Thursday, March 03, 2011

Bihun Goreng yang Simple!


Lama tak goreng bihun. Selalu dok beli kat kedai, bihun kosong jer, tak ada apa-apa bahan. Tak berapa nak ikut selera tekak. Tapi dah nama pun beli kat kedai, telan jerlah. Minggu lepas, Ana berkesempatan ke pasar pagi. Ana hantu sayur borong sayur-sayuran dan juga ayam setengah ekor. Mahal harga ayam sekarang. Sekilo dah mencecah RM7. Nampak sangat dah lama tak beli barang mentah kat market. Selalunya, cik abang yang dok beli. Kebetulan ada stok bihun kat rumah, apa lagi, bersilatlah ana kat dapur. Dua hari berturut-turut ana goreng bihun (goreng sekali, makan sampai habis. Hari ke-2, goreng lagi). hahah...kalau dah teringin memang sanggup makan berhari-hari.

Masih berasap lagi ni.

Segala mak nenek sayuran Ana masukkan.
Kira cukuplah segala zat makanan, dari karbohidrat hinggalah ke protein, semuanya ada.


Inilah hasilnya. Tak payah bagi resepilah. Semua orang dah tahu nak buat.
Lagipun, Ana goreng bodoh-bodoh jer. Maksud ana, main lempar-lempar jer semua bahan macam buat nasi goreng. ini kalau nenek Ana tok guru tahu, jenuh kena marah sebab tak ikut prosedur.
kekeke..

Bihun Ana buat ni tak pedas yer sebab Ana sendiri tak makan pedas sangat plus nak bagi anak-anak makan juga. Macam pucat sikit kalernya sebab ana langsung tak pakai cili, Ana cuma campur adik-beradik sos sahaja. kuang..kuang..kuang..

Jemput makan semua!

6 comments:

  1. akak suka mkn pedas, tp bila anak2 nak mkn, terpaksa goreng + sos saja, so bila akak nak mkn, akak campur ngan cabai potong, fuhh sedappp

    ReplyDelete
  2. meriah dgn lauk pauk tu.....nmpk pn dh sedap.

    ReplyDelete
  3. kakyong kalo buat bihun/mee/keteow memang harus letak cili giling... kalo takde warna merah2, anak2 tak mau makan... hehhehe... kurang2 utk 1 bungkus, mesti 1 sudu kecil cili giling.. (utk anak2 lah).. kalo org tua yg makan, memang masukkan sampai 1 sudu makan lebih...

    ReplyDelete
  4. banyak betul pengisian mihun goreng ni.tapi kita jarang buat mihun goreng sbb tak pandai sgt.

    ReplyDelete
  5. MAMASYAZA,
    Haha..itulah. Bila ada anak2, takkan nak bg makan yg pedas2 kan.Kang x psl sakit perut plak.Kalau kat umah ana ni, Ana sendri pun xle nak mkn yg pedas2 sgt sbb ada gastrik.

    NZA,
    camana tak meriah, stok bhn mentah tgh penuh dlm fridge.Hehehe...kdg2,xdak apa langsung, mkn kat kedai jer.kekeke...

    kakyong,
    haha..tau dah.Kakyong tu mkn mesti x sah kalo tak pedas.

    SyidaGorjes,
    Mau tak byk. Stok bhn mentah br bli. Kita pun x pandai sgt. Setakat lempar masuk dlm kuali jer tu.kekeke...

    ummu uswah
    jemputlah. Tapi cuci mata ajerlah..hehehe..

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^