini jugak. kihkihkih...janan (jangan),baitau (bagitau) mama tau. Alin cesaje je, nak..emm..nak..emm..camna nak cebut ..err..intepelem (interfrem).kekeke...ok..cau ci cau, shuma. Jumpa agi...muaksss!!!"

p/s: Sila abaikan 2 bungkus karpet di belakang gambar model bertocang dua itu. Ia bukan untuk dijual tetapi sekadar hiasan sahaja. Kukikkukik...

Buat busyuk!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Ini adalah antara gelagat "buat busyuk" si Adlin yang sempat Ana rakam. So, bila anak mama yang seorang ni dah besar, bolehlah tengok balik, betapa cemberutnya muka tuh semata-mata nak buat memek muka seperti itu. Ntah sapalah yang ajar. Tau-tau sahaja, dia dah buat sendiri. Hahaha..saksikan..zassss..




P/s: Sila abaikan bantal-bantal yang berselerakan itu.

Wednesday, May 05, 2010

Budak Tocang Dua

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Lama tak updates pasal puteri seorang ni. Perkembangan si kecil pada umur yang baru berusia 11 bulan:
  1. Sekarang dah boleh meragas. 
  2. Suka sangat bila diajar bertatih. 
  3. Dah boleh bangun dan duduk sendiri. 
  4. Sudah boleh pegang botol susu sendiri
  5. Pandai tepuk tangan, main wa wa bulan, buat memek muka busuk (nanti Ana masukkan ghupe nye..ngehngeh..)
  6. Dah pandai berhelo-helo (gaya ala-ala orang sedang bercakap di telefon sambil melentokkan kepala)
  7. layanlah telatahnya ketika dalam walker... (diguna kala Ana memasak didapur, kalau dibiarkan di lantai, habis dikutipnya apa sahaja yang berada di depan mata masuk dalam mulut)





Monday, May 03, 2010

Aku sebagai anak dan menantu ...

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang

Sudah ler Ana ni. Dah nak membebel dah pagi-pagi Isnin ni. Amboi-amboi, pagi lagi ker? Cuba tengok jam tu. Dah pukul 1 yer cik kak oiii..Heeee....
Ana cuma nak memperingati bagi yang dah berkahwin, khususnya diri Ana sendiri. Ni kes Ana balik rumah mak kat Penang. Huhu..Kesian tengok mama kelmarin (semalam. Ahad). Pagi, masak sarapan. Tengahari, masak makan tengahari. Banyak lauk plak tuh. Sampai 4, 5 mata. Petang plak, untuk minum petang -- bihun goreng. Tabur daun bawang, pergh!! Sedap sungguh! Malam plak, masak lagi --- nasi tomato + ayam goreng+ air asam. Uuii mak ai! memang sedaplah hasil tangan mak ni!. Tapi Ana kesian sungguh, anak-anak pompuan dia ni takder yang rajin masuk dapur. Aku ler tuh! Ni semua pasal Adlin lah. Merap. Takmo langsung kat orang lain. Alih-alih ke hulu ke hilir nak didukong ajer pandainya ko Ana, anak dijadikan alasan tak turun ke dapur, dasar penyegan sungguh! kah!kah! Bukannya tak reti masak, reti, teror lagi =P, tapi penyegan! Boleh dikatakan, mama tu kira dok kat dapur jer kejanya bila kami anak-beranak balik kampung. Demi anak cucu, sanggup bukan makan tak berenti. Kadang-kadang, malas nak balik sebab ni lah. Sebab tak mahu susahkan dia. Bukan macam Ana ni, Masak pagi, makanlah sampai malam lauk yang sama. masak tengahari, makanlah lauk yang sama sampai tengahari esok. Adoiii! Teruk sungguh Ana ni. Macam manalah nak beroleh keberkatan berumahtangga....kehkeh..
Mama, sorry yer. Kakak tak banyak tolong. Terukkan kakak ni. Nanti kakak balik, kak tolong mama. Mama, dok rehat jer. Biar kakak plak yang masak. Ceh! Baguih lah kalo jadi lagu tu..

Moral of the story: Tak kiralah anak ke, menantu ke... rajin-rajinlah masuk dapur. Tolong mak @ mak mentua masak. Tidak pun, bagi jer depa dok rehat sambil tengok tv dan kita yang tolong masak bagi 
(bukannya ko yang terlangut tengok siaran kat ASTRO tuh Ana oiii!! Ada paham ka?) Jangan dok buat derk ja, Macam tak paham-paham, time masuk dapur pukul berapa. Tapi time makan, punctual lah plak yer. Ngoss betul lah Ana ni! Ok..udah. pi makan. Satgi, orang nak buat keja, baru kelam kabut nak makan.

p/s: Link gamber dari Mr Google dan gambar di atas tiada kena mengena dengan bebelan Ana 
pada pagi ini. Harap maklum. 
(ayat skema..ngeh..ngeh..)

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^