Monday, January 03, 2011

Ayam KFC resepi Ibu mertuaku

 Emm..

 Nyum..nyum...

Mmm... nampak sedap tak 4 ketul ayam yang sedang berenang dalam minyak panas tu?
Nak cuba?
Ini resepi mak mertua Ana.
Mungkin sebab dia tahu cucu-cucu dia sangat suka makan ayam KFC.
Sebelum ni, Ana pakai tepung goreng ayam jer, tapi macam tak berapa nak jadi macam ayam kat KFC tu.
Tapi bila cuba pakai resepi ni, Alhamdulillah... oklah. Sedap sampai anak-anak pun menjilat jari.
Tak perlu berbelanja mahal pun.

Bahan-bahannya:
Ayam - 5-6 ketul (kalau bahagiannya dipotong besar, 4 ketul pun dah cukup)
Telur sebiji (pukul hingga hancur)
Biskut krim kraker/biskut 4 segi- 4-5 keping
Garam dan kunyit untuk digaul dengan ayam


Cara-cara membuatnya:

Bahan A:
Biskut krim kraker dihancurkan ikut kehalusan yang diinginkan (boleh mesin dalam blender kalau nak betul-betul halus, atau tumbuk pakai batu lesung)

Bahan B:
Gaul garam dan kunyit dengan ayam
Celup ayam tersebut dalam telur yang telah dihancurkan
Golekkan dalam Bahan A
Pastikan serbuk roti krim kraker tersebut menyaluti keseluruhan ayam.
Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan
Pastikan ketulan ayam tenggelam dalam minyak agar dapat hasil yang memuaskan


Ha.. amacam?Senang sahaja kan?
Barang-barangnya pun bukannya susah nak cari.
Mesti dah ada dalam stok dapur.
Selamat mencuba!

4 comments:

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^