Tuesday, March 15, 2011

Perancangan Full Breastfeed

Nak cerita pasal persediaan menyambut baby baru pulaklah. Kali ni, Ana melangkah setapak lagi. Alhamdulillah, ada cik abang yang faham tentang kebaikan penyusuan susu ibu dan sangat menggalakkan Ana untuk BF anak-anak. Mengandung kali ni, Ana lebih kepada prepare barangan untuk menyusu. Lagipun, barang-barang baby macam lampin, barut, bantal, tilam... semuanya dah ada. Pakai semula saja yang kakak-kakak punya. Hehehe..jimat. Buat apalah nak membazir kalau semua barang-barang tu masih boleh dipakai. Duit untuk beli barang-barang sebegitu boleh guna untuk beli peralatan menyusu pula. hehehe...Untuk baju-baju baby pun, Ana mungkin beli beberapa helai sahaja (tak beli pun lagi, nantilah bila kandungan dah masuk 7 bulan, baru nak start shopping). Baju kakak-kakak masa mereka baby pun masih elok lagi. Banyak kaler putih. So, tak kisahlah, anak perempuan ke, anak lelaki ke, dua-dua jantina pun boleh masuk dengan kaler tu. Cuma mungkin nak kena basuh balik, sebab dah lama terlipat dalam almari baju. 
Cik abang ada juga hint hari tu pasal nak beli stroller. Ana terkejut juga. Aik! Dah berubah fikiran ke, cik abang ai ni? Macam pelik juga, cik abang ana tu kalau pasal barangan ni, memang dia  pernah cakap..buat apalah nak beli stroller tu, nanti baby dah besar, dia takkan duduk pun. Kalau pi shopping complex, silap haribulan, stroller tu bawa barang yang dibeli. Baby still kena dukung juga. Mungkin pengaruh adik ipar (Sheila). Adik ipar Ana beli stroller yang rega ratus-ratus punya. Mau tak sedap bawa. Senang lipat , ringan, ada banyak function dan jimat ruang. Perghh... mau fikir dua tiga kali juga kalau nak beli yang macam tu. Bila Ana ungkit balik pasal pendapat dia dulu tu, dia jawab.. takpelah. hadiah untuk baby. Wah...baby tak keluar lagi, abah dah plan nak bagi hadiah mahal. Dasyatlah! Rasa macam best lah pulak mengandung ni. Agak-agak kalau mengandung lagi, tentu boleh dapat lagi macam-macam hadiah tak? kekekeke...

Kebetulan tahun ni famili Ana akan menyambut kelahiran baby baru yang berganda-ganda. Sebab apa Ana kata mcam tu? Sebab 2 orang adik ipar ana a.k.a isteri adik-adik lelaki ana dan adik ipar ana a.k.a adik cik abang ana dan juga ana mengandung dan dijangka bersalin pada tahun ni. Kiranya, Aqilah, Iwani dan Adlin akan dapat adik dan juga cousins serentak. hehehe..meriah kan? Seorang adik ipar ana dah selamat melahirkan anak lelaki a.k.a cucu lelaki sulung sebelah famili Ana (Ana anak sulung, tapi sorrylah yer, all my baby are gals). Agak-agak kali ni lelaki ke perempuan? hikhik..tak taulah lagi. Ana tak pernah tanya doktor pun pasal jantina bila pergi scan perut. Ana lebih concern pasal kesihatan baby kat dalam perut ni. Ana terima jer lelaki ke perempuan. Yang penting kandungan sihat dan Ana taknak perkara yang sama berulang balik. Itu sahaja yang ana doakan siang dan malam.

Ok. Melalut dah sampai ke mana. Sebenarnya, nak cerita pasal kelengkapan menyusu. Dah merepek jauh pula. Untuk ibu yang tidak bekerja, perkara ini tentu sahaja tidak menjadi masalah. Tapi ibu macam ana, memang banyak masalah yang akan timbul kalau tak prepare semua peralatan ni . Hasrat nak BF baby memang takkan tercapai. Peralatan-peralatan ni bagi ana semakin penting dan dah menjadi keperluan kepada Ana kalau betul-betul nak BF baby dan dalam masa yang sama tak diganggu dengan pekerjaan hakiki. Masa mengandung dan bersalinkan Aqilah dan Iwani dulu, Ana tak tau pun pasal peralatan mengepam susu badan. Pakai jenama yang biasa sahaja yang boleh didapati di pasaraya sahaja. Ana pakai Pureen, yang ada guna getah biru sebagai pam. 

