Thursday, July 29, 2010

Pekerja perlu ada 'value added'

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Baru-baru ni Ana menghadiri satu ceramah yang dianjurkan di tempat kerja. Ceramah tersebut bertajuk 'Tansformasi Minda Menjana Kompetansi dan Keterampilan Akedemia' telah disampaikan oleh Y. Bhg. Dato' Dr Ismail B Alias. Sebenarnya, sasaran ceramah ini adalah kepada golongan pensyarah, tetapi biasalah, program-program seperti ini jarang mendapat sambutan. Jadinya, pekerja dari bahagian pentadbiran yang perlu meramaikan program tersebut. Dah jemput penceramah dari jauh, tentulah memalukan bila pesertanya tidak ramai atau tiada sambutan. Mujur juga diadakan pada waktu kerja, jadinya tidaklah terkejar-kejar nak mengambil anak di nurseri.

Tak sangka, pada permulaan ceramah tu, Ana dah tersengguk beberapa kali. huhuhu... teruk sungguh pekerja ni, orang dok bagi ceramah, dia dok tersengguk tidur. Tapi lama-kelamaan, ceramah yang di bentangkan semakin seronok pula dan mata Ana kembali terbuntang luas...hahaha..


Antara isi kandungan ceramahnya adalah:

5 mind for the future  atau 5 jenis pemikiran masa depan
  1. The Disciplined Mind
  2. The Synthesizing Mind
  3. The Creating Mind
  4. The Respectful Mind
  5. The Ethical Mind
Kata Y. Bhg Dato', nombor 1-3 adalah untuk diri sendiri. Nombor 4-5 adalah hubungan diri kita sesama manusia dan tuhan.
Katanya lagi, pekerja perlu sentiasa relevan, mengambil bahagian dalam penyelesaian masalah/penghasilan idea, perlu ada nilai tambahan, perlu mencipta nilai, perlu mempunyai kelainan dan yang paling akhir, perlu berpegang kepada integriti diri.

Banyaknya kekurangan diri Ana dalam pekerjaan. Ada hikmah juga bila dipaksa datang mendengar ceramah ni. Semoga menjadi panduan agar dapat bekerja dengan lebih berdedikasi lagi.

Friday, July 23, 2010

Musim buah-buahan ^_^

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Baru-baru ni (Sabtu dan Ahad yang lalu),tok mama dan tok baba Aqilah, Iwani dan Adlin datang ke Perlis (ibu bapa ana). Mereka datang bersama-sama adik Ana, Muhaimi dan isteri serta Hanisah (adik). Kiranya kedatangan mereka itu sebab mak dan bapa ana nak bawa pasangan pengantin baru itu menziarah sanak saudara sebelah bapa Ana di Kedah (nak berkenal-kenal dengan saudara sebelah sana).

Jadinya, selepas seharian menziarah (hari Sabtu), malam tu mereka singgah bermalam di rumah Ana.
Maaflah yer, tak ada pula gambar semasa dok berkumpul ramai-ramai tu.
Kebiasaannyalah, bila baba Ana tu balik kampung, makcik-makcik (mak saudara) pasti memberi ole2 dari kampung. Sementelah pula sekarang musim buah-buahan. Haaaa, makan sampai tak hengat.

 Buah rambutan...Aqilah dan Iwani panggil buah durian..hahaha..


My favourite... manggis dan dokong...huhu..kerana 3 ulas dokong ni lah, ana membuang angin a.k.a kentut tanpa henti semalaman..sesapa yang angin tu jangan cari pasal nak memakannya ya.



Akhirnya, Ana berjaya juga mengupas cempedak ni. First time belah cempedak, bangga habislah tu. sebelum-sebelum ni pandai makan jer. Hehehe...


Terliur tak tengok isinya? Goreng pun sodap...

