Thursday, April 14, 2011

Giveaway : Bagaimana Menggalakkan Anak Membaca Buku

Nak join sila klik SINI

Gambar yang dipertandingkan....

Nur Adlin Bt Mior Mohd Shahril
7 Jun 2009 (1 tahun 10 bulan)

Kat bawah ni gambar selingan jer..



Bagaimana merangsang atau menggalakkan anak supaya membaca?
1. Keluarga Ana jenis yang suka berjalan-jalan ke pasaraya walaupun tak membeli dan hanya sekadar mencuci mata. Tapi Ana dan suami berpendapat, di pasaraya juga anak-anak boleh didekatkan dengan buku. Bagaimana caranya?

(a) Bawa pergi ke perpustakaan... Perpustakaan juga ada dalam pasaraya seperti contoh Pasaraya Jaya Jusco Bandar Perda, Seberang Perai-- Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri perlu lebih banyak adakan Perpustakaan di pasaraya sebab memang cara hidup masyarakat sekarang suka berjalan di pasaraya sebab di pasaraya ada tempat permainan, tempat makan, barang-barang keperluan.
Semuanya boleh diperolehi dalam satu tempat.
Lagipun dalam pasaraya, sejuk aircond..ahaks!
(b) Kerap membawa anak-anak ke kedai buku, waima kedai kecil yang berada di tepi-tepi jalan. Oh, ya, kedai buku juga terdapat banyak dalam pasaraya besar seperti Popular, MPH, Times, Kinokuniya dll.
(c) Bawa ke pameran/pesta buku seperti gambar di atas yang diambil ketika ke Pesta buku Negeri Perlis yang baru sahaja berlangsung pada penghujung Mac yang lalu.

2. Kalau dah belikan mereka buku, jangan pula kita sebagai ibu bapa biarkan mereka meneroka sendiri.
Ibu bapa juga perlu bersama-sama dengan anak-anak membaca ataupun sekurang-kurangnya berada di samping mereka ketika membaca buku (jangan pula kita buat kerja lain seperti menonton tv).

3. Pengaruh daripada adik-beradik dan ibu bapa- bermaksud, ibu bapa kena tunjuk contoh suka membaca. Semasa kita membaca, kita panggil mereka untuk sama-sama membuka buku mereka. kalau ada adik-beradik yang lebih dewasa, secara tak langsung boleh beri pengaruh kepada anak-anak yang lebih kecil untuk sama-sama mendekatkan diri dengan buku.

Alat bantu mengajar
Alat yang spesifik untuk membantu mengajar tak ada kot.
Tempat:
Ana tak terhadkan masa dan tempat untuk mereka membaca. Mereka boleh membaca di mana-mana sahaja, tak kisahlah sama ada di bilik tidur mereka sendiri (atau di bilik tidur Ana), di dapur, di ruang tamu atau di dalam kereta. Sebab tu rumah ana berselerak, penuh dengan buku-buku mereka.kekeke..

Alam sekeliling:
Ana suka bagi mereka explore dengan keadaan sekeliling. Jadi bila mereka jumpa benda-benda yang sama seperti gambar di dalam buku mereka, mereka akan mudah ingat.
Ok. Itu jer kot perkara-perkara yang diaplikasi untuk anak-anak Ana.

    4 comments:

    1. Salam kunjungan... singgah la ke blog saya ;)

      ReplyDelete
    2. pandai ke adlin baca novel tu... hehehhe... ;)

      memang betul lah Ana, anak ni kena dipantau masa depa dok adap buku ni.. kat rumah ni dah byk buku yg rosak gara2 depa adap sendiri2... ibunya buat koje lain.. tau2, ade m/s yg dah hilang... huhuuu...

      ReplyDelete
    3. Ana,

      Dah keluar result ni...

      http://sitisifir10.blogspot.com/2011/01/giveaway-bagaimana-menggalakkan-anak.html

      ReplyDelete

    Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

    Followers

    Kami sudah ber-6... ^__^

    Kami sudah ber-6... ^__^