Pastu bertukar kepada yang jenis ni tak pakai getah (yang jenis tarik, lupalah plak jenamanya) sebab mak mentua kata yang ada getah tu tak elok sebab susu akan berbau getah biru tu. Tapi masa tu, Ana tak pernah buat stok banyak-banyak pun. Sekadar perah dan simpan stok untuk sehari awal jer. Memang jahiliah sungguh masa tu. Masa Adlin plak, dah mula pakai yang jenama ni. Ini pun atas nasihat dan pengaruh adik ipar ana Wan Zuliana. Dia memang start guna jenama ni untuk anak sulung dia.
Memang yang terbaiklah dari ladang! Tapi Ana silap percaturan plak. Ana tak prepare dari awal waktu berpantang. Kelengkapan menyimpan susu, seperti bekas atau botol tak ada dalam stok a.k.a tak beli langsung. Pastu, Ana plak tak rancang betul-betul masa pemerahan susu mengikut jadual. Perah time free ajer. Akhirnya, sendiri yang gigit jari gara-gara tak bersiap dari awal. Secara kesimpulannya @ puratanya, anak-anak Ana menyusu badan setakat 8 bulan sahaja. Itupun, bila umur mereka menginjak 2 bulan (kes dah mula kerja dan hantar mereka ke nurseri) dah campur dengan susu tepung. Mereka full BF 2 bulan yang pertama sahaja. Oppss..lupa. Aqilah full BF 4 bulan yer sebab dia premature dan dok dalam inkubator selama 4 bulan.
So, amacam kali ni? Ana rasa dah bersedia untuk bermula semula. Kali ni, prepare semua peralatan secukupnya dan buat jadual pemerahan yang betul-betul bermula dari ketika pantang lagi. Tak mau dah nanti, dah mula kerja baru nak kelam kabut buat stok. Lagipun, kerajaan dah bagi 3 bulan cuti bersalin. Baik ana gunakan masa yang diberi dengan sepenuhnya. 
Plan nak beli yang elektrik punya. Dok tengah kumpul duit untuk beli jenama ni.
 atau ini. 
Masih belum buat keputusan lagi yang mana satu. Semuanya bergantung kepada keadaan ekonomi semasa. kehkehkeh...
Baru-baru ni, Ana dan Wan ada beli set jenama ni. 
Satu set lengkap dengan steriliser, warmer, botol dan macam-macam lagi. Harga? Hmm..bolehlah tahan. tapi ok lagi berbanding kalau beli satu-persatu barang. Cuma tak ada breast pump sahaja. Tak apalah, Ana nak survey lagi harga dia. 
Haha..beriya-iya jer Ana ni kan. Poyo sungguh! Tapi tak apalah, menabur modal kat sini untuk kesenangan hari kemudian. Ana nak anak-anak Ana semuanya sihat sentiasa. Ana tak mau, di awal usia dah kena telan ubat. Kesian. Semoga Ana terus bersemangat, tabah dan berdoa agar ada rezeki yang banyak untuk baby ke-4 ini. Boleh juga jimatkan duit abah nyer..kekeke...
Doakan hasrat Ana ini berjaya. Go for FULL BF for 2 years! Chaiyok!

p/s: Semua gambar-gambar di atas-kredits to En. GOOGLE

3 comments:

  1. hehehe..k ana nie ade dia masukkan nama ku. glemer sungguh. chaiyo chaiyo. avent duo set tue paling murah RM1000 lebih, tp kena tgk warranty berapa taun. Kalo beli direct in m'sia punya rega RM2,200. wah nak beli stoler.... pinjam jer sheila punya...dia ade 2 stoler. ha3

    ReplyDelete
  2. chaiyook anak... go for it.. Insya ALlah, ramai dah tu seumber inspirasi.. kakyong doakan supaya lepas baby lahir ni, buleh la pulak nak tengok stok ebm Ana mcm kwn2 mommy BF yg lain... ;)

    ReplyDelete
  3. edliana,
    Glamer ke?Hmm,rasanya kekal avent yg manual ajerlah kot. Sbb rs mcm x mampu. Xmo membazir jgk. Sekadah gajet nak memudahkan proses pam susu jer. Takut nnti, dah bli, x guna sgt pun. Rugi jer. Pinjam? Boleh ke, pinjam2. Kang dia majuk sbb asyik nk pinjam jer,menda mahal lak tu.


    kakayong,
    Thank you kakyong. Doa2kan yer, ana mampu lakukannya.Insyaallah, tringin jgk nak tempek gambar stok ebm sendri nnti.

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^