Saturday, December 31, 2011

POKOK - Meet Uncle Hussain Ft. Hazama



Lagu kesukaan Aqilah, Iwani dan Adlin selepas tengok kumpulan Boboi dalam rancangan Maharaja Lawak Mega

Saturday, December 24, 2011

Sekitar Seminar Kesedaran Disleksia

Hari tu Ana paparkan gambar-gambar yang diambil dari FB Dr Aziz di SINI. Kali ni Ana nak tunjuk pula gambar-gambar dari kamera cik abang Ana. Maaflah, dah berkurun, baru Ana dapat cerita di blog.

Sebelum itu sedikit cerita tentang perkembangan terkini Aqilah -- Ana dan Cik Abang dah ambil keputusan untuk menghantar Aqilah ke Pusat Disleksia di Pulau Pinang. Ini bermakna Aqilah akan lewat masuk ke sekolah rendah. Selasa lalu (20 Disember 2011), cik abang dah bawa Aqilah ke Pusat Disleksia Pulau Pinang buat ujian penilaian (assesment) untuk menentukan tahap disleksia (level of dyslexia) - mild, moderate, severe
Ujian penilaian ini perlu dan penting supaya guru dapat menentukan cara untuk mengajar anak disleksia.
Nampak seperti Ana serahkan tanggungjawab mengajar Aqilah kepada guru PDM sepenuhnya.
Oh, jangan salah faham. Ana sendiri masih belum ada cara bagaimana hendak memberi latihan kepada Aqilah. Ana mungkin lemah dari segi cara hendak mengajar dia menulis dan membaca.
pendekatan ana lebih kepada cara Aqilah membuat sesuatu kerja sendiri.
Dia perlu belajar berdikari. Tapi apa-apa pun, Ana dalam proses hendak belajar cara nak ajar Aqilah menulis, membaca dan mengira. Insyaallah, bila dah tengok silibus yang diperolehi daripada guru PDM, baru Ana boleh merancang strategi yang betul.
Nanti Ana kongsikan sedikit apa yang diperolehi daripada seminar tersebut.
Kali ni meh kita jenguk-jenguk telatah anak-anak kat seminar tersebut.

Baru sampai, semasa pendaftaran.

Close up--Diapit Aqilah dan Iwani

Ammar bersama Dr Aziz
Adlin bersembunyi di belakang stroller Ammar

 
Bergambar di hadapan pintu dewan seminar

Ammar ketika usia 3 bulan

Iwani yang dah mula boring dan mula buat kuak lentang atas kerusi, mujur kami duduk agak belakang, jadi tak ada ler mengganggu peserta lain. heheh...

 
Orang kuat PDM
 Suasana dalam dewan, ketika kami baru sampai

 
Suasana ketika seminar berlangsung
Di bawah ni adalah gambar-gambar antara peralatan alat bantu mengajar anak-anak disleksia




Anak Disleksia saya -- Nur Aqilah


Mama saya kamu




Friday, December 09, 2011

9 tahun bersama...

Ya Allah, panjangkanlah jodoh kami sehingga akhir hayat
Permudahkanlah urusan kami dalam membesarkan dan mendidik anak-anak kami,
agar mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.
Kurniakan bagi kami rezeki yang melimpah ruah dan halal
Tetapkanlah iman kami agar kami sama-sama dapat berada di syurgaMu
Aminn...




p/s: Honeymoon (9 tahun yang lalu) kat pekan koboi -- Sungai Lembing, Pahang. Ketika cik abang praktikal di sana.

Saturday, December 03, 2011

Blog Title dan blog description sudah berubah

Sayang sebenarnya nak ubah.
Sayang sangat-sangat.
Tambah-tambah dah jadi trademark sejak mula menulis blog.
Begitu juga sebahagian besar watermark pada gambar ada namanya.
huhu..
Tapi atas sebab-sebab tertentu, ditambah pula matlamat utama lebih kepada cerita tentang anak-anak,
aktiviti dan kesukaan kami, makanya dengan rasminya,  
blog title dan blog description ana berubah kepada seperti yang anda semua lihat.
Lebih kurang semangat untuk sambutan Awal Muharam
^_____^

Yang baru


Bye bye yang lama.
Akan sentiasa menjadi kenangan


Doakan yang terbaik untuk kami.