Sehari sebelum tu, ada pasar malam berdekatan dengan rumah. Cik abang Ana memang tersangatlah suka makan durian. Jumpa sahaja buah kesukaan tu, terus sahaja dibelinya sampai 4-5 biji. Katanya Sangatlah suka sebab dia berjaya menghasut anak-anak untuk turut serta makan raja buah tu. Ana pun tak sangka, mereka begitu menikmati kelazatannya. Tambah-tambah si kecil, Nur Adlin... sampai menjilat jari. Ana tak suka durian. tak reti nak makan. Memang dari kecil tak suka. Buah lain tak apa. Jadinya. nasiblah engkau Ana, dah kahwin pun dengan orang yang asal usul kampung dari Perak. Negeri yang memang terkenal dengan buah durian, petai, jering dan pekasam. Oh, ya.. tapi jangan pelik pula, Ana makan masak tempoyak. Ana pernah cerita tentangnya di sini. Layan jerlah keletah anak-anak ana makan durian yang dibeli oleh Cik abang di pasar malam dan buah yang dibawa dari kampung.

Aqilah dan Iwani yang sudah mengikut jejak langkah cik abang yang hantu durian

Kusyuk betul depa makan
** Sila abaikan gambar baju yang berlonggok di belakang itu

Nyam..nyam..sambil menjilat mulut...meh la makan dengan kami

pssttt: Cik abang tukang kopek. Anak-anak tukang makan. Ana tukang ambil gambar jer. Ana tak makan durian ni. Tak lalu. hehehehe...

Wednesday, July 21, 2010

Tolong promo GA adik ipar

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Maaflah yer, sebab Ana terlewat nak mengumumkan giveaway ni. Sebenarnya, bukan Ana yang anjurkan giveaway ni tapi adik ipar ana, edliana (bukan nama betul, ini nama fofular dier, hehehe..). Kiranya, Ana tolong mempromosi kan sahaja. Syarat-syarat penyertaan tersangatlah senang. Hadiahnya pun sangat istimewa bagi bloggers yang gemar memakai dan mengumpulnya. Jangan bimbang Ana tak join lahkan sebab dah nama pun kakak ipar. Kang ada pilih kasih plak nanti. kekeke...
Jadinya, marilah, pakat-pakat, ramai-ramai join yer... sila klik sini

Ini gambarnya, comelkan. chinese look. Tapi sorry yer untuk yang masih bujang tu, adik ipar Ana ni sudah berpunya dan dah ada anak dua pun. Dua-dua hero. Tapi kalau  nak buat kakak angkat ke, adik angkat ke, anak angkat ke, mak angkat ke...boleh ler...kahkah..dah menyimpang plak Ana ni. Jangan marah yer, Wan....

Friday, July 16, 2010

Contest Tagline Kakyong[dot]com

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG



SYARAT-SYARATNYA:

Mesti ada blog.
ADA

Link kan kakyong[dot]com dan kakyong's shoppe di bloglist kalian.
DAH BUAT

Tampal banner di sidebar dan link ke n3 contest ini.
DAH BUAT

Buat entri contest di blog. Content entri -
  (i) cadangkan tagline yang superb - tak lebih 15 patah perkataan ya.. yang penting short dan precious.. 70% markah disini. Sila nyatakan @ penerangan kenapa di cadangkan tagline superb itu..
CADANGAN ANA - "INI KISAHKU DAN KESAYANGANKU..." Bila Ana kata kisahku tu maksudnya secara keseluruhan iaitu cara dan kaedah kakyong dalam menghadapi hidupnya sehari-hari seperti contoh hobi dia yang suka berbloging, menjahit crossstich, memasak dan sebagainya. Oppss..terlupa, lagi satu kakyong ni kira senior gak dalam penggunaan CDs (cloth diapers). Kesayanganku tu pula ... mestilah tentang anak-anaknya, suaminya, keluarganya termasuk adik-beradik, kawan-kawannya dan lain-lain lagilah.

