Friday, February 25, 2011

Mari makan Biskut Bunga

Biskut ni adalah kenangan Ana semasa kecil. Sampai sekarang Ana sendiri tak tahu namanya. Kadang-kadang Ana panggil biskut gula atau biskut bunga atau biskut warna-warna. Entahlah, macam-macam nama yang ana beri. Orang yang perkenalkan biskut ni pada Ana adalah arwah datuk ana (sebelah mama Ana). Dia selalu beli biskut ni kat kedai runcit. Biskut ni selalunya dijual mengikut kiraan timbang dan mempunyai pelbagai warna seperti dalam gambar kat bawah ini.


Ada yang tahu ke nama sebenar biskut ni?
Macam nak kena buat kajianlah pulak. Hahaha...


Masa awal trimester hari tu, Ana teringin sangat-sangat. Satu hari tu, balik dari kerja terus singgah kat kedai runcit berdekatan dengan rumah. Sekali ternampak tin biskut tu. Hah! Pucuk dicita, terus beli sebungkus yang dah siap packing (dalam 500gm kot). Tak ingat plak harganya. Balik rumah masukkan dalam bekas. Semasa dok tengah ngup ngap tu, anak-anak balik dari sekolah. Sekali tengok, terus depa terpa. Macam-macam soalan depa tanya ana. Biskut apa ni mama? Mama beli kat mana? Boleh bawa pi sekolah tak?Hahaha...


Makan biskut pun macam makan kenduri lah plak. Siap berjemaah lagi tuh!

Jemput makan semua.. We loike pink!

Sedaplah, mama! Nanti beli lagi yer.

Meh Adlin suap mama.

Ana suka makan semua kaler. Aqilah dan Iwani berebut nak kaler pink sahaja. Memang gegurl sungguh! Si kecik Adlin pula, makan gulanya sahaja. Rotinya? Ana lah yang kena habiskan. Ceh! Takpe, chek makanlah. Sekali sekala takpa. Tak boleh makan selalu, kang rosak gigi. Hehehe...

6 comments:

  1. biskut tu mmg glamer la dulu. nadiah pun suka ^_^

    ReplyDelete
  2. Haha..x mkn dek zaman lah Nadiah. Sampai la pun tetap ada peminat. Kalau x silap kat carefour/Tesco M'sia ni pun ada jual dlm ruang dekat2 area makanan.Tp k.ana x kelih nak beli plak kat situ,mcm xdak feel.Nak yang kat kedai runcit jgk

    ReplyDelete
  3. sejak akak kecik pn dh wujud biskut nie....
    anak2 akak pn suka espclly naurah yg suka makan icingnya tu....

    ReplyDelete
  4. akak tak suka biskut ni..tp anak2 masa kecik2 dulu selalu ler jgk somi akak belikan..tp dorang lebih suka gulanya dari biskut. Tp akak paksa gak dorang makan biskut tu, hehe..
    Tp skang..dorang pun dh tak minat ngan biskut ni..dorang lebih suka biskut tawar cicah air milo ataupun biskut jagung yg leh terus dimakan camtu aje..

    ReplyDelete
  5. mmg nostalgia sungguh. kak ida panggil biskut icing.. hehe

    ReplyDelete
  6. biskut ni sgt nostalgik..

    anak2 kakyong makan yg atas jer.. biskut tinggal tepi..

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^