Tuesday, August 31, 2010

CONTEST MaMa3H: Si Comel Manis Berbaju Kurung / Berbaju Melayu


Penyertaan di saat-saat akhir. Huhu...teringin sangat nak sertainya tapi tak terjumpa gambar anak-anak berbaju kurung. Nak buat shooting pun asyik ada halangan jer. Ingatkan dah tak dapat dah nak sertai, tak sangka sambil-sambil dok belek gambar raya lama, ada juga gambar si Iwani ni berbaju kurung. So, Kak Dina harap penyertaan ni diterima
. Gambar yang dipertaruhkan adalah
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Nama: NUR IWANI BT MIOR MOHD SHAHRIL
Umur: 4 TAHUN


1. Jadi follower diblog MaMa 3H  -memang dah folo..heheh..
2. Add link contest ini di side bar
-Ok..dah letak
3. Buat entry contest ini di blog kawan2....
dgn tajuk CONTEST MaMa3H: Si Comel Manis Berbaju Kurung / Berbaju Melayu
-Dah buat
4.Terbuka kepada semua anak-anak lelaki / perempuan
yang berumur yang berumur 4 tahun dan ke bawah....
-Cukup syarat
5.Sila nyatakan nama dan umur anak dibawah gambar yang dipilih.
-Dah buat
6.Tinggalkan link pernyertaan
-Dah buat

TARIKH TUTUP :
31 Ogos 2010
Nama pemenang akan diumumkan pada 7 September 2010

Friday, August 27, 2010

ADA 2 BULAN?

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Ada sesiapa yang sempat tengok 2 bulan yang muncul serentak semalam? hahahaha...jangan terkejut dan sila jangan percaya kenyataan ini. Sebenarnya bukan ada 2 bulan yang sama, tetapi satu adalah bulan yang selalu kita lihat dan satu lagi adalah planet Marikh yang dikatakan berada agak hampir dengan bumi berbanding hari-hari biasa yang lain (ini apa yang Ana paham lah kan,). Kejadian ini dijangka akan berlaku lagi pada tahun 2287. So, sesiapa yang nak tahu lebih lanjut, boleh google sahaja sebab pasti rata-rata begitu asyik atau teruja bercerita tentangnya. Mungkin juga boleh tenggelam cerita tentang Nuzul Al-Quran kerananya.
Untuk tatapan semua, ini adalah gambar yang diambil oleh cik abang Ana pada tarikh 27 Ogos 2010 tepat 12.30 malam (ana cilok daripada BLOG dia, hehehe). Seperti yang diterangkan oleh Cik Abang, gambar tentulah tak sebaik mana sebab pakai kamera biasa dan tiada teleskop. Selamat menjamu mata.








Sila perhati betul-betul, bulan mengambang penuh sehinggakan langit nampak begitu cerah lebih daripada hari biasa, sedangkan pada ketika itu telah lewat tengah malam. Di penjuru gambar sebelah kiri, ada satu titik kecil seakan-akan bintang. Tapi sebenarnya, itu adalah planet Marikh yang dikatakan bulan no 2.

Nuzul al-Quran yang diingati

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Ana bukan nak cerita pasal Nuzul Al-Quran. Kalau sesiapa nak tahu lebih lanjut tentang Nuzul Al-Quran, boleh Google sahaja di Internet. Bercambah maklumat tentangnya. Tapi yang pasti, 17 ramadhan ini akan menjadi satu tarikh yang akan sentiasa Ana ingati sampai bila-bila. Kalau sesiapa masih ingat, Ana telah kehilangan datuk kesayangan (sebelah mama) pada 6 September 2009 bersamaan 17 Ramadan 1431 Hijrah (ceritanya di SINI). So, kalau ikut kalendar Hijrah, memang dah genap setahun pemergian arwah tok baba ke rahmatullah. Pada pukul 11 malam tadi, ana dapat mesej adik-adik yang diforwardkan daripada Anon (abang saudara aka sepupu), supaya menyedekahkan Surah Al-Fatihah dan berdoa kepada arwah.

Semoga roh arwah sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah SWT.
Arwah bertuah kerana meninggal di bulan Ramadhan.
Teringat pula maktok Nab di kampung. Dah lama tak balik Penang dan berjumpa dengannya.
Rindu pula Ana padanya.

AL-FATIHAH!

