Thursday, September 30, 2010

DUGAAN MENGUJI KASIH SAYANG


Selepas raya ni, macam-macam dah berlaku. Semuanya berkait dengan masalah kesihatan keluarga.
Memang letih dan penat
Terkejar ke sana ke mari. Ada beberapa perancangan yang tak menjadi.
Ana bukan nak menyesal apa yang telah berlaku. Semua ni ketentuan Allah SWT.
Sebenarnya Ana lebih bersyukur, bila berlaku sesuatu atau menghadapi sesuatu musibah, baru kita tahu sesuatu atau terkesan beberapa perkara:
  1. Kasih sayang ibu bapa/ ibu bapa mertua dan ahli keluarga
  2. Kasih sayang keluarga yang tiada galang ganti
  3. Manusia tak boleh hidup sendiri, adakala dia perlu seseorang untuk membantunya sama ada sekadar tempat luahan perasaan atau membantu dari segi tenaga, fizikal, mental, material dll
  4. Bagi yang berkahwin, suami/isteri adalah tempat pertama meluahkan segala rasa
  5. Perbezaan antara teman sejati dan kawan sipi-sipi
Sebenarnya ada banyak, tapi bila Ana start tulis entri ni, hati ana rasa sebak. Tak tahu kenapa?
Ana tak mahu salahkan sesiapa terutamanya untuk yang no. 5 kerana mungkin Ana juga bukan kawan yang baik untuk mereka. Banyak lagi kelemahan Ana.
Apa-apa pun, Ana bersyukur sebab masih ada yang menyayangi dan begitu mengambil berat tentang Ana dan keluarga walaupun Ana tak melayan sebaik layanan yang diterima.
Terima kasih semua!

Always Be There

Alllahu Akbar…
If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers
So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…
HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine

Monday, September 27, 2010

Belakang Tabir Photo Shoot Raya Keluarga

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Setiap tahun, kami akan bergambar satu keluarga selepas solat raya.
Seperti biasa, abang akan jadi jurugambar tetap dibantu oleh adik-adik Ana, ShudGege dan Taufik.
Nampak cantiklah sikit tahun ni sebab pakai DSLR.
Bilangan ahli juga bertambah lagi. Tahun depan pun, Insyaallah, bertambah lagi. Hehehe...
Mari kita tengok dulu persiapan belakang tabir anak-anak sebelum bergambar. Ana selitkan juga gambar moyang Aqilah, Iwani dan Adlin aka nenek Ana (orang penang panggil maktok).

 Aqilah yang asyik berkelek dengan beg sekolah ke hulu ke hilir dibawanya.

 Iwani tiba-tiba nak pakai tudung pula. Mujur maksu ada skaf cotton yg bersaiz kecil.
Operasi memakaikan tudung disaksikan Adlin dan Anis (sepupu Aqilah, Iwani dan Adlin)

 Seronok Adlin sebab tahun ni dapat berkasut raya. Dah boleh kakilah katakan.
Tahun lepas, Adlin baru boleh meniarap

 Anis yang mula meragam, minta didukung

 Nenek pun nak bergaya. Cucu menantu tolong letakkan kerongsang di tudung nenek
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Last but not least
*
*
*
*
*
I cukup tak suka gambar mengada-ada ni.
Ntah apa-apa jer.

Friday, September 24, 2010

Banner Raya Only

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Orang lain pakat-pakat buat kad raya dan gantung sebelum raya lagi,
Ana pula hanya gantung banner raya sahaja.
Tu pun dah 2 minggu baru nak naik kat blog.
Betul-betu ketinggalan keretapi.
Huhuhu...

Buat semua rakan-rakan blog yang dikasihi,
Ana nak mohon maaf zahir dan batin buat semua sekiranya ada 
terkasar bahasa, 
tersilap bicara,
terguris hati
rakan-rakan yang membaca semua komen dan entri Suhana Shahril.

Monday, September 20, 2010

SAYA ADA KETUMBUHAN!

Lama tak bersiaran. Memang kali ni Ana raya sakan kat Penang. Ana kan tak pakai CELCOM/MAXIS/ DIGI broadband. Pakai Streamix, mana boleh online merata-rata. Kalau balik kampung, komputer kat rumah tu memang berehat sepenuhnya. So, sah-sah ler Ana memang tak online minggu raya ni.

