Wednesday, March 16, 2011

Lembut @ keras?


Masa tengah syok tengok tv, cik abang hulurkan botol susu kat anak-anak. Lega. Cik abang dah banyak mudahkan keja Ana. Bab-bab kebajikan anak-anak, dah banyak cik abang tolong buatkan. Almaklumlahkan, dah berbadan dua ni, sambil nak manja-manja mengada, sambil nak melayan kemalasan yang melanda.

Iwani: Mama, wani tak mau susu abah buat. Susu abah buat keras. (dalam nada tak puas hati)
Ana: Apa ke hal pulak susu keras? Minum ajelah Wani. Sama jer susu yang abah bancuh dengan yang mama bancuh.
(Sebenarnya malas nak bangun bancuh susu anak, tak larat nak berdiri)
Wani: Tak sama. Yang mama buat lembut. Abah buat keras.
Ana memang dah berkerut dahi. Dok pikir, kenapalah si iwani ni sebut lembut dan keras berulangkali. Memang dia sorang jer selalu request Ana bancuhkan susu untuk dia. Dia tak suka kalau abah dia yang tolong bancuh.
Cik abang: Alahhh..dia maksudkan cair dan pekatlah. Yang abang buat cair.Tapi kalau yang buat, pekat. Tolonglah tambah satu skop susu lagi. Sat lagi, sampai sudah dok merengek saja.
Hohoho...cair dan pekat rupanya. Ingatkan, apalah yang dimaksudkan lembut dan keras tadi. Wani..wani..salah penggunaan kata sifat tu.hehehe...

3 comments:

  1. hehhehe... anak2 memang belum cukup tahu semua word kan.. kdg2 lucu bila depa cuba nak sampaikan maksud nya...

    ana,
    jgn lupa join contest Aksi si Cilik Berbasikal
    Contest aksi si cilik berbasikal : Tambahan syarat + sedikit kelonggaran

    ReplyDelete
  2. MAMASYAZA,
    gelak sama2

    kakyong,
    a'a.Mujur cepat tangkap maksudnya.

    Ana dah join.

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^