Monday, October 25, 2010

@ Playground

Depan rumah ada playground kecik. Sesuailah dengan taman rumah yang cuma ada 5 buah rumah.
Bolehlah setakat nak main buaian dan jongkang-jongket.
Tapi Ana jarang bagi anak-anak main sangat terutama bila rumput-rumput kat situ dah mula panjang.
Bukan apa, risau ada binatang berbisa yang tak kelihatan sebab rumah Ana di kelilingi sawah padi.
Jadi, paham-paham jerlah kan apa dia.
Gambar diambil ketika Adlin baru belajar berjalan.
Dah lama, sebelum bulan puasa lagi.
Hehehe...

 Hoh!

 Wani buaikan kakak, ya.

 Oppss.. tak ready lagilah, mama.

 Peace...

 Adik peluk kakak kuat-kuat.

Berlatar belakang pokok jagung.


Cakkk..

Sunday, October 24, 2010

Riang Anak bersama Abah

Seronok melihat keriangan pada wajah Nur Iwani semasa abahnya melayaninya bermain dengan air
Nampak cam excited sangat!
Peristiwa mandi-manda di Lata Sedim, Kulim
Seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri
 

Nak lipstik!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Hari Sabtu petang, keluar ke shopping mall kejap. Bukan nak beli barang-barang dapur. Hanya nak beli puting botol anak yang dah lama tak berganti. Faham-faham jerlah, dah hujung-hujung ni, mana nak ada duit dah. Yang ada pun, saki baki yang dikorek-korek di celah beg duit, kereta... Muhahaha..
Sementara menunggu cik abang solat maghrib di surau, Ana bawa anak-anak masuk kat Watson.
Terus jer jalan ke bahagian lipbalm. Memang tersusun baikkk punyaa..
Aqilah-- Mama, Ilah nak lipstik..
Iwani-- Wani pun nak lipstik
Hoh!
Alamak, tersilap lepak tempatlah.
Ana-- Mama tak ada duit la. Tunggu Abah ya.
Iwani-- Wani ada duit ni. (Sambil keluarkan duit RM1 beberapa keping)
Ana-- Mana dapat duit ni?
Iwani--Semalam tok mama mai umah kita. tok mama bagi wani.
Ana-- Wani tak bagi mama simpan. Nanti hilang kang.
Wani-- Alaaa..
Aqilah dah start membebel jugak
Cik abang -- kenapa ni? bising-bising..
Ana--nak bli lipstik.Tu (ana tunjuk iwani yg sedang pegang duit dia)
Cik Abang ana ketawa
Cik abang-- adoih laaa..anak-anak dara aku nih.Yang ada duit ka?
Ana-- Mana ada. Duit siam adalah 200 bath. Tak sempat tukar lagi. RM yillekk langsung.
Tadi pagi dah terguna habis isi minyak keta.
Mana cukup beli satu. Koman-koman kena 2 batang lipstik tu. Kalau sebatang dah RM9..kalau dua? Lu fikirlah sendiri..hahaha
Lagipun mana ada lipstik untuk kanak-kanak kat situ.
Paling sesuai pakai pun untuk kanak-kanak remaja ada lah..Bukan untuk kanak-kanak usia 4,5 tahun..
Itupun lipbalm..bukan lipstik betul.
huhuhu..
Cik Abang--Lain kali ya.Minggu depan, gaji masuk abah beli kat Aqilah dan Iwani
Aqilah dah mengamuk dan Iwani dah mula merengek
Kami terus tarik anak-anak keluar dari Watson
Sempat jugak cik abang bisik
Cik abang--Sat lagi, Yang dengar Aqilah kata apa?
Kata apa?
Aqilah-- Abah ni kedekut! Ilah nak lipstik pun,abah tak bagi beli

Huwaaaa....
Anak-anak dara Ana!


Wednesday, October 20, 2010

Ana pi mana?

Lama betul tak post entri. Akhir-akhir ni, semangat nak update cerita kami sekeluarga hilang ntah ke mana.Tapi terlebih rajin pulak bila time nak join GA dan Contest. Ntah apa-apalah Ana ni. muhahaha..
Blogwalk pun buat sambil gitu-gitu jer. Maaf yer kawan-kawanku sekelian.
Tolong beri Ana masa untuk pulih seperti sediakala..