Friday, November 25, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI ANTARABANGSA MENANGANI KEGANASAN TERHADAP WANITA 2011

Wednesday, November 23, 2011

Miss them very much!


Tunggu mama dan abah datang ambil hujung minggu ni ya.
2 minggu lebih tak jumpa, sunyi rumah, tak ada riuh rendah suara mereka.
Adlin pula cam tak keruan.
Ana ke mana pun, asyik nak membuntut sahaja
Geng nak main tak ada. Hiks!


p/s: Sesapa yang dok area Selangor/ KL/ N9-- jemput mai umah mentua Ana Ahad ni 27/11/11
Ana dan suami buat kenduri Aqiqah untuk Ammar.
Kalau nak datang boleh email Ana no hp. 
Nanti Ana bagi alamat

Wednesday, November 16, 2011

WW: Pesanan UNICEF (2)

WW: Pesanan UNICEF (1)

Jangan sombong, takbur dan bongkak dengan kelebihan yang dimiliki
Jangan caci, cerca dan hina kekurangan orang lain
Kita sebagai seorang manusia, seharusnya memiliki hati dan perasaan
Jadikan akhlak mulia sebagai amalan seharian kita
Tanggungjawab utama kita sebagai ibu bapa untuk mengajar anak-anak agar 
RESPECT atau HORMAT 
kepada orang lain

Monday, November 14, 2011

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM KEPADA SEMUA CALON-CALON SPM

^___^

SEMOGA BEROLEH KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN

Cik abang Ana kena jaga budak-budak SPM kali ni, tak dapatlah nak cuti sekolah awal..hehehe..
Tak pernah-pernah sms time keja, hari ni tiba-tiba sms. Sohih boring tu..kekeke..

Thursday, November 10, 2011

Riang Ria Kanak-kanak Ribena





Monday, November 07, 2011

Mari bersantap bersama budak yang dah jadi kakak... ^__^

Ketika ni Ana masih pregnant.
Kiranya cerita dah agak basi. Kekeke...
Sengaja bawa si kecik ni seorang sahaja.
Kakak-kakak tak nak ikut sebab seronok bermain dengan sepupu mereka, Anis Darwisya kat rumah tok mama. Tak teruk sangat nak kawal kalau bawa seorang sahaja keluar berjalan-jalan.
Tapi yang seorang ni lah jenuh nak kawal.
Jalan laju jer, dah tu pulak bukan nak nengok depan belakang. Menonong jer. Maunya tak selalu terhantuk kepala tu. huhu...
*Alamak silap lah, sepatutnya "My Cute Little princess"

Mujur ada sup untuk si kecik ni. Berselera sungguh dia makan. Meh kita nengok aksi-aksinya.

Lokasi: NANDO'S
Dah lama tak pernah makan kat restoran ni sebab tak berapa kena dengan selera Ana. First and last makan pun masa dating dengan cik abang dolu-dolu. kahkahkah...lama tu. Dah bertahun. Pastu tobat la hum, taknak makan dah. Cek tak suka sosnya.kekeke...macam-macam lah Ana tu.


Sedang menanti makanan tiba


Lambat sangat, saya dah hisap jari


Nak mama suap ke @ nak suap sendiri?


 Emm, sedapnyaa...

 

 Nak cuba suap sendiri jugak

Jemput makan semua.

Sunday, November 06, 2011

Salam Aidiladha daripada Kami Sekeluarga

Saturday, November 05, 2011

Moody Si Aqilah

Aqilah sudah semakin pandai merajuk.
Bukan merajuk yang sikit-sikit, tapi merajuk tahap lari masuk dalam bilik pastu kunci pintu.
Huhu..
Kebiasaannya kalau dia nakkan sesuatu tetapi tak dapat, dia akan merajuk.
Bergaduh dengan adik-adik, merajuk.
Merajuk bukan sekadar merajuk sahaja yer, siap membebel-bebel lagi.
Contohnya, kalau bergaduh dengan Iwani, dia akan membebel lah.
Iwani itu, iwani ini...suka amik barang orang...orang dah cakap bla bla..orang yang amik dulu...bla..bla..
Dia suka bahasakan diri dia 'orang' atau 'kami' sebagai kata ganti nama.

