Wednesday, June 30, 2010

Wansteddy Giveaway

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


1) Letak badge di atas bersama link blog ini ke dalam blog anda. Tak perlu buat entry. Cukup sekadar taruk badge dengan linknya saja. 
~Setel.
2) Wajib follow blog Wansteddy Tales dan Wansteddy Studio. Tak perlu add my blog dalam bloglist kalian. Kalau anda berminat, aku sangat-sangat alu-alukan, Trimas!
~Dah follow kedua-dua blog
~Dan blog Wansteddy tales memang berada dalam senarai bloglist
3) Tulis la pape kat kotak komen entry ni supaya aku tahu bilangan peserta. 
~Setel

I-City Shah Alam

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Masa kami berada di Nilai (rumah mentua) cuti sekolah yang lalu, Ana begitu beria-ia mengajak Cik Abang untuk bawa anak-anak ke Shah Alam (hoho..mak nyer yang terlebih sudah aka gedik nak ke sana). Ni semua gara-gara terpengaruh dengan kak su (MAMASYAZA), kehkehkeh...Dan akhirnya Ana berjaya memujuk Cik Abang. Kami bertolak dah agak lewat, selepas maghrib baru kami bertolak dari Nilai ke Shah Alam. Mujur juga ada GPRS. Kalau tidak, mahu sesat juga walaupun Ana penah belajar di UiTM Shah Alam dekat 3 tahun.Tapi Shah Alam sudah begitu banyak berubah. Lagipun, dah dekat 10 tahun. Mana nak sama dah. Macam-macam ada kat seksyen 7 tu yang dulunya padang jarak jer. Sekarang dah macam bandar yang tersendiri. Masa kami baru memasuki seksyen 7, hujan turun renyai-renyai. Rasa sedikit kecewa sebab pasti tak boleh nak turun dari kereta untuk melihat pelbagai replika yang dihiasi lampu LED. Tapi, Alhamdulillah, sebaik sahaja kami memarkirkan kereta, hujan pun berhenti. Walaupun malam, tapi cuaca agak panas sedikit. Pengunjung bukan semakin kurang tetapi semakin ramai. Sampaikan nak bergambar di sebelah replika-replika tersebut pun terpaksa menunggu giliran. Dan kita akan dapat lihat, setiap pengunjung yang datang pasti memegang kamera di tangan. Masing-masing tak mahu melepaskan peluang mengabadikan kenangan di situ. Dasyat sungguh penangan taman rekreasi ini. Oklah, meh tengok gambar-gambar model-model yang tidak bertauliah.hihihi...

Laluan berjalan masuk. Kami melalui deretan kedai dan laluan antara kedai tergantung lampu berupa tanglung.

Ada rupa macam pokok epal tak?

Apalah yang dijenguk Aqilah dan Iwani? Ada sesuatu yang mengujakankah, sampai ternganga mulut tu haa?

Iwani yang masih tercengang-cengang melihat lampu LED yang memenuhi setiap ruang taman I-City

Kakak Aqilah yang malu-malu menjadi model di atas panda berlatar belakangkan pokok buluh cina

 Teruja melihat replika panda berlampu

Aqilah melihat replika kuda unicorn, rusa dan pelbagai lagi haiwan dengan penuh rasa geram kerana tidak dapat berada berdekatan dengan haiwan tersebut

Adlin yang teruja sampai nak cabut replika pokok krismas berlampu


Model legging

Close up

Eh! Jadi model ubat gigi pulak.hehehe...

Wah! Adlin di bawah pohon sakura...

Model ni garu kepala pulak

Replika haiwan

Four charlie's angels

Model ibu dan anak. Rasa-rasa siapa yang lebih teruja yer? 
Ibunya ke atau anaknya? kehkeh...

.
.
.
.