Kenapa?
Kerana Kakyong ni seorang isteri, ibu, anak, kakak, adik, kawan dan wanita yang amat penyayang. Selama perkenalan Ana di alam maya ni, kakyong yang Ana kenal seorang yang lembut tetapi tegas. Bijak dalam menguruskan hal ehwal anak-anak dan ana kategorikan beliau sebagai seorang suri rumah yang berjaya mendidik dan mengajar anak-anak dan dalam masa yang sama boleh melakukan kerja sampingan (work at home mom) bagi menambah pendapatan keluarga. Daripada cara beliau berbloging, beliau seorang yang sentiasa up to date tentang ilmu dunia blog (termasuk hal-hal berkaitan widget tambahan dalam blog). Dia rajin ghodek-ghodek menda-menda ni suma dan kemudiannya sedekahkan pula ilmunya kepada bloggers yang lain. Tak kedekut ilmu kakyong ni. Ana banyak juga belajar daripadanya kerana dialah blogger yang pertama menegur Ana dalam blog ini. Terima kasih banyak-banyak kakyong!

 (ii) beri pandangan kalian tentang blog kakyong[dot]com - apa yang suka, apa yang tak suka, serta cadangan & penambaikan untuk content entri blog adalah sangat2 dialu-alukan...
Pandangan ana tentang blog kakyong ni - Best..memang best. Ana tak pernah ketinggalan membaca setiap entri yang beliau tulis. Ada ilmu tentang dunia blog, ilmu tentang cloth diapers, tentang makanan dan yang paling best adalah tentang anak-anaknya yang hensem dan comel bam bam.Ahaks!

Ada satulah yang bukannya ana tak suka tapi sedikit terkilan iaitu kotak komen kakyong. Selepas kakyong tukar pakai intensedebate ni, ana sukar nak tinggalkan komen.Ana pun tak pasti kat mana masalahnya. Mungkin juga pada pc ana di ofis. Ana selalu blogwalk di ofis (ana sentiasa open screen blogspot sambil buat kerja). Kalau balik rumah, bila-bila free sahaja, baru ana sempat blogwalk kembali ke blog kakyong dan tinggalkan komen. Selalunya ana tak dapat tinggalkan komen sebab tak sempat nak blogwalk balik. huhuhu...
Tapi apa-apa pun, blog kakyong memang best bangat! Sebab sentiasa ada pembaharuan dengan widget-widgetnya. Tabik spring untuk kakyong!

Tinggalkan permalink @ link entri anda di kotak komen entri ini.
DAH BUAT

Hadiahnya :
  • Beg anyaman (1st & 2nd winner)
  • Cross-stitch with frame - saiz 4"x6" (1st & 2nd winner
  • 1 pc CD QQbaby Minky (ibu reservekan brown stripe zebra) (1st winner)
Tarikh tutup: 31 Julai 2010

Jom lah sertainya! Anda masih ada masa lagi.

Wednesday, July 14, 2010

Iwani...oh Iwani...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


Pelakon utama: Ana dan... of course budak nakal tapi cerdik...Nur Iwani
Pelakon yang terlibat sama: Aqilah, Cik Abang dan Cikgu Sekolah
Tempat kejadian: Rumah dan Sekolah
Hari  kejadian: Isnin, Selasa, Rabu
Masa kejadian- 7.15 pagi - 7.30 pagi dan sebelah petang


 Begini ceritanya...

Sehari sebelum hari Isnin, maknanya hari Ahad lah tu...Ana beli multivitamin (tablet) kat Guardian untuk anak-anak (anak-anak Ana ni memang mengalami masalah kurang berat badan, jadi kena ada supplement untuk tambah berat badan-atas nasihat jururawat dan doktor). Pilih punya pilih berkenan lah multivitamin ni.... Oklah kan harga lebih kurang RM20++ (botol besar 60 tablet) dapat free lagi botol kecik (30 tablet).