Puting beliung (boleh ker gelar camtu?) yang melanda ofis Ana menyebabkan semangat hilang entah ke mana. Pergi balik kerja rasa macam badan yang tak dak roh (tu dia, sampai macam tu sekali).
Tak mahu dah salahkan sesiapa. Biarlah. Letih memikirkannya sampai berhari-hari kerja tak jalan.
Pastu asyik mengeluh sahaja. Mujur dalam masa yang terdekat, pihak pentadbiran mengarahkan semua pegawai berkursus ke luar negara. (Wah! Ana pi luar negara tuh! Cayalah!)
Jeles tak? Jangan terkejut plak. Tak jauh mana pun.
kekeke..dah nama pun dok kat Perlis.
Paham-paham jerlah negara jiran mana yang paling hampir dengan sempadan Perlis.
4 hari 3 malam, Ana tinggalkan anak-anak dengan cik abang di Malaysia. Huwaaa... rindu yang amat.
Tapi demi kerana tugas, Ana harungi jua (ceh! bermadah berhelah la plak).
Balik dari sana, Ana dah cool balik. Bolehlah..walau pun dah tak marah, tapi parut tetap ada.
Dan selagi orang bercerita, selagi tu lah malu tetap ada. Mulut orang nak mengata, mana boleh tutup.
So, Ana kena sabar, sabar dan sabar.
Ana dah tak mampu tolong mereka dan Ana juga tak mampu ulang semula agar kejadian tu tak berlaku. Yang dah jadi, Ana kena terimalah juga. Kena telan pahit hempedu yang dah orang lemparkan.
Kerja tetap perlu diteruskan.
Ana kena berusaha lebih gigih. Ada lagi 2 bulan dah nak sampai penghujung tahun 2010. Ana risau tak mampu habiskan kerja dan siapkan manual yang ada. Bukan apa, agar bila ada orang baru ambil alih tugas Ana, taklah orang tu terkontang kanting. Insyaallah, harap semuanya dapat dilaksanakan dengan mudah dan dapat diselesaikan dengan jayanya. Must be positive! yeah!
Nanti ana update cerita tentang anak-anak. Ada tak yang rindukan mereka?
muhahaha...perasan
oh ya...cerita pasal anak-anak..semalam Adlin demam lagi. huhu..panas jer badan. Mujur hari ni kerja syif petang, sebelah pagi Ana jaga, tengahari cik abang balik awal, tukar syif jaga dia pula sampai malam.
Kali ni bertekad, ambil perahan asam jawa, lumur kat kepala dia. Syukur, suhu badan dah kurang. Berkesan sungguh petua orang tua-tua ni.
Cuma kesian sebab selsema dan batuk dia agak teruk. Ada petua untuk dikongsi?
Ana dah macam orang bengong, tak boleh nak fikir banyak-banyak.
Huhu..Apalah nak jadi dengan Ana ni?
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa Ana.

Thursday, October 14, 2010

Saya Nak Beg Itu ~ Giveaway!

Mari join sama-sama
Sila KLIK

Wednesday, October 13, 2010

Panggilan Haji....

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Boleh agak tak bila tengok tajuk ni?

Ya... musim umat Islam menunaikan ibadah haji telah tiba.
Bermula pada minggu ini, para jemaah penerbangan awal dah mula berangkat ke tanah suci.
Tahun ni juga, bapa mertua dan mak mertua Ana telah tersenarai untuk sama-sama menunaikan haji. 
Mereka berdua adalah antara jemaah yang terawal bertolak ke sana.
Penerbangan pada 12 Oktober 2010, pukul 9 malam.


Buat bapak dan mak... 
Semoga sentiasa berada dalam kesihatan yang baik ketika beribadah di sana 
Selamat menunaikan ibadah haji,
Semoga beroleh Haji yang Mabrur,
Selamat pergi dan selamat pulang


Tahun ni, seronoklah bapak dan mak sebab dapat menyambut Hari Raya Korban di Tanah Suci.