Maaf yer. Masih belum boleh upload gambar-gambar raya. Maaf juga buat kawan-kawan yang suruh ambil kad raya, tapi Ana langsung tak ambil. Ana memang nak buat entri khas untuk kad raya tu, tapi tak dan jugak. Sepanjang cuti raya ni, Ana cuma boleh blogwalking aja pakai broadband adik. Kalau rajin skit, baru komen. Tapi entri kat blog masih tak berupdate. Ana berhutang dengan kakyong sebab ada contest dan GA yang Ana sertai telah dipilih sebagai pemenang tapi Ana masih belum buat entri khas. Sorry kakyong, nanti Ana buat ya.
Cerita Edisi Penghujung bulan Ramadan adalah entri penutup bulan puasa tahun 2010. Huhuhu..sedihkan? Hari ni, semuanya kembali seperti biasa. Tiada lagi waktu sahur, waktu berbuka, terawikh...Ana rindulah pulak suasana tu semua. Cik Abang sudah mula bekerja Jumaat lepas lagi. Hari ni, anak-anak pula sudah kembali ke sekolah. Cuma tinggal Ana yang masih diberi cuti rehat. Aik? Ada yang yang hairan tak? Kenapa Ana masih cuti? Meh nak citer...
Bagi yang add Ana dalam facebook, mungkin dah tau status ana. Bagi yang tiada, ni Ana nak bagitau bahawa Ana dah selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada breast.
Alhamdulillah..syukur sangat-sangat sebab semuanya dah selesai. Ana pun dah tak susah hati lagi.
Untuk yang ada baca luahan susah hati Ana pada perenggan pertama dalam entri INI dan INI.

Inilah yang menyebabkan Ana susah hati. Sekarang dah lega sangat sebab dah berjaya melalui fasa masuk dewan bedah rasa macam masuk bilik mayat..hahahah! Untuk yang biasa bersalin secara pembedahan atau pernah buat operation, mesti tau macam mana keadaan dalam bilik tu. Ughhh! Ana memang fobia. Memang dalam hati dah bertekad, selepas bersalinkan Aqilah, Ana tekad memang tak mau masuk dah bilik tu. Tapi tak sangka, Raya ke-5 buat appointment, raya ke-6 Ana terus buat operation buang ketumbuhan tu. Maaflah yer, kalau perkara ini sensitif untuk sesetengah orang. Tapi Ana rasa, bukan semua mengalaminya. Macam doktor yang memeriksa Ana cakap, ikut nasib....ada yang tak pernah alaminya langsung, ada yang kena sekali sahaja dan ada juga yang kena berkali-kali..memang tak boleh elak. Ada yang cakap sebab kelenjar susu. Bila Ana tanya kat doktor, dia cakap sebab rembesan hormon yang berlebihan. Ana lupa lak hormon apa..dia ada cakap, tapi Ana ni bukan nak tumpu sangat kalau dah susah hati. Mula-mula depa gelarkan lump dalam Bahasa Malaysia...ketumbuhan. Selepas tu, ia digelar cysts (berdasarkan gambar ultrasound).

Untuk yang nak tahu lebih lanjut, google ja kat Internet. Ada banyak juga yang boleh anda semua tahu. Lebih baik ambil tahu. Ia memang tak merbahaya sebab doktor cakap ia bukan kategori kanser. Jadi Ana nak pesan kat semua kawan-kawan baik ana tak kiralah yang masih anak dara atau yang dah jadi ibu atau yang sedang menyusu anak, jangan fikir kita tak akan kena. Sebab "KETUMBUHAN BUKAN KANSER" ini tak kira sesiapa. Memang ia tak merbahaya. Jangan risau kalau ada elleh pesan kat orang dia tu sampai migrain punya dok fikir, kena risaulah juga sebab dok dalam tubuh badan kita. Kena bedah untuk buang bagi mengelakkan kemungkinan yang kita tak akan jangka.