Hari Isnin, pada masa kejadian, Ana buka yang botol kecil. Ana bagi seorang satu multivitamin tu termasuklah Adlin (Alhamdulillah dia dah pandai hisap macam hisap gula-gula). Selepas tu, Ana letak atas meja makan. (Salah Ana sebab tak simpan kat tempat yang sepatutnya). Kenapa Ana tinggal atas meja? Sudah tu, Iwani dah mula mengamuk nak bawa ke sekolah, jadi sebagai umpan untuk tidak buat perangai, Ana tinggalkan kat situ dan cakap, nanti petang suruh abah bagi pula. Ana pun sibuk dan menyibukkan diri siap-siap pakai tudung dan kelam kabut menyumbat beg-beg sekolah dan anak-anak dalam kereta. Ana betul-betul tak sangka dan entah masa bila Nur Iwani ambil multivitamin tu satu botol dan masukkan dalam beg sekolah dia.

Pada sebelah petangnya lebih kurang dalam pukul 6 petang, selepas sampai di rumah, sebelum buka pintu rumah, Iwani dah terjengul kepala sambil menangis. Katanya abah pukul dengan rotan.Betul. Kat tangan dia ada sebirat bekas rotan.
Bila Ana tanya kat cik abang, cik abang jawab, Iwani begitu banyak perangai dan merap yang amat.
Selepas tu, kedua-dua beradik tu dah mula meminta untuk makan vitamin tersebut. Sekejap saja dah lupa diri dia yang baru lepas kena rotan.

Ana: Eh, kan mama letak kat atas meja makan. kenapa tak suruh abah bagi?
Aqilah: Mama, Wani bawa kat sekolah. Pastu, kawan ambil. Pastu..pastu..pastu..bla..bla..bla..
Aqilah dah mengadu versi bahasa dia. Ana tengok atas meja, memang tak ada. Ana tengok Iwani.
Ana capai beg sekolah Iwani. Buka zip beg, betul..ada kotak vitamin, tapi botolnya tiada. Yilekkk...

"Wani bawa vitamin pi sekolah ke?"
Dia angguk. Ana dah terduduk. Pastu rasa cam nak menjerit macam tarzan
Adoih la Nur Iwani.Cuba juga tanya kenapa dia bawa ke sekolah dan siapa yang ambil? Tapi seperti biasalahkan, bukan dia nak ingat. Kalau ingat pun, tak reti nak cerita. Kalau reti cerita pun, Ana plak yang tak paham cerita dia yang bagai versi Spain lawan Belanda. Eh..eh..melalut ke Piala Dunia plak.
Soal siasat apa pun tak guna. Jadinya, tunggu sahaja hari esok, untuk bersoal jawab dengan cikgu sekolah dia.

Hari Selasa, sebelah petang, selepas ana balik kerja, cik abang bagitau, cikgu sekolah yang ditanya itu tak tahu apa-apa tentang hal tu. Kena tanya guru kelas dia.

Pagi Rabu (hari ini), selepas sesi salam-salam dan peluk cium Aqilah dan Iwani, kebetulan ada guru kelas Iwani, Ana pun tanyalah...

Ana: Cikgu ada nampak tak Iwani bawa vitamin satu botol ke sekolah
Cikgu sekolah: Ha..ada. Saya nak ambil dia tak bagi. Dia dah bagi kat kawan-kawan dia seorang satu. Dia sendiri dah makan banyak biji.
Ana: ha...tak apalah cikgu. Kalau dah dia bagi-bagikan pada kawan-kawan tak apalah. Ingatkan hilang (ingatkan cikgu ada ambil simpan kan, huhu...) Saya halalkan sahajalah.



Rasa nak gelak, nak nangis,nak marah,nak senyum,nak risau ....semua bercampur baur. Baiknya anakku itu..pemurah sungguh. Mujurlah engkau tak demam hai anakku gara-gara overdose.huhuhu...
Ana masuk kereta, hantar Adlin kat nurseri. Sampai pejabat, terus telefon Cik abang. Cerita apa yang telah diberitahu cikgu sekolah.
Cik abang: Yang ingat tak hari Isnin tu, Iwani kena pukul. Patutlah Iwani terlampau hyper, merap tak hengat dan tak mau dengar cakap, sampai kena rotan. Rupa-rupanya overdose makan multivitamin.
Dia gelak-gelak.
Cik Abang: habis tu yang buat apa?
Ana: Nak buat apa lagi? buat bodoh Halal sajalah, dah masuk perut budak-budak tu dah jadi tahi pun.