Paling sadis pernah terjadi kat rumah mama.
Dia berebut barang dengan Iwani.
Ketika tu, Ana di dapur. Biasalah, tolong mama masak.
Mula-mula tu dok main elok-elok jer.
Pastu dengar lah suara bertengkar.
Bila dia tak dapat rebutkan barang yang dia nak, dia lari naik ke atas rumah.
Masuk dalam bilik Pak Mie dia, hempas pintu kuat-kuat dan terus kunci pintu.
Pastu sesi membebel bermula sambil menjerit dan menangis.
Macam drama lah kami hari tu.
Bila dipujuk-pujuk, oklah.
Tapi satu hal pula, dia tak boleh buka pintu bilik tu.
Ahh, sudah!
Walaupun dia sebenarnya pandai buka pintu, tapi kebetulan pula tombol pintu tu tersangkut dan tak dapat dibuka. Dah teresak-esak balik. Nangis, takut. Mujur hari siang. Kalau malam, mau bergelap sebab bukannya dia sampai nak tekan buka suis lampu.
Tok baba pula cari kunci pintu bilik tak jumpa.
Penyelesaiannya, abah aka cik abang Ana terpaksa pecahkan tombol pintu.
Rabak...
huhu..
Adoiyai lah anak.
Lain kali nak merajuk jangan kunci pintu yer sayang.


Wednesday, November 02, 2011

Seminar Kesedaran-- Mengenalpasti dan Membantu Kanak-kanak Disleksia

 
Bulan Oktober lepas, Ana dapat email daripada Persatuan Dyslexia Malaysia tentang seminar kesedaran ini.
Ada 4 negeri yang terpilih, diadakan seminar tersebut-- Ipoh, Kuantan USM Kubang Kerian, Kota Kinabalu, Sabah.
Kami pilih negeri yang terdekat-- Ipoh.
Seminar ini ditaja oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.
Yuran tempat dan makanan ketika seminar berlangsung juga ditaja sepenuhnya.
Alhamdulillah, kalau berbayar, mesti cecah ratusan ringgit sebab lokasinya adalah di hotel.
Hanya keluar duit poket untuk perjalanan ke sana sahaja. heheh...
Jangan tak percaya, kami bertolak dari Perlis ke Ipoh pada pukul 3 pagi agar dapat sampai tepat pukul 8.00 pagi.Dasyatkan cik abang Ana! 
Memang tak tidur seharian hari tersebut. Habis majlis bertolak pulang ke Pulau Pinang.
Kami tak bermalam di Ipoh. Ughh..Ana pening dengan jalan-jalan kat pekan Ipoh. Mujur ada GPS.
Kalau tidak, maunya sesat kami tak keluar-keluar. Asyik pusing-pusing dalam pekan sahaja. 
 Seminar ini terbuka kepada orang awam, tetapi majoriti tetamu yang hadir adalah terdiri daripada guru-guru pendidikan khas.
Ada beberapa kerat jer ibu bapa yang datang termasuk Ana dan Cik Abang.
Tapi kami tidak berdua, hero dan heroin pun ikut juga. Pagi-pagi buta dah angkut budak-budak tu naik kereta. Mujur sepanjang jalan, mereka tidur sahaja. Jadi tak adalah yang buat perangai sangat.
Ammar pun sangat baik. Tidur sahaja dalam stroller sampai habis seminar. Sesekali dia bangun juga untuk minum susu. Pastu tidur balik.

 
Gambar-gambar di bawah diambil dari FB Dr Aziz, penceramah yang berbaju hijau tu.
 
Aqilah menempek jugak di depan bersama abah  ketika sesi soal jawab.

 Soalan Abah- Bagaimana nak daftar anak ke Pusat Disleksia?

 We advised that he refer the matter to the state education department since he has already referred to a medical doctor on the condition of his daughter-- Quote dari FB Dr Aziz

Tengok tu, Iwani pun menempek sama. Mujur penceramah dan audience semua sporting.
Mereka pun faham bila melihat kami melayan kerenah anak-anak yang seramai 4 orang ni. 
Macam-macam kerenah. Ada yang nak tidur terlentang, ada yang terjerit-jerit, terlompat-lompat.
Dewan seminar dah jadi macam tempat permainan depa. Sabor ajerlah. kekeke...