Jadi, untuk semua kawan-kawan, saudara-saudara wanita yang Ana sayang, CHECK, PERIKSA PAYUDARA anda selalu. Tak susah pun. Mula-mula, letak 2 jari iaitu jari telunjuk dan jari tengah atas hujung hidung anda. Rasa tak seperti ketulan. Ok..selepas tu angkat jari dan periksa payudara anda. Kalau rasa ketulan seperti apa yang anda rasa ketika meletakkan jari di hujung hidung anda, jangan ragu-ragu. Teruslah berjumpa dengan doktor. Buat pemeriksaan lanjut. Biasanya mereka akan buat ultrasound pakai mesin scan yang diguna untuk check perut ibu mengandung.
Banyak nak cerita pasal operation tu. Lagi excited daripada nak cerita tentang raya. 
Sebab Ana nak kongsi dengan semua pengalaman ana ini. Sapa yang nak tau boleh tanya tanya kat ruang komen. Ana akan cerita personally kat situ.
Ana nak ucap terima kasih banyak-banyak untuk pihak-pihak yang telah banyak membantu ana tak kiralah yang direct atau indirect. Teristimewa buat Cik abang Ana, Mak dan bapak (mertua), mama dan baba (ibu bapa ana), adik-adik ana dan adik-adik ipar, saudara mara yang tahu (ana tak cerita kat semua, lagipun minor operation jer), rakan-rakan... doktor Klinik Payudara Hospital Tuanku Fauziah, Klinik Rafflesia, Klinik Faizah dan tempat operation Ana...KPJ Penang...huwaaa....abis duit raya pakai untuk pembayaran operation. Takpelah..yang penting dah selamat dan tak sakit langsung. Untuk sponsorship (takyah bagitaulah), thank you very much! Maaf tahun ni, takdak duit raya untuk mama,baba, mak dan bapak. Minta lagi ada. Huhuhuu....
Ok..dah bebel panjang sangat. Kang jemu lak. Tunggu entri raya untuk kategori cerita basi...huhu..

Wednesday, September 08, 2010

Edisi penghujung bulan Ramadan: 2

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Mesti pelikkan? Apalah Ana ni, edisi awal dan pertengahan Ramadan takdak. Tup-tup keluarkan post edisi penghujung Ramadan. Hehehe...tak ada menda yang nak diceritakan sangat walau pun sebenarnya banyak. Aktiviti si anak-anak pun ada lagi yang terhutang. Tapi tak apa. Bukannya nak kejar apa-apa sangat.
Majoriti dalam bulan Ramadan ni lebih banyak pengkisahan tentang menu berbuka. Sama sahaja hari-hari.
Minggu pertama pembuka awal Ramadan, Ana masak untuk berbuka. Menu utama daging masak dinding. Pastu, macam kebiasaan sahajalah. Lauk cap bazar ramadan. Ahaks! Dah namanya pun berbuka berdua sahaja. Kami jarang makan kuih ketika berbuka. Menu utama nasi, ikan bakar, gulai umbut pisang (bazar ramadan). Bila dah boring Ana pesan kat cik abang beli pula udang ke, sotong ke...hehehe..
Menu anak-anak, kadang-kadang Ana buat sup, goreng telur ka dan depa suka kalau ana gaul nasi dengan planta Dorina serta ikan bakar/ telur hancur. Dah jadi favourite plak masa bulan puasa ni. Asyik-asyik minta nasi dengan planta. Ada juga ana buat bubur kanji untuk berbuka. Jadinya, kanji itu juga akan jadi makanan anak-anak pada sebelah malam. Sebelah siang anak-anak makan di nurseri/ taski. Sebelah petang, selepas balik dari nurseri/ taski, Ana beli biskut ke, roti atau kek untuk anak-anak.
Sesekali tu, ada lah juga buat ayam/ nuget goreng atau buat air asam untuk cicah dengan ikan bakar.
Minggu terakhir bulan Ramadan ni, rumah kami meriah dengan kehadiran ibu bapa mertua Ana. 
Hari pertama mereka sampai, Ana masak gulai ayam dan sup tulang. Memang letih jugak sebab agak kelam kabut tapi seronok sebab waktu berbuka sangat meriah.
Ditambah pula dengan 3 anak dara yang sama-sam sibuk nak berbuka juga.
Semalam, cik abang minta belikan paper cup untuk buat muffin. Tetiba sahaja teringin nak makan muffin. Kat rumah memang tak ada peralatan nak buat kuih/kek/biskut ni. Jadinya, selepas waktu pejabat Ana terus rempit ke kedai jual bahan/peralatan buat kuih. Beli apa-apa yang patut.
Semalam, projek bersama ibu mertua dan adik ipar - Ana dan Iqah buat muffin dan mak buat kuih loyang. Hahaha... Sampai tengah malam dan inilah hasilnya

Barang-barang yang dibeli

Masih berenang di dalam minyak

Close up

Hasil tangan mak mertua

Fresh from oven

Blueberry muffin cake

Dah habis masak, Ana terbongkang letih sebab non stop sejak balik dari ofis.
Jadi, ada sesiapa yang nak rasa? 
Ada talent jadi chef tak?
Ahaks!