Friday, October 08, 2010

Sweet & Cute Baby ‘Exploration Time’ Contest


Nak join klik SINI
*
*
*
*
Oleh kerana syarat kelayakan umur yang ditetapkan oleh puan penganjur adalah antara 6 bulan hingga 36 bulan, ini bermakna Aqilah dan Iwani tak boleh join contest ni.
Yang layak hanya Adlin seorang.
Jadi, gambar yang dipertaruhkan adalah:
*
*
*
*
NAMA: NUR ADLIN BT MIOR MOHD SHAHRIL
UMUR: 1 TAHUN 4 BULAN

Masa ni Adlin baru boleh berjalan sendiri. Baru dapat kasut baru yang pertama yang ala-ala croc berwarna biru. Pantang dipakaikan kasut, pasti diminta untuk bawa berjalan-jalan. Perkara pertama yang akan dibuat bila dipakaikan kasut adalah menuju ke arah pintu pagar. Macam tau-tau, nak berjalan-jalan kena keluar dari kawasan rumah. hehehe..Ana rasa gambar ni sangat cute dan sweet sebab dia seperti cuba nak buka mangga pagar untuk keluar bersiar-siar di luar.

Thursday, October 07, 2010

Barangan Terpilih Give Away

Join GA lagi
anjuran ummu uswah aka Siti Rohana

Penaja Barangan Terpilih Giveaway

Pemenang GA boleh memilih barangan tersebut sebagai hadiah:







Semoga ada rezeki dan tuah di sini...

Mama_Balqis 2nd GiveAway


"Mama_Balqis 2nd GiveAway"  telah dianjurkan bersempena Sambutan Ulangtahun Kelahiran Anje aka Mama Balqis yang ke 26 pada 21 September 2010.
 Untuk Anje a.ka. Mama Balqis,

terimalah ucapan seikhlas dan tak seberapa ini 
daripada
Ana ucapkan yang ke- ,

semoga Anje sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah selalu.

Semoga Anje sentiasa
dan ceria selalu di samping suami dan anak tersayang
yang sentiasa membuatkan dirimu tersenyum

bagaikan bunga kembang di pagi hari.

Tuesday, October 05, 2010

2nd Contest MamaRifqy

Alamak! Sempat ke lagi puan penganjur?
Another last minute contest yang Ana nak join juga.
Harap diterima.
Klik SINI untuk entri contestnya



 Gambar yang dipertaruhkan
*
*
*
*
*


Gambar Ana dan puteri bongsu pada hari raya ke-2 sebelum bergambar dengan family-in-law untuk photoshoot raya keluarga.
Ketika ini, sedang ajar Adlin pegang ranting kering yang penuh bertaburan di tanah.

Tu dia, Ana buat maraton 2 entri untuk 2 contest serentak semata-mata nak join jugak dan sebab kedua-duanya due date hari ni.

Hehehe... 

CONTEST : THE BEST PICTURE WITH MY BAJU RAYA

Dah nak tutup ni.
Harap masih diterima oleh cik penganjur.
Contestnya di SINI
 
Gambar yang dipertaruhkan adalah....
*
*
*
*
*

Ini gambar Ana berbaju raya pada hari raya ke-2, tema biru gelap/ kelabu.
First time pakai tudung awning bunga-bunga.
hehehe...
Masa ni dok tengah tunggu FIL check-out resort dan dok tunggu photographer dok prepare tempat nak shooting gambar raya bersama family-in-law.
Sambil-sambil tu, melayan si kecik ni bermain dengan alam sekeliling
Dalam dok melayan dia tu, tak sangka cik abang photographer sempat snap gambar Ana.
hehehe...

Hadiah GA dan Contest

Ana ni bukan jenis yang rajin sangat nak join contest dan GA ni.
Pemalas. Tapi bila kita join, ada juga faedahnya. Dari situ, kita beroleh kawan-kawan baru. Dari situ juga boleh tunjuk skill kesungguhan memenuhi setiap syarat yang ditetapkan oleh penganjur.
Pada pemerhatian Ana, Giveaway biasanya lebih senang sebab ia tak banyak syarat berbanding contest.
Tapi pemilihan pemenang biasanya ikut cabutan.
Ist time, Ana terpilih sebagai pemenang untuk contest anjuran KAKYONG yang diadakan sebelum bulan puasa. Ana terpilih sebagai tempat pertama mereka tagline untuk blog kakyong. Tagline nyer 'Ini kisahku dan kesayanganku'. Hihi..suka sangat bila terpilih. Bila buka blog kakyong, terpandang header dia, rasa macam bahagia sangat.hehehe...perasan!
Klik SINI untuk entri contest

Hadiahnya sebuah beg anyaman galas tepi.


Sangat cantik dan setakat ni dah banyak berjasa kepada Ana terutamanya ketika balik kampung dan ketika Adlin dimasukkan ke wad hari tu.
Eh! Adlin masuk wad? Kenapa? Nanti Ana cerita yer.
Selepas tu, menang saguhati untuk GA ni juga dari penganjur yang sama pada bulan puasa yang lalu.
Hadiahnya kad raya.