Thursday, August 26, 2010

BLOG "JANJI KASIH" DITUTUP

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Selepas berbincang panjang dengan cik abang semasa sahur tadi, Ana telah mengambil keputusan untuk menutup terus blog e-novel Ana 'JANJI KASIH'. Kenapa tutup? Blog tu Ana buat adalah sebagai percubaan untuk Ana menulis hasil karya Ana sendiri. Satu kesilapan besar adalah apabila Ana letak 1 tajuk untuk 1 karya sahaja. Jadinya, bila Ana tiada idea atau tidak aktif menghantar post untuk update sambungannya, ia semakin bersawang. Dalam tempoh setahun ni, followers yang Ana dapat cuma 16 orang sahaja. Sesuailah dengan bilangan post nya pun.kehkehkeh...

Dengan itu, ana mengumumkan penutupan blog JANJI KASIH pada hari ini (Khamis, 26 Ogos 2010).
Walau bagaimanapun, pembaca yang begitu setia mengikuti cerita si Khadeeja dan dunia buniannya ini masih boleh membacanya di blog Ana yang satu lagi iaitu ANTARA ILHAMKU
Blog ini ana buat khas untuk himpunan karya-karya Ana dalam bentuk e-novel dan e-cerpen.
BLOG E-NOVEL JANJI KASIH
 Selepas ini, giliran blog DUNIA CINTA JASMIN pula. Ana akan buat peringkat demi peringkat.
Jangan susah hati, cerita Jasmin dan Luqman juga boleh dibaca di blog ANTARA ILHAMKU
Untuk yang baru berminat nak jadi followers (ada ke? Ahaks!), boleh terus ke blog AI Ana itu.

BLOG E-NOVEL DUNIA CINTA JASMIN
Khas untuk pembaca JANJI KASIH dan DUNIA CINTA JASMIN yang disayangi,
Ana ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana sudi membaca hasil karya Ana, sudi memberi komen dan tak sabar-sabar nak tunggu sambungannya. Ana harap semua pembaca dapat terus memberi sokongan kepada Ana agar dapat terus berkarya. 

Terima kasih!

Wednesday, August 25, 2010

ConTeST SENyuMan @ HaPpy BIrThDay FarIsyah

CONTEST LAGI!

2nd time nak join contest yang melibatkan gambar anak-anak.
Semoga ada tuah di Ramadan yang mulia ini.

*
*
*
*
*
*
*
*
 
Peserta pertama:
Nur Aqilah bt Mior Mohd Shahril
5 Tahun
*
*
*
*
*
Seterusnya,
*
*
*
*
 
Peserta Kedua:
Nur Iwani bt Mior Mohd Shahril
4 tahun
*
*
*
*
*
*
Jadi, sesiapa yang nak join boleh klik SINI

*
*
*
*
*
*
Tarikh tutup pada 8 September 2010 iaitu pada tarikh hari lahir Farisyah.
*
*
*
*
Apa tunggu lagi, marilah sertainya!

Mini MAHA di Perlis

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Dah lama tak cerita tentang aktiviti anak-anak. Baru-baru ni di Perlis diadakan satu program untuk golongan yang terlibat dalam bidang seperti bidang pertanian, penternakan, perladangan, perusahaan dll. Untuk tahu lebih lanjut pasal Mini MAHA ni, boleh lawat di blog ini . Kebiasaannya, program MAHA ni diadakan di MARDI, Serdang (terima kasih Idasm atas makluman dan pembetulan). Tahun ni, depa buat macam road tour. Bagus sangat sebab bukan semua orang berkesempatan nak ke sana. Walaupun tidak segah seperti di sana, tapi ia tetap berfaedah untuk masyarakat. Cuma, mungkin kurang publisiti sebab ramai yang tahu pun di saat-saat akhir hari penutup.
Bagus juga bila diadakan program-program sebegini. Masyarakat boleh mengetahui serba sedikit tentang bidang berkaitan. Ana pun tak terfikir, rupa-rupanya banyak ilmu yang boleh didapati di sini. Benda yang kita tak pernah jumpa, kita akan lihat di sini. Lebih baik lagi, bila anak-anak didedahkan dengan apa yang terdapat di Mini MAHA ini. Mari kita tengok apa yang anak-anak Ana jumpa di Mini MAHA.

Ketibaan....


Ini pokok apa, mama?
Ini pokok cabai, terung, limau nipis.

Yang ni pulak?
Inilah pokok padi.
Adik Adlin pun nak pegang jugak pokok padi tu.

Inilah beras, nasi yang belum dimasak.
Oooo

Ini ikan.
Fish lah, mama.
A'ah. Samalah tu.

Di hadapan pintu masuk bahagian veterinar

Uuuu...
Tu ayam ke, mama?
Bukan. Ayam tak boleh berenang dalam air. Itu Itik.Baby itik
Itik boleh berenang dalam air?
Boleh.
Ooooo...