Salam sayang daripada Suhana Shahril

Monday, June 21, 2010

Anak saudara baru

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Balik Nilai kali ni rasa lebih berkobar dengan kehadiran ahli keluarga baru. Adik ipar Ana dah selamat melahirkan anak perempuan sebulan sebelum hari ulangtahun Adlin.
Memperkenalkan anak saudara baru Ana aka sepupu Aqilah, Iwani dan Adlin
.
.
.
.
.
Nur Afiqah Iman lahir pada 6 Mei 2010
Pipi macam buah labu (orang putih kata pumpkin)
Mata hitam, rambut lebat

.
.
.


Hiiii...kalau jumpa lagi, sohih mak long rasa cam nak gigit-gigit pipi dia.

Tahniah untuk Sheila dan Fuad!

*Oppss... sorry tersilap taip tarikh, thanks to Ayah Iman

Tarikh lahir Iman yang betul : 7 Mei 2010...
manakala tarikh lahir Adlin 7 Jun..tapi asyik dok tersilap sebab dok fikir Jun tu 6 dan 6 tu Jun

Mak long dah tue la Iman, kena ingat besday kakak Adlin baru leh ingat besday Iman. geeee....

Sunday, June 20, 2010

Kenapa malam?

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Cik abang Ana sangat suka aka gemar memandu pulang ke kampung pada waktu malam atau kadang-kadang dah lewat petang baru nak bertolak dari rumah. Ramai jugaklah ahli keluarga yang rasa pelik. Kenapa tak bertolak waktu siang? Lebih selamat dan dapat sampai awal ke destinasi yang ditujui. Memandu waktu malam, mengundang mengantuk. Merbahaya dan sebagainya. Masing-masing ada pendapat tersendiri. Tak ada siapa yang salah dan tak ada siapa yang benar. Ana berharap sangat semua orang faham (maksudnya ahli keluarga Ana), situasi kami sekarang.
Suami Ana jenis orang yang berjaga malam, dan sebelah siangnya banyak tidur (kalau tidak bekerja aka hari cuti). Sejak zaman dia belajar lagi, dia banyak membuat kerja pada waktu malam. Katanya, sebelah malam lebih banyak idea (kerja design). So, bila dah dekat 8 tahun berkahwin ni, Ana dah mula faham sedikit demi sedikit rentaknya. Ana dah memang tak boleh ubah tabiatnya itu. Walaupun pada mulanya, ada tarik muka masam juga. So, kalau nak ke mana-mana di awal hari, Ana memang kena inform siap-siap kat dia pada sebelah malam, untuk pastikan dia bangun awal pada sebelah paginya (dia selalu tidur balik selepas subuh, memang lah tak elok sebab Rasulullah SWA sendiri dah kata rezeki tak masuk) tapi nak buat macam mana, dah jadi tabiat. Susah dah nak ubah. Jadinya, dia memang suka memandu pada waktu malam.
Kenapa malam?
Katanya, malam sejuk sikit udaranya. Tak panas macam waktu siang. Bila malam, anak-anak akan tidur sepanjang perjalanan dan tak buat banyak ulah. Bila malam juga, tak banyak kereta atas jalan raya. Jadi, dia boleh memandu dengan tenang sebab tak ada traffic jam. 
Insyallah, setakat ni, perjalanan kami pulang ke kampung, selamat. Biasanya, dia akan berehat secukupnya di sebelah siang, sementara Ana menyiapkan barang. Jadi, dia akan segar di sepanjang pemanduan. Bila mengantuk, macam biasalah, dia akan berhenti tidur atau rehat di mana-mana kawasan R&R. Percaya tak? Pernah sekali tu, perjalanan dari Perlis ke Nilai mengambil masa 10 jam, gara-gara dia berhenti tidur. Bayangkan betapa lamanya kami berada dalam perjalanan tu. Itu sebab dia kurang tidur sebelum perjalanan. 
Kalau dah cik abang mengantuk, kenapa tidak Ana jer yang gantikan?
Haha...cik abang memang tak harap Ana memandu untuk long distance tambah-tambah lagi kat highway. 
Agak-agak, faham tak apa yang Ana bebel hari ni? kehkeh...oklah. Ana dah puas hati sebab dah luahkan sebab musabab kenapa kami suka travel waktu malam. Harap-harap mereka faham dan mengerti seperti mana Ana juga faham dan mengerti cara mereka. 

