Saturday, April 02, 2011

Jalan-jalan sempena Birthday Nur Aqilah

Ohhh...Ana tahu, Ana bersalah pada diri sendiri kerana sudah semakin jarang update blog ini. Tak seronok kalau menulis tak ada gambar. Ana mengalami masalah pengurusan gambar yang diambil. Kalau Ana yang tangkap, tak bermasalah sangat sebab semua failnya Ana simpan setempat. Tetapi kalau gambar-gambar ditangkap oleh Cik Abang dengan kamera gedabak dia tu, memang sohih payah nak jumpa kerana dia mempunyai berkeping-keping memory card. Kadang kala bercampur aduk dengan gambar sekolahnya. Rasa geram pun ada. Bila time nak menulis jer, susah nak minta balik gambar yang ditangkapnya. 
Kalau ada yang perasan, salah satu hari di bulan Mac adalah hari ulangtahun kelahiran anak sulung Ana. Kali ni, Ana tak mau lah tunjuk gambar Aqilah dengan kek birthday. Dah 2 tahun Ana berblog, asyik gambar dengan kek aja, satgi orang kata riak plak. alasan sebenarnya tak jumpa gambar Aqilah dengan kek gara-gara guna kamera cik abang..kekekeke..Mula-mula ingat nak beli kek lain dari yang lain sikit tahun ni. Ana berkenan kek-kek yang dibuat oleh Najah ni. Kawan-kawan ofis banyak order daripadanya. Memang sedap buatan tangannya. Presentatation hasilnya juga memang cantik dan menarik. Tambah-tambah kek yang jenis fondant/figurine. Emmm, memang yummieee... tapi sayang, Ana terlewat order dan birthday Aqilah pula jatuh pada minggu cuti sekolah, Najah sibuk nak siapkan order pelanggan untuk kenduri kahwin. Jadinya terpaksalah cancel perancangan tu. Kesian Aqilah, dia dah siap request nak kartun atas kek dia (sebab ana tunjuk blog Najah pada dia). Untuk menyedapkan hati Ana yang terkilan ni juga sebab tak dapat penuhi permintaan dia, Ana bagitau cik abang, tak apalah tak dapat beli kek jenis tu, sebab kek tu pakai banyak gula dan tersangat manis. Tak bagus untuk gigi Aqilah.hehehe...iyerlah tu...yo yo oo jer alasannya...
Pada 14 Mac tu, selepas solat maghrib, cik abang bawa kami pi Secret Recipe. Beli kek ini..

*kredits to SR
Secret Recipe lagi...huhu..takpelah kakak yer yang penting sedap dan berkhasiat.
Adik-adik pun seronok dan suka makan kek ni.

Selain tu, mcam biasa, bawa anak-anak jalan-jalan. Bagi depa main puas-puas. Main kat supermarket, takdenya nak peluh-peluh. Siap pakai sweater, ada laaa.. Maklumlah kat luar tu, asyik hujan jer.
\
Birthday girl yang gembira bila hajat dituruti
Siap peluk cium dengan kawan baru lagi.kekeke..


Adlin pemandu, kakak Wani jadi penumpang.
Tapi kereta ni tak bergerak sebab Adlin takut kalau kereta mainan ni bergerak dan berbunyi.


Kakak Iwani dah merengek minta abahnya masukkan duit dalam mesin mainan sebab tak seronok main kalau kereta mainan tu tak bergerak.



 Adik Adlin berposing dengan kereta, kuda dan kucing mainan

Cik abang dah janji dengan Aqilah nak tengok wayang. Katanya, mama Aqilah pun dah merungut sebab lama tak bawa tengok wayang. Hoh! Ini nak entertain anak ke @ si mama nyer? kekeke...
Sekali pi, tak ada pula filem yang sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Hah! Mengamuk dia, menuntut janji abah dia.




Tengoklah kerenah dia mengamuk nakkan sesuatu atau menuntut janji yang tak dapat ditunaikan.
Mujur tak ramai orang sebab bukan time gaji. Si kakak mengamuk nak tengok wayang.





Bukan setakak si kakak sahaja yang mengamuk, si kecik ni pun mengamuk juga.
Adoihh..penin kapla. Adlin mengamuk sebab tak mahu keluar dari tempat permainan.
 Masih seronok nak main.


Terpaksa umpankan mereka dengan sesuatu. Kalau tidak, sampai kesudah tak jadi apa. Mujur ada lif yang bercermin, boleh pandang ke luar sambil tengok suasana pasar raya. Jadi budak jakun seketika. Macam tak pernah naik. Maklumlah sesekali jumpa dalam pasar raya. Selalunya bawa mereka naik escalator sahaja.




 Uuuu...boleh nampak atas, bawah...

 
 Adlin dah jadi macam budak perak. Tercangak-cangak dalam lif tu

 
 Eh, dah gelap. Dah sampai kat basement rupanya.

Ana bebal juga sebab cik abang pandai berjanji dengan anak tanpa periksa dulu tayangan yang ada di panggung wayang kat Pacific Alor Setar. Pujuk punya pujuk, kami patah balik ke Jitra. Tengok wayang kat Jitra Mall. Bila chek kat kaunter ada kartun ni sahaja.
 * kredits to Mr Google

Oklah daripada bawa anak-anak tengok gambar Hikayat Merong Mahawangsa (walaupun, Ana teringin sangat nak tengok) Kalau berdua, memang Ana dah masuk tengok. Tapi sebab ada anak-anak, tak sesuai sebab ada gambar lawan-lawan dan bunuh-bunuh...ohhh...jangan cari pasal Ana.
Mahal lah sikit sebab kena bayar harga cermin mata dia sebab ditayang dalam bentuk 3D. Anak Mamanyer punya pasal, takpalah kan. hahaha...
Mujur cerita dia boleh tahan juga. Ada juga pengajarannya. Tidaklah sekadar pergi tengok semata-mata.
Terima kasih buat cik abang kerana sanggup memenuhi dan melayani permintaan si anak dan mamanya juga. kuikuikui....

No comments:

Post a Comment

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^