Tuesday, February 22, 2011

Model Iklan Kedai Makan

Bila lalu Giant Alor Star (lalu sahaja, bukan shopping2, ahaks!), tak sah kalau tak singgah makan kat gerai makan di seberang jalannya. kawasan tu lebih kurang macam food court. Kalau tak silap ia dibuka pada sebelah petang sehingga ke malam. Tak tahu pula sekiranya ada antara gerai makan tu buka pada waktu tengahari sebab kami selalu pergi makan waktu malam. hehehe...
Ada banyak gerai makan di situ. Macam-macam ada dan banyak juga pilihannya. Paling suka kuewtiau t'eng..haha..betul ke ejaan ni. Sebutannya lebih kurang macam teng (tengkuk). Ana tak tahu ia asal mana. Tapi kat situ sahaja yang ana jumpa kuewtiau tu. Tempat lain tak pernah tahu pula. Tapi rasa dia lebih kurang macam kuewtiau sup. Cuma dia banyak pakai lada sulah dan ada sayur tauge. Haha..sorry yer tak ada gambar pula nak tunjuk sebab dua tiga menjak ni, bila pergi dan nak order makan, gerai tu asyik tutup ataupun tak buat. Mengkelanlah juga. Nak buat macam mana dah tak ada rezeki.
Ini gambar anak-anak yang bergaya sakan di depan signboard gerai makan tersebut. Suka sangat depa. Ana pun snap jer gambar depa. Hmm, tak ada pula gambar si kakak.
Rasanya masa ni Aqilah ikut mama dan baba (ibu bapa Ana) balik Penang.
Saksikan keletah budak berdua ini.

 Aunties, tolong vote kami sebagai model iklan Kedai Makan yer..hahaha..

 Mood happy sungguh!

 Dah tak ada pasangan
Gigit kuku

 Hasil tangkapan Iwani

 Ini pun sama.

 Adik tak ready lagi dia dah tangkap gambar.
Gambar model tengah menonggek.

Model memberi kerjasama dengan pose yang istimewa.
Muka dan baju berlemuih sebab tak sempat nak tukar, asyik berjalan-jalan seharian.

8 comments:

  1. ala comelnyer model2 cilik ni. walau comot.. tp maintain... hehe... adlin cute!

    ReplyDelete
  2. hi.hi.hi....model comel kt kedai makan ye....

    ReplyDelete
  3. akak tau tempat makan tu, tapi jarang singgah, pasal kengkadang susah parking, tepi jln besaq lak tu

    ReplyDelete
  4. hhehehe.. jd model kedai pun comel..

    ReplyDelete
  5. idasm
    hehe tq kak ida...kalau time nak posing,mmg x hengat dah diri tu comot

    ReplyDelete
  6. NzA
    Itulah, berulang alik bermain kat tempat tu.Panggil mkn,dtg sekejap.Slps suap semulut lari balik berdiri kat situ.Apalah yg best sgt pun xtau.

    ReplyDelete
  7. ♥MAMASYAZA♥
    hehehe, husband sanggup pusing traffic light tu utk cari parking.Tp x penah parking kat luar sbb tepi jln sgt,takut org hentam keta.Alhamdulillah, setakat ni,kalau p,adalah jgk space utk parking

    ReplyDelete
  8. kakyong
    hoho..tq kakyong, budak comot ni nak kira apa bila dh siok main2

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^