Baby itik dan ikan emas diletak dalam kolam yang sama

Kakak Wani pegang bulu kambing. Adik Adlin nak pegang jugak. Sentuh pelan-pelan yer.
Nanti terkejut pula kambing tu. Mujur kambing-kambing tu tidur.

Comelnya arnab tu...

Kakak Aqilah bercakap apa dengan burung merak tu?
Cantiknya bulu burung ni.

Hoh! Tingginya tengkuk burung ni. (Sampai ternganga mulut si Iwani)
Inilah flamingo

Iwani : Kakak, tengok tu. Burung famingo ni tinggi. Kepala dia panjang, kaki dia pun panjang.
Aqilah : Uuuuu...

Bird

Burung kakak tua... hello..hello..my name is Aqilah. What is your name?



Peace di hadapan khemah bahagian pokok orkid

Seronok benar bila dapat bawa anak-anak menjelajah tempat-tempat seperti ini.
Ana harap anak-anak Ana dapat belajar sesuatu dari sini.
Jadi, kalau nanti ada program seperti ini di tempat kawan-kawan,
jangan lepaskan peluang untuk meneroka bersama anak-anak.

Tuesday, August 24, 2010

DOA

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Kita berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta, kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui segala sesuatu. Allah Maha Mengetahui segala apa yang kita zahirkan mahupun apa yang kita sembunyikan.
Jadi, kenapa kita perlu berdoa? Kenapa doa itu penting dalam hidup kita?
Apa yang perlu kita ingat bahawa kita adalah hamba Allah. Allah SWT adalah Pencipta semua kejadian di muka bumi ini. Doa menjadi satu ikatan yang menghubungkan kita sebagai manusia dengan Pencipta. Seluruh kehidupan kita sebagai manusia dari awal kejadian sehingga ke liang lahad adalah bergantung sepenuhnya dengan Allah SWT. 
Jadi, kepada siapa lagi kita harus meminta sekiranya tidak kepada Yang Maha Esa?

Jangan lepas peluang untuk dapatkan senaskhah Majalah SOLUSI isu no. 22, keluaran Telaga Biru di pasaran. Hehehe...



Sekadar nak berkongsi bahan bacaan dengan semua

Sunday, August 22, 2010

Model berbaju kelawar

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Dua minggu lepas, musim semua IPT di Malaysia berkonvokesyen. Tempat Ana kerja ni pun tak terlepas juga. Bila dah musim konvo, tak sah kalau tak ada Pesta Konvo. Ramai peniaga mencari peluang untuk berniaga barang-barang keperluan seperti pakaian, kasut, aksesori wanita dan anak-anak serta makanan basah dan kering sebelum umat Islam menyambut bulan Ramadan. 
Kebetulan Ana ditugaskan menjaga booth pameran pejabat yang terdapat di kawasan Pesta Konvo tersebut, jadinya tanpa melepaskan peluang Ana pun jalan-jalan kat situ. Maaflah yer, Ana terlupa nak ambil gambar ketika jalan-jalan. Sambil jalan-jalan pun, sempat juga Ana rembat tudung baru untuk anak-anak ke sekolah dan baju kain kaftan (nama femesnya baju kelawar) juga untuk anak-anak. Sian kat Adlin, tak dapat apa-apa sebab tak ada saiz untuk budak usia 1 tahun. Nanti mama bli lain kali ya.
 Mari saksikan model muslimah berbaju kelawar dibawa khas dari Perlis. Hahaha...

Peace untuk aunties semua


Senyuman model muslimah


Adlin pun nak jadi model juga. Pinjam tudung kakak ya.


Susah sungguh nak tangkap gambar mereka bertiga serentak.
Adlin kurang memberi kerjasama. Tengoklah tu, baru nak snap, 
dia dah merangkak ke arah photographer a.k.a Ana lah tu..hahaha..

Friday, August 20, 2010

Giveaway Hari Raya kakyong[dot]com

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG



Sekali lagi nak mencuba nasib untuk GiveAway. 
Penganjur- kakyong

Berminat? Jomlah turut serta. Hadiah-hadiahnya sangat menarik.
Nak join, sila klik SINI dan SINI

Thursday, August 19, 2010

Gambar kami tahun 2006

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Ini post selingan. Tidak termasuk dalam senarai hutang. hehehe..
Masa dok belek-belek gambar yang ada dalam pc pejabat (dalam proses nak clear kan semua hak peribadi dalam komputer pejabat), terjumpa gambar Nur Iwani ketika baru berusia lebih kurang dua bulan. Kulit dia semasa baby memang gelap sikit. Tak cerah macam Aqilah. 1st time dapat bersalin secara normal, dan anak yang keluar pun sihat bam bam...memang seronok dan lega sesangat.