Tuesday, September 07, 2010

Edisi penghujung bulan Ramadan: 1

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Wah..wah..semua dah pakat-pakat tempek kad raya. 
Jeles..jeles... tahun ni masih blum sempat klik-klik untuk gambar satu keluarga yang terkini.
Takleh jadi nih. Kena guna khidmat paksaan kat cik abang gila kuasa punya isteri supaya cepat-cepat tangkap gambar terkini. 
Nak buat kad raya jugak. Nak tempek jugak kad raya kat blog yang tersayang ni.
Hari ni, cik abang, Aqilah dan Iwani ada kat rumah. Sekolah dah mula cuti dari semalam (lambat menyampaikan info sebab tak berbloging semalam gara-gara jalan-jalan cari penat di Alor Star).
Dah 2 hari, bermakna dah 2 hari juga mak mentua, bapa mentua dan adik ipar (Atiqah) ada kat rumah kami. Seronok..seronok..
Keluarga mertua Ana baru pertama kali datang ke rumah kami (sebelum ni kami dok rumah sewa).
Memang kalau boleh nak rai sangat-sangat sebab seronok bila depa datang.
Tapi hari ni Ana kerja. So, tinggallah mereka kat rumah. Adlin pun Ana tak hantar kat nurseri. 
Mak cakap tak payah hantar. hehehe...

Anak-anak mama, jangan buat perangai dan jangan bergaduh.
Dok elok-elok. Jangan susahkan tok, opah dan cu.

Monday, September 06, 2010

Iklan Aidilfitri TV3 macam Iklan Krismas

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Dah tengok iklan Aidilfitri dari TV3? hua..hua..Ana tak tau apa nak jadi sekarang ni. Ana yang cetek ilmu tentang dunia penyiaran ni, pun boleh beza iklan tu sesuai atau logik tak untuk masyarakat. Inikan pula orang-orang belakang tabir yang memang sedia-sedia kerjanya buat iklan. Takkan lah depa ni tak terfikir sensitiviti masyarakat? Kalau tengok balik, iklan dah ghupa macam iklan untuk raya krismas lah plak. Kalau lah nak kaitkan dengan tema 1 Malaysia sekalipun, buatlah cara lain. Ini adakah patut bagi naik kereta santa clause? Bunga teratai macam perayaan untuk agama buddha...entah apa-apa.
Walau bagai manapun, bagus lah TV3 dah tarik balik iklan tu. Harap-harap, selepas ni takakan berlaku lagi perkara-perkara macam tu. TV3 kena ambil iktibar. Ana bukan hentam tapi sekadar nak tegur. Lagipun, Ana memang peminat iklan-iklan perayaan. Suka tengok iklan dari TV3 dan Petronas.


p/s: Kalau sesapa yang tak penah tengok lagi, boleh cari kat youtube

Saturday, September 04, 2010

CONTEST SAYA DAN BABY oleh Cik Awynn

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


Syarat-syarat nya:

Warganegara Malaysia. n jadi follower blog
Done

Gambar anda dan baby.
Done
Nama anak: Nur Adlin Bt Mior Mohd Shahril
Umur: 1 tahun 3 bulan

Buat satu entri pasal contest ni..
Done

Letak kan gambar di atas di side bar dan link back to entry.
Done

Nama, email dan link entri  pada ruang comment
Done

Tag 2 orang

Kalau nak join boleh klik SINI

Tarikh tutup: 9 Sept 2010

Kami Anak Malaysia!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Sepatutnya entri ni Ana nak buat khas sempena Hari Kemerdekaan. Tetapi atas sebab-sebab teknikal dari segi editing gambar, terpaksalah Ana lewatkan. Walau bagaimanapun, gambar-gambar ini diambil bukan pada malam ambang kemerdekaan. Ia diambil sebelum itu lagi. Tahun ini, pelancaran mengibarkan jalur gemilang sempena hari kemerdekaan diadakan di Perlis. Ia diadakan beberapa hari sebelum umat Islam menyambut kedatangan Ramadan. Ana dan cik abang serta anak-anak pergi pun dah agak lewat (buat pada sebelah malam) sebab tak cadang nak pi pun. Sebabnya, dok beranggapan, mesti ramai orang dan sesak. Malaslah nak berhimpit-himpit. Tapi cik abang memang pandai cari parking. Pastu, kami terus masuk jer ke bahagian depan pentas utama VVIP/VIP dan berada di belakang atau sebarisan dengan cameraman, wartawan siaran dan jurugambar persendirian Tak percaya? Nanti Ana tunjukkan buktinya. Tak payah pun nak bersesak-sesak kat bahagian penonton/ orang ramai. Cuma tak boleh tempat duduk jer. Tak kisah la sebab bukannya lama mana pun. Pi dalam pukul 10 dan kami balik dalam pukul 11 malam. Anak-anak memang tidur lewat pada malam itu walaupun esok tu kerja dan sekolah (teruk sunguh I ni, ajar anak-anak tidur lewat). Saksikan aksi-aksi kami yang berada di hadapan padang perbarisan.

