Saturday, March 19, 2011

Bila baby nak keluar?

Semasa kandungan dah masuk 3 bulan, Adlin dah pandai sebut perkataan 'BABY'. Kalau tengok tv atau nampak jer gambar baby dalam majalah/ buku, lancar jer sebut perkataan tu. Maknanya dia dah faham maksud baby-- budak kecil. Maknanya juga, dia dah faham dia bukan baby lagi tapi masih digelar adik oleh kakak-kakaknya. Alhamdulillah, bila umur dia dah genap 1 tahun 9 bulan, dah makin banyak perkataan yang dia dah boleh sebut dengan penuh tanpa bunyi pelat seperti mama, baba, bird, sakit, habis, air dan ayaq (dialek utara). Manakala perkataan yang masih bunyi pelat atau hujung-hujung seperti tatak (kakak), bat (ubat makan/minyak sapu), atan (makan) achik (nasi) dan banyak lagi lah. Hehehe...memang suka sangat bila ikuti perkembangan vocabulary dia.

Macam mana reaksi anak-anak berusia 6 dan 5 tahun ni bila dah faham yang mereka akan dapat adik baru?


Aqilah dan Iwani, hari-hari (sekurang-kurangnya sekali) mesti akan tanya soalan ni.
"Mama, bila baby nak keluar dari perut mama?"
Hahaha...macam depa pula yang tak sabar-sabar nak tengok baby baru. Ana sebagai ibu lagilah tak sabar nak tunggu baby yang di dalam ni keluar. Lambat lagi. Baru 5 bulan lebih.
Selalunya Ana jawab, "Baby kecik lagi. Nanti bila baby dah besar sikit, baru baby boleh keluar dari perut mama."
Kadang-kadang, depa akan ulang balik ayat Ana tu plus ayat sambungan "Ooo...besar macam adik Adlin masa baby tu? Macam arif, Iman dan baby Anas tu?"
hua...hua...habis berkait nama-nama sepupu depa. Angguk jer lah Ana. Betullah jugak tu.

Iwani paling suka dan kerap usap perut Ana. Kadang-kadang tu, dia terus datang dekat dan main selak jer baju Ana semata-mata nak rasa pergerakan baby. Kadang-kadang, dia lekap terus telinga dia kat perut. 

Aqilah pula, bila Ana dah mula tukar uniform/ pakaian mengandung, mesti cakap "Lawanya mama". Hnss...hnss... Kembang setaman sebentar. Sebenarnya, dia puji baju jer tu, bukan mamanya. Ana ja yang over kembang. hahaha... Bukan apa, baju pregnant ana banyak kaler pink. Hari-hari tema pink. Aqilah dan Iwani ni, peminat tegar pink juga. Ohh, itu semua koleksi semasa mengandungkan Aqilah hinggalah mengandungkan Adlin. Untuk kali ni, Ana masih belum berpeluang tambah koleksi.huhu... Kadang-kadang keluar ke kedai, lebih selesa pakai tshirt biasa yang sedia ada sebab besar dan longgar (lagipun perut bukannya besar sangat).

Reaksi Adlin pula bagaimana?
Hahaha, dia tak faham lagi. Tapi suka sangat buat stunt atas perut. Huhu...senak tau, sayang. Selalu babap manja-manja jer. Dia akan buat muka sengih-sengih. Nampak sangat tak faham apa lagi.

Ana harap, akan terus adil menyayangi dan melayani mereka walaupun dah ada si kecil yang baru ni.

6 comments:

  1. bestnyer baca kisah org mengandung ni yea. mesti meriahkan ana, anak dah 3 , putri pulak tu semua. kak ida doakan selamatlah semuanya...

    ReplyDelete
  2. anak2 mesti xcited, ami sekrg pun dok sibuk tanya, bila mama nak preggy lg, best oo ada adik kecik katanya

    ReplyDelete
  3. dah 5 bulan ya Ana.. bagus la Aqilah & Iwani dah faham.. Anis dulu jadi kakak masa umur belum 1 tahun.. huhuu.. apa pun tak faham.. tp masa kakyong bersalin dia dok sekali dlm labour room.. dgn ayahnya, dok kat belak kepala ibu jer.. sbb nak tinggalkan kat nurse Anis tak mau, melalak tak hengat..

    ReplyDelete
  4. dh xsabar la tu nk tunggu ahli baru kluar....

    ReplyDelete
  5. salam buat pn suhana,
    t kasih krn sudi mengunjungi blog BR. masalah yg pn hadapi mmg kerap dikemukakan oleh pengunjung sblum ini. BR pun xtahu nk buat mcamana...

    pn suhana bleh mencuba (jika menggunakan mozillla firefox sbg browser) dgn pergi ke Tools - Options - Content - klik pada kotak Enable JavaScript. mungkin langkah tersebut bleh membantu.

    sbarang kesulitan yg timbul amat BR kesali. datang2lah selalu ke blog yg tidak seberapa itu..

    ReplyDelete
  6. idasm,
    Ada best. Ada jg time peritnya. Macam tu lah k.ida. Meriah mmg meriah. Ada mrk mmg jenuh bertempik sbb semua tgh lasak. Kalau xdak salah seorang, mcm x cukup korum. Thanks, k.ida

    MAMASYAZA
    Hahaha...jomlah kak. Join da club.kekeke...Si Ami mmg suka budak kecik ya..

    kakyong
    Sama mcm time Aqilah dan Iwani. Jarak depa x jauh beza. Tp, ana bsalin kat hosp kjaan, xle ada pelawat dlm labour room. So, husband mmg x penah teman masa ana nak bsalin.

    NZA,
    Itulah pasal...

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^