 Alhamdulillah, dah nampak sedikit laluannya. Insyaallah, bulan Disember ni, kami akan hantar Aqilah untuk buat assesment di Pusat Disleksia, Pulau Pinang. Bila dah tahu tahapnya, baru kami akan hantar untuk kelas selama 3 bulan. Jadi kemungkinan besar Aqilah akan lewat masuk sekolah (darjah 1).
Takpalah kakak. Biarlah lambat, asalkan kakak boleh membaca, menulis dan mengira, mama dah cukup bersyukur. Mama yakin kakak boleh sebab kakak rajin buat latihan.
Insyaallah, semoga dipermudahkan usaha kami....

Friday, October 28, 2011

2nd Maternity & Children Expo

Sesiapa yang tinggal berdekatan, jemput-jemput memeriahkan suasana.
Ana seperti biasa, tukang canang sahaja. huhu...

Sunday, October 09, 2011

Bertapa...

Nak cari balik jati diri memandangkan sekarang dah rasmi menjadi ibu bekerjaya yang memiliki 4 orang anak  ^__^.
Nak cari kekuatan dan kesabaran agar bila sesuatu berlaku,
iman tak mudah goyah,
hati tak mudah terluka,
air mata tak mudah mengalir.
Semua post akan jadi backdate...tapi jangan risau, silaturrahim takkan pernah terputus.
Akan hadir dengan komen2 manis untuk dikongsi.
Salam sayang buat semua...

Wednesday, September 28, 2011

BAIBOO Stock Clearance Sales

Sesapa yg dok area KL boleh la pi. Syoknya kalo dok sana, boleh shopping barang baby dgn harga murah. Jimat banyak.

Wednesday, September 07, 2011

Suasana Di Hari Raya - Asyila Putri Azhar (Upin & Ipin).flv

Sepanjang balik ke kampung sama ada keluarga di sebelah Ana mahupun di sebelah cik abang, lagu inilah yang berputar berulang-ulang kali. Lagu favourite anak-anak sampaikan Aqilah dan Iwani dah boleh hafal setiap patah lirik dalam lagu ni. Yang paling tak tahan nak tergelak bila si Adlin sebut 'tok dalang' -- 'yom ayam'...hehehe...jauh bebenar bunyinya chek oii..
Masa beraya di rumah mak mentua kat Nilai, Cik abang bawa kami anak beranak beraya ke rumah kawan sekolahnya, Redza di Shah Alam. Kebetulan adik si Redza ni yang namanya juga Aqilah bekerja di Les' Copaque. Macam bertih jagung jer kakak Aqilah bersembang dengan kembar namanya. Entah apalah yang diceritakannya. Skali Aqilah (adik Redza) keluarkan duit raya. Berebut anak-anak dengan abah mereka nak dapatkan sampul duit raya yang ada gambar upin ipin. Hehehe.. bukannya berebut nak duit raya tp sampul duit raya yang dikutip. Almaklumlah ada kartun upin ipin...sabor jerlah.
Jomlah layan lagu raya favourite tahun ni.


Monday, September 05, 2011

Cukur Rambut

14 Ogos 2011, Ahad-- genap umur Ammar 31 hari

Rambut Ammar dicukur oleh bidan yang sama cukur rambut kakak-kakaknya, kaklong Bahiyah.
Kaklong ni juga yang mengurut Ana. Cuma bersalin kali ni jer, kaklong tak urut Ana sebab Ana berpantang di Perlis. Cik abang carikan bidan urut yang tinggal berdekatan dengan rumah. Oklah, asalkan dapat berurut. Tapi nanti nak berurut juga lagi sekali sebab beranak kali ni kan teruk skit.

Gambar yang diambil semasa rambut Ammar dicukur.

Lenanya dia tidur...

Menanti saat-saat rambut akan menjadi korban. hehehe...

Fokus jauh sikit...

Bismillahirrahmanirrahim...

 
 Kaklong sedang cukur rambut Ammar

 Tok mama ampu Ammar

Dah botak separuh kepala

Kakak Aqilah dengan Ammar botak

Kakak Wani dengan Ammar botak

Si kecik yang dah jadi kakak pun nak riba Ammar botak.
Dia yang terlebih excited
Ammar tidur yer...agaknya itulah yang dibisik kakak Aqilah pada Ammar

Secara rasminya, saya dah botak.
Hehehe...

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^