Pertunjukan Perbarisan dan acara padang
Konvoi kereta lama dan generasi pertama keluaran proton

Konvoi generasi Proton yang baru

Pertunjukan akrobatik bermotor daripada tentera yang terlatih. Jangan lakukan aksi ini di rumah!

Hahaha...suka..suka..inliah buktinya..kedudukan kami di hadapan pentas utama, di hadapan padang perbarisan, di belakang para wartawan dan jurugambar

Tengok tu, yo yo oo..jer si Aqilah dan Iwani tengok pakcik-pakci tentera tu dengan motor besar.
Me and gurls!

Pertunjukan bunga api. Sangat-sangat mengujakan.
Acara akhir, pertunjukan payung terjun. Wow!
Oh..oh..tak ada watermark plak. Adoyai! Malas dah nak edit. Ini pun cukup susah nak combine gambar-gambar ni bagi orang yang tak reti guna illustrator dan photoshop seperti Ana. huhu...
Kalau sesiapa yang biasa nampak iklan kat tv, mesti perasan gambar-gambar perbarisan di atas.

Wednesday, September 01, 2010

Macam Anak Kembar

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Kejadian pagi 1 September
Agak kelam kabut sikit pagi tadi sebab Ana baru nak masukkan baju anak-anak ke dalam beg sekolah depa. Mujur selepas sahur tadi, Ana tak sambung tidur dan dah cari siap-siap baju salin yang akan depa pakai di sekolah. Semasa Ana nak letak baju dalam beg Iwani, dia mengadu.
"Mama, beg sekolah Wani koyak."
"A'ah la. Zip hilang. Macam mana nak tutup kalau zip takdak? Nanti baju berterabur."
Mujur teringat si Adlin ada dok main dengan beg hadiah Hospital Mahsuri yang kaler ungu semalam. Ana terus soh Iwani amik kat atas. Beg tu agak kotor sikit. Tapi, tak apalah daripada pakai juga beg yang terkoyak tu.
Masa Aqilah masuk dalam kereta, si Iwani bagitau dia pakai beg baru (padahal beg lama, cuma berlainan sahaja dari kakaknya.)
Selepas kunci pintu pagar, Ana masuk dalam kereta. 
Aqilah dah muka monyok dan masam cemberut sambil marah-marah kat Ana.
"Mama ni! (nada marah) Ilah nak beg baru macam Wani. Ilah takmo beg Ben10 ni. Beg Ilah koyak jugak."
Erk!
Memang beg dia koyak. Tapi tak teruk. Zip bahagian depan tak boleh tutup (beg sekolahkan banyak partition) tapi bukan zip utama.
"Kakak, beg kakak masih boleh guna sebab koyak sikit aja. Beg wani langsung tak boleh tutup. Wani bukan pakai beg baru. Itu beg lama."
"Takmo. Nak macam beg Wani jugak"
Mampus aku! Lambat lagilah kalo mood tak baik macam ni.
"Kakak, nanti mama tunjuk beg wani tu bukan beg baru."
Sampai depan pintu sekolah, Ana tunjuk beg Wani yang ada kekotoran sikit tu pada dia tanda beg tu memang beg lama.
"Ini beg lama?"
"Ya, beg lama. Wani guna sat saja."
"Ooo.."
"Nanti cuti, kita pi kedai, beli beg baru kat kakak, ok? Sekarang tak bolehlah lagi. Mama ngan abah tak cuti. Tak boleh pi kedai."
Muka Wani pula dah cemberut.
"Wani nak beg baru jugak."
"Yerlah. Mama beli beg baru kat Aqilah dan Iwani. Dua-dua orang dapat beg baru. Ok?"
"Ilah takmo beg Ben10. Nak beg Barbie."
"Wani pun."
Huhuhu...
"Ok. Nanti kita tengok kat kedai. Jangan marah-marah na. Jangan gaduh dengan adik."
Aqilah angguk kepala. Wani senyum-senyum sebab bawak beg lain hari ni.
Alahai... anak-anakku. Beranak selang setahun sorang. Tapi rasa macam beranak kembar lah pulak. Kalau beli sesuatu benda, mesti nak yang sama. Semua baju depa terutamanya, mesti design yang seakan-akan sama. Kalau lain, mesti ada yang jeles. Kaler tak sama tak apa tapi dua-dua kena ada benda yang sama dan sama banyak. Kalau tidak, mesti bergaduh. aiyoo...penin den.
So, cik abang, nanti kita pi beli beg sekolah depa ya. Kesian pulak, beg dah terkoyak, terkeluar zip dan segala bagai...huhu..waktu-waktu cengginilah jugak beg tu nak rosak...takpalah demi anak-anak. Tiba-tiba teringat balik time Ana kecik dulu. Bawa beg kain yang maktok jahit jer untuk pi kelas mengaji Muqaddam. Agak-agak, kalo Ana jahit sorang sehelai, depa mau pakai tak beg kain camtu? Boleh jimat belanja. Kehkehekeh...