Cik abang gelak-gelak sambil tanya
"Agak-agak Iwani ikut macam siapa ya?"

Ana: Macam abanglah kot..(agak2 je...Ana rasa ana ni kedekut juga)
Cik abang gelak-gelak lagi. Banyak gelak lah plak.
 Dia cerita tentang masa kecik dia yang curi duit bapak pastu baling-baling kat kawan-kawan kat sekolah macam ala-ala scene Anakku Sazali.
.
.
.
Jadi, simpulan bahasa pada hari ini
.
.
.
Like father, like daughter


Hehehe...


Sunday, July 11, 2010

Bersatulah Mereka Akhirnya...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Dengan ini rasminya, adinda Ana, Mohd Muhaimi telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya
Farizatul Hana pada 11 Jun 2010. Ok..ok..Ana tahu..cerita basi...macam biasalah..gambar berterabur di merata-rata folder...masih dalam proses editing. Ini pun cilok dari fb adik (Shuhada). Untuk perkenalan hanya 2 pics ini dulu yer.

Muhaimi (adik Ana)
.
.
.
Selamat Datang
kepada
ahli keluarga baru
.
.
.
.
Farizatul Hana
.
.
.
.
.
.
.
.


Nanti Ana upload lagi beberapa gambar bermula Majlis Akad Nikah, Kenduri di rumah pengantin perempuan dan kenduri di sebelah pihak pengantin lelaki. Tungguuuu.....

Wednesday, July 07, 2010

Benci Bilang Cinta

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Ntah apa-apa lah Ana ni. Apa rancangan kegemaran anda sekarang di musim Piala Dunia ni? Oh..oh..jangan salah sangka. Ana buka menonton rancangan bola. Mujurlah cik abang juga bukan hantu bola sebab dia terdiri daripada golongan yang suka indoor game. Cuma sesekali adalah juga outdoor game sekadar nak keluarkan peluh macam main badminton dan berbasikal. So, apa yang Ana tengah tengok kat tv sekarang? Jangan gelak ek..Ana tengok gambar Indonesia..sinetron Benci Bilang Cinta. Masa mula-mula tayang dulu, tak ambil kisah sangat. Tapi bila tetiap kali balik ofis, sambil dok rehat-rehat tu sebelum masuk dapur, bukak tv, ada rancangannya tengah bersiaran 6.30petang - 7.30 malam. Gambar ni kalau tak silap ditayang pukul 2 ptg kot. Kiranya, sebelah petang tu adalah tayangan ulangan. Pastu ada ulangan lagi dalam pukul 11 malam plak. Best la plak bila dok tengok..last-last...ana layannnnnnn, siap tangkap leleh sekali...kehkeh..suka pulak tengok si comel ni berlakon bersama heronya yang hensem. hohoho! Namanya apa ntah...jap nak cari kat Google..amboi..amboi..Ana. Kerana BBC ni, sanggup cari Google lagi. Hahahar! Marshanda dan Baimwong..jangan gelak. Ana sorang jer leh gelak. Kahkah..Ana dah tangkap lentok gambar Indon..kuang kuang...Haip! Sesiapa yang baca jangan dok gelak ek... 
Thank you to Mr Google ~ layan gambar hero dan heroinnya.....ahaks!


Thursday, July 01, 2010

Mama_Balqis 1st Moment GiveAway

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

1st time nak cuba nasib untuk GA Mama_Balqish aka Anje ni. Harap ada tuahnya di sini.

Syarat-syaratnya:

Add dalam blog list - Pun sudah lama dibuat. Sentiasa mengikuti perkembangan blog Anje.

Tempek banner - Sudah


Dateline - 15 Julai 2010

Sesiapa yang nak turut serta boleh klik sini 
atau sini

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^