Friday, January 28, 2011

Bagi panjang motor itu...

Cerita pagi tadi. Celoteh anak ketika dalam perjalanan ke sekolah.
Sewaktu keluar dari simpang rumah pagi tadi, tiba-tiba ada motor dari belakang memotong kereta Ana.
Iwani: Mama, kenapa kita tak naik motor macam tu pi sekolah?
Ana: Motor tu kecik. Kita ramai orang, mama,adik, kakak Aqilah, kakak Wani, mana muat, chek.
Iwani: Bagilah panjang motor tu. Barulah muat.
(kahkahkah..ana mmg dah gelak dalam hati)
Kiranya, bagi dia, kalau motor tu boleh dipanjangkan lagi tempat duduknya, bolehlah muat ramai orang.
Mujur terlintas jawapan nak menjawab balik.
Ana: Mana boleh, sayang. Kalau panjang, nanti patah sebab dia ada 2 tayar jer.
Kalau bawa banyak orang guna motor, nanti polis tangkap.
Iwani: Oo, hari tu wani naik motor pak Mie dengan mama dan adik, polis tak tangkap pun.
Erk..bila ek? Try recall balik, bila pula Ana naik motor dengan adik Ana? Kemudia, ooo..
Ana: Itu kita naik jalan-jalan dekat umah tok baba jer.Bukan jalan jauh. Takpelah.
Iwani: Ooo..
Aqilah: Mama, kita naik basikal pi sekolah lah
Hahaha..ini lagi seorang.
Ana: Uish..jauhlah, sayang. Keja mama jauh, sekolah adik pun jauh. Kita naik keta sajalah. 
Keta mama ada aircond. 
Kalau kakak dan Iwani nak naik basikal, boleh naik petang-petang dengan abah. 
(Amboi..mentang-mentanglah baru beli basikal baru. Nanti Ana citer pasal basikal baru mereka)
Aqilah dan Iwani: Ok

4 comments:

  1. bestnyer dpt basikal baru. naik elok2 ye.

    nak macbook percuma dan RM500
    http://anak-teladan.blogspot.com/2011/01/dapatkan-macbook-percuma-di-sini.html

    ReplyDelete
  2. bersembang dgn anak2 ni memang best... bijak betui depa ni.. pandai berpk...

    dah klik2 HB ana

    ReplyDelete
  3. kelakar je daya imaginasi kanaka2 ni...trkdg xtrfikir dek akal kita.

    ReplyDelete
  4. ummu uswah
    hehehe...

    kakyong
    Hmm..mmg x terjangkau dek akal

    NZA
    betul 3x

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^