Ketika baru sampai di rumah mertua pada pukul 3 pagi. Anak-anak biasa akan terjaga bila kereta berhenti.

Adlin masih belum dapat membiasakan diri dengan atok nya. 
Mungkin sebab lama-lama sekali baru nak berjumpa.

Mak mertua yang sanggup bangun memanaskan makanan setiap kali kami pulang ke Nilai.
Semua masih mengantuk. Menunggu masa untuk tidur semula.

Salam sayang untuk semua. No hard feelings, ya!

Saturday, June 19, 2010

ADLIN sudah berusia setahun

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

7 Jun 2010... genap setahun usia anak dara Ana yang bongsu. Sekejap sahaja kan. Entri khas ini terpaksa dilewatkan kerana gambar yang ditangkap pada hari kejadian tidak dijumpai gara-gara fail nya tiada nama. Punya lama Ana mencari, akhirnya berjumpa juga dalam lappy cik abang. Jadi, cerita dah jadi basi. Hari lahir Nur Adlin disambut bersama-sama bapa saudara Adlin yang dipanggil Pak Pik yang birthday nya juga pada bulan yang sama dan jarak yang berdekatan iaitu pada 3 Jun. Seperti kebiasaan lah yer, hanya beli kek untuk dimakan bersama-sama. Walaupun dah lewat, khas untuk adikku, Taufik...moga panjang umur, murah rezeki dan dipermudahkan segalanya dan untuk anakanda mama yang tersayang, NUR ADLIN BINTI MIOR MOHD SHAHRIL....Semoga menjadi anak yang solehah, taat pada Allah dan agama dan hormat pada mama dan abah. Mama, abah dan kakak Aqilah serta kakak Iwani sayang sangat-sangat pada Adlin. Muaksss!

Ish..ish..mana satu birthday girl ni?

Adlin dah menjilat tu, dah tak sabar nak makan kek

Posing dengan Pak Pik dulu yer Adlin
Meh, kakak tolong suapkan
Birthday girl akhirnya dapat juga makan kek, setelah berebut-rebut dengan kakak-kakak

Kek yang telah ditarah oleh kakak-kakak Adlin termasuklah si gedik, Anis Darwisya



Time to sleep yer, sayang. Be a good girl!

Monday, June 14, 2010

Tukang cuci kereta

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Mari! Mari! Siapa nak cuci kereta? Ada 3 orang gadis manis, cantik, comel lote lagi seksi...auww... yang sudi mencuci kereta anda. Kekeke....
Aktiviti hujung minggu yang lalu. Cuci rumah besar-besaran dan cuci kereta sekali. Bagi clear porch kereta. Lega. Semua kotak-kotak yang bersepah depan rumah sudah dibersihkan. Tiada lagi labah-labah yang bersarang. Dan tiada lagi port tempat si pussy cat bertempel. Ngeh..ngeh...









Sukan Bowling

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Salam Piala Dunia...kekeke...Ana bersiaran dari Nilai. Hoho.... gelak mak tak cukup akal gara-gara sakit kepala dan sinus.Nak update cerita lama, cuti sempena Hari Keputeraan Raja Perlis, yang lalu. Cerita cuti kat Nilai, tunggu giliran yer. Ni semua sebab lappy diguna oleh cik abang dan gambar-gambar yang ditangkap banyak di dalamnya. Hanisah (adik Ana) selalu dok ajak pi main bowling. Dia ni memang kaki bowling. Tak cukup main dengan kawan opis dia, dengan kami pun asyik nak ajak main bowling. Pantang kami balik Penang. Tapi Ana ni cam biasalah. Malas nak main, pertama sebab anak-anak susah untuk dikawalselia. Kalau kami main, depa akan terkinja-kinja sebab tak tau nak buat apa, pastu memang sohih akan berkinja-kinja di hadapan kami aka boring aka bosan. Kedua, sebab bowling ni salah satu daripada sukan riadah yang pakai duit.Ngeh..ngeh... tapi sesekali nak main. Tak apalah, kan? Ana tak boh banyak gambar sebab banyak angle belakang aka gambar buntut sahaja. Mana boleh bawa kamera masuk. Dah larangan. Tak tahulah pasal apa. So, gambar yang diambil, adalah gambar curi-curi. =P

Pasangan suami isteri sedang mengatur strategi

Budak yang sudah kebosanan merenung bola bowling sambil berfikir, 
"Bilalah dapat aku membaling bola ini pula? 
Aku dah bertenaga ni minum air 100 plus, tapi mama tetap tak bagi aku main jugak."