Masa ni, keluar makan dekat area rumah Ayah Man (bapa saudara cik abang). Kiranya, ketika itu kami balik ke rumah mak mentua Ana di Nilai. Bulan Disember kalau tak silap sebab kami biasanya balik ke sana masa cuti sekolah jer. Aqilah plak masa tu berusia setahun lebih, lagi 2, 3 bulan nak masuk 2 tahun. Kecik jer badan dia. Sekarang, walaupun masih kurus, tapi dia dah makin tinggi. Ikut sebelah abah dia kot. Tapi cik abang Ana pun bukannya kategori tinggi sangat pun. Ok lah, tinggi lebih skit jer daripada Ana.hehehe...

Cuba teka... siapa lagi tembam? Ana ke atau Iwani? hahaha...

Tuesday, August 17, 2010

Maher Zain - Insha Allah | ماهر زين - ان شاء الله

 
Ana dapat lagu ni daripada adik junior masa sekolah dulu yang sekarang bekerja di tempat yang sama juga cuma lain-lain jabatan. Syukron jazilan, adik Jida! Harap dapat memberi sedikit suntikan semangat agar kita tidak lekas putus asa dan terus yakin Allah sentiasa di sisi kita selalu. Insyaallah!

Insha Allah Lyrics | Inshallah Lyrics

By: Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way 

Monday, August 16, 2010

Bersatulah Mereka Akhirnya...(part 2)

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Salam buat semua rakan-rakan blogger. Lama betul Ana tak post cerita. Dan lama juga Ana tak meninggalkan jejak/ komen di blog rakan-rakan blogger. Kalau buka pun, sekadar membaca cerita sahaja, sekadar menghilangkan rasa tegang yang sedang dilalui sekarang. Ada sesuatu yang berlaku, yang begitu mengganggu fikiran. Mungkin bagi sesetengah orang, ia hanya perkara kecil sahaja. Tapi tidak bagi Ana. Nak-nak pula, ana ni memang jenis cepat susah hati. Kalau datang masalah atau ujian, Ana senang tension. Walau apa pun, kali ni ana tak nak cerita lagi tentang perkara ni. Seperti yang telah bagitau, ia hanyalah ujian kecil dari Allah sekadar untuk menguji Ana sebagai hambanya yang telah banyak lalai dalam melakukan ibadah kepadanya.Ok..stop setakat itu dulu. Nanti lah, bila dah ada kekuatan, Ana akan luahkan di sini.
Seperti yang dijanjikan sebelum ni, Ana akan paparkan lagi beberapa gambar semasa majlis hari bahagia adik Ana. Taknak celoteh panjang. Biar gambar sahaja menceritakan kebahagiaan dan keceriaan di setiap detik yang telah dilalui itu.


Saat menanti detik-detik diijabkabulkan. Tengok tu, teror tak? Semestinya kena amik part yang ada gambar Ana juga. Hehehe..senyum menawan tu khas untuk photographer yang amik gambar..kehkeh..
siapa lagi kalau bukan cik abang Ana.

Kenduri di sebelah pihak pengantin perempuan... susah nak cari gambar mereka berdua berposing elok-elok. Huhu..Banyak yang candid. Jadi paham-paham ajerlah, bila gambar candid ni. Ada yang ternganga mulut dan sebagainya. So, amik jerlah mana yang ada.

Kenduri di sebelah pihak pengantin lelaki (sebelah famili Ana lah tu). Saat dijemput dan ketibaan. Diiringi paluan kompang yang berada di hadapan rombongan. Hana tersenyum manja. Muhaimi plak..alahai..kenapalah suka sangat kemam mulut tu?

Ana paling suka gambar ni. Nampak natural.

Di belakang kereta Hana. Mini tuuu...hoho...my fav car

With all my younger sisters ... Hanisah and Shuhada. Ladies in purple. Tema famili pengantin lelaki. hahaha..
Depa berdua ni pun blogger juga. Baru dok berjinak-jinak. Welcome to da club, sis!
Di belakang tu, Tuan Haji Taha (baba Ana), my love paparazzi (cik abang Ana dan Taufik, adik) dan makcik Timah (jiran mama). Tak pastilah masa ni mama dan Aqilah ke mana. Semua bertaburan merata-merata. Cukup susah nak bergambar satu famili. Gambar last ni diambil di rumah pengantin perempuan.





Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^