Thank you very much kepada puan penganjur.

Sekarang, macam best la plak. Mula dah tergedik-gedik nak join segala contest dan GA. Dah mula terpengaruh bila member-member blog dok tayang hadiah yang dimenangi. Ohh..sangat jeles. Seronok wei bila dapat hadiah ni. Nikmat tak terkata. hikhikhik...

Monday, October 04, 2010

Edisi Raya 2010: Gambar Keluarga


Gambar keluarga sebelah Ana. Ana lima beradik. Ana anak yang sulung. Dalam famili, 3 orang dah kahwin. Ana, Muhaimi (2) dan Taufik (4). Tinggal adik-adik perempuan jer belum kahwin.

 Ini famili sebelah Cik Abang Ana. Cik Abang Ana pun anak sulung juga dari 4 adik-beradik.
Sayang, tahun ni tak cukup korum. Adik-adik ipar, Wan (2) dan Sheila (3) beraya di rumah mertua mereka.
 Tinggal yang kecil, Atiqah
 Tahun ni, tak balik Nilai. Kami berjumpa di Kuala Kangsar jer.
Ni bergambar di kawasan dalam resort kat situ. Ana lupa plak nama resort tu.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
 
Tema tahun ni, coklat. Hehe.. semua baju raya segera dan last minute.
Sian plak, Adlin tak ada baju kurung. Bukan taknak beli, tetapi memikirkan dia yang cepat berpeluh dan naik ruam, biarlah dulu. Nanti tahun depan, Adlin melaram baju kurung plak.

Sekian sahaja cerita tentang Raya Aidilfitri 2010.
Hehehe....

Sunday, October 03, 2010

CUTE LITTLE MUSLIM & MUSLIMAH CONTEST

Mood nak join contest kembali lagi.
Ahaks!
Details-- KLIK SINI


Ana try nasib 2 orang puteri sahaja.
Gambar yang dipertaruhkan adalah:

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

NAMA: NUR IWANI BT MIOR MOHD SHAHRIL
UMUR: 4 TAHUN
TARIKH LAHIR: 30 DISEMBER 2006
KATEGORI: 2B

NAMA: NUR ADLIN BT MIOR MOHD SHAHRIL
UMUR: 1 TAHUN 4 BULAN
TARIKH LAHIR: 7 JUN 2009
KATEGORI: 1B

HARAPAN ANA : 
Semoga anak-anak mama sentiasa berada dalam kesihatan yang baik dan sejahtera,
menjadi anak yang solehah dan muslimah yang sejati, bijak, berjaya dalam hidup dan sentiasa beroleh keberkatan dunia dan akhirat.

TAG RAKAN:

Friday, October 01, 2010

MAGIKA - Filem muzikal Melayu

"Abang, boleh tak kita bawak anak-anak pi tengok cerita MAGIKA?"
Teringin nak bawak anak-anak ke panggung wayang bukannya nak bawak ke masjid,
teruk sungguh I ni kan?
hehe...
Katanya, cerita ni ada gabungan cerita-cerita dongeng @ lagenda Melayu, walaupun tak seratus peratus tetapi watak-watak yang dimainkan adalah watak-watak utama cerita lagenda @ dongeng Melayu.
Ana cukup minat cerita-cerita dongeng @ lagenda Melayu.
Ada beza yer antara cerita sejarah, cerita dongeng/ mitos dan cerita lagenda.
Jangan salah faham pula.
Nanti kita tengok dia punya definisi yang sebenar.

Elok juga sesekali, anak-anak dihidangkan cerita tentang lagenda Melayu.
Selepas ni, ada tak yang nak buat cerita muzikal kisah-kisah sejarah para Nabi?
Muziknya mestilah dalam bentuk nasyid, takkan pakai lagu rock kapak lak.
Memandailah engkau, Ana. Kang kontroversi plak nanti.
hehehe...
Kadang-kadang budak-budak ni, kena diberi pendedahan dalam pelbagai bentuk.
Kalau dulu nak tau cerita sejarah, dongeng, mitos...kena baca buku.
Sekarang, boleh dilihat dan disaksikan perbuatannya sekali kerana boleh diadaptasi dalam bentuk lakonan.
Hebatkan? Nak-nak pula dengan bantuan teknologi.

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^