Banner Ramadan dan Merdeka

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Salam 1 September. Amacam sambutan Hari Merdeka semalam? Ana lepak kat rumah aje. Basuh baju, sapu sampah dan melayan anak-anak bermain sambil menyepahkan rumah, huhu....
Cik abang lak tolong Ana sawang siling umah yang dah macam gua penuh dengan web sawang labah-labah. Terima kasih abang, puasa-puasa pun sanggup tolong Ana cuci umah. Mesti penat. Sebab tu Ana tak kacau abang berblog sampai pukul 4 petang. Mujur anak-anak tak buat perangai sangat. Lebih kurang pukul 2, sambil dok membasuh baju lagi, Ana masuk dapur, bancuh susu Adlin. Bila pi balik ke ruang tamu, rupa-rupanya Si Aqilah dan Iwani dah terlena depan tv. Mengantuk sangatlah tu. Ana pun buaikan Adlin sambil layan tengok tv. Macam nak terlelap juga. Tapi kuatkan semangat, lipat juga kain baju yang dah menimbun sampai langsung takleh nak duduk atas sofa.
Alhamdullillah, tepat pukul 4 petang, siap lipat 3/4 dari timbunan.kehkeh...tinggal kain cadar dan kain pelikat jer. Ana ni memang pemalas nak lipat baju.
Nak-nak plak baju anak-anak yang kecik comel tu.Hihihi...alasannn...

Kalau perasan, bawah blog title Ana ada 2 banner yang sudah bertempek di situ. Ahaks! Suka! Suka! Itu hasil kreatif dari Cik abang Ana lah tu. Kat blog dia pun ada yang sama jugak. Kongsi-kongsi.




Terima kasih ya abang sebab tolong buat banner-banner ni kat Ana. Sebenarnya apabila Ana menjelajah ke blog adik-adik yang Ana follow, ada yang asyik tukar header semata-mata nak meraikan Ramadan dan Hari Kemerdekaan. Macam teringin jugak nak buat. Tapi memang tak terbuat punya. Nak hantar 1 post 1 hari pun liat wa lepat liat. Inikan pula nak tukar-tukar header. Tak sangka pula nawaitu Ana ni, telah memberi instinct kepada cik abang untuk design banner ni. Sehati sejiwa sungguh. Dia tengah gila kuasa berblog sampai berebut-rebut PC dengan Ana. Mujur ada laptop. Kalau ana pakai PC, dia guna laptop dan begitu lah sebaliknya. Tapi dia lagi rajin menulis. Tengoklah kat SINI (tentang fotografi)dan SINI (cerita sekolah dia). Senantiasa berupdate. Satu hari ntah berapa kali dia post. Ana pun tak terkira. Tapi sepanjang masa mengadap PC dan laptop tu jerlah kerjanya. Sampai sanggup tak minum air teh yang Ana buat. Huhuhu...sedih tau. Nak majuk. Takmo dah bancuh ayaq tolong jangan muntah ayat-ayat cinta somi istri ini.

Oklah. Ada hutang post lagi ni. Update lagi nanti.

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^