Seorang pro aka mantan bowling peringkat adik-beradik. hehehe...

Dah nak balik, di luar kawasan, baru boleh posing-posing

Pencuri berada di sebelahku. Hoho..pencuri tangkap gambar. Peace sebelum balik. 
Dah pukul 10 malam beb! Masa untuk pulang berehat.

Wednesday, June 09, 2010

Berubat dengan Al-Quran

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Kadang-kadang bila badan letih, kepala sakit, perasaan stress atau emosi tengah berkecamuk, hati sedang rawan a.k.a jiwa kacau, 
Allah SWT akan beri petunjuk tersirat yang mungkin tak terduga. Tak sedar sangat pun, tapi pasti terdetik juga dalam hati, "Eh, ni macam berkait je dengan masalah aku?" Maksudnya sesuatu yang boleh membuatkan diri (fizikal dan mental) kembali lega sangat-sangat. Walau pun kadang-kadang tu bukanlah penyelesaian secara terus kepada sesuatu masalah yang dihadapi, tapi masih boleh membuatkan diri rasa lega...dan tersangat-sangat lega. Petunjuk tu (boleh ke guna istilah petunjuk-- hint sesuai kot, ceh translate ke English jer) datang dalam macam-macam cara.
Kalau macam yang selalu Ana alami, biasanya Ana akan terjumpa atau terbaca atau terdengar atau terlihat sesuatu artikel/ rancangan radio @ tv/ buku ke tentang sesuatu yang berkaitan dengan masalah yang sedang Ana hadapi.
Seperti baru-baru ni, Ana diserang demam, batuk, selsema. Dan virus selsema ana dah berlarutan sehingga 2 minggu lebih. Memang tak selesa sangat-sangat. Biasa teruk, waktu awal pagi di ofis dan sebelah malam bila berada di rumah. Sengal satu badan, Tuhan sahaja yang tahu. Mood hilang, moody, kesiannya kat anak-anak dan suami. Kadang-kadang ok, kadang-kadang ko. Nak menulis dalam blog lagilah tak ada mood. Idea melambak-lambak, sanggup terperam dalam otak. Tak boleh nak korek keluar, macam ada dinding kebal kat dalam kepala. Apa yang dibualkan oleh orang sekeliling pun, Ana macam endah tak endah, telinga bengang, macam dok dalam bilik kebuk tanpa udara. Penghujung serangan, Ana diserang sakit kepala, yang amat sangat. Rasa-rasanya, kalau dihentak kepala ke dinding, mungkin rasa sedap yang amat sangat. Tu dia sampai macam tu skali rasa sakitnya. Ingatkan dah migrain dah. Rupa-rupanya doktor kata sinus. Ceh!
.
.
.
.
.
Apa hint yang Ana dapat kali ni?
.
.
.
.
.
.
.
.
Cover dari Mr Google

.
.
.
.
Ana terjumpa semasa nak proses input rekod dalam sistem. Mungkin Ana boleh belek-belek isi kandungannya dan kongsi sedikit dengan semua.

Lapang dada:
Baca ... Robbisyrohli

Dukacita/ susah hati
Baca Subhanallah dan Ya hayyun ya qayyum

Banyak lagi sebenarnya boleh didapati dalam buku ni. Yang lain-lain tu, boleh baca sendiri lah kot. Boleh dapatkan di toko-toko buku berhampiran anda. Cheewah..cam nak promosi lak.

~sharing is caring~

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^