Thursday, April 21, 2011

Kempunan punya pasal...

Tajuk yang memang tak boleh nak kompromi untuk tempoh 9 bulan ni.
Jadi jangan ada yang rasa naik meluat yer, asyik nak bercerita pasal kempunan dan makanan saja.
kekekeke...
Semalam, teringin nak makan set KFC@a.m.- cheezy egg bun.
Selama ni dok tengok iklan kat tv jer.
Dalam hati, terlintas--kalau makan burger ni, at least bolehlah kurangkan sikit kempunan nak makan set breakfast McD (kat Perlis tak ada McD yer. Sadis kan? Dah ler my fav)
Punyalah teringin, mujurlah kat Perlis ni ada KFC.
Tapi nak kena pergi beli awal pagi.
Jadinya semalam, bertekadlah nak keluar waktu minum pagi pukul 10 tu ke KFC.
Tapi memang kecewa sangat sebab pergi dah lewat 10.30 pagi.
Menu untuk breakfast dah bertukar menu biasa.
Muka dah jadi kelat dan cemberut sangat-sangat.
Tak tau nak kata macam mana gara-gara tak survey terlebih dahulu waktu hidangannya.
Inilah menunya...

Gambar Ana ambil dari SINI

Pagi ni, 9.30pagi Ana dah terpacak depan kaunter KFC. Alhamdulillah, mungkin Allah nak beri rezeki kat Ana. I'm the last person get that set. Pelanggan yang datang kemudian dari Ana yang nak order menu yang sama dah tak dapat nak beli sebab dah habis.
Perggghh...syukur sangat.
Dan sekarang Ana tengah menikmati sebiji cheezy egg bun bersama secawan nescafe (ok..ok..Ana tau air ni tak baik sebab ada kafein). Ohh, Ana sebenarnya bukan penggemar nescafe sebab boleh sebabkan sakit kepala. Tapi minuman ini Ana hanya kempunan time mengandung saja. Selepas tu dah tak pandang dah. Tapi Ana tak lah minum selalu. Sebulan mungkin dalam sekali atau dua kali jer.

Errkk.. Alhamdulillah. Sedap gilaa.... kahkahkah..
Tak sabar nak tunggu Sabtu ni, nak balik rumah mama (Penang), nak pekena breakfast McD pula.

8 comments:

  1. satu perlis takde mekdi?
    meh le pindah KL, sume ada...huhuhuuuu

    ReplyDelete
  2. cess..kalo lah boleh..mmg dh lama pindah.Takyah p sampai Kl lah, Penang pun jadi tp nak buat camno ekk...dh di sini tempat mcari rezeki..huhu..

    ReplyDelete
  3. Tingin gak nk menerai..huhu..tp tak berkesempatan lagi.

    ReplyDelete
  4. kt sana xde MD ek ana????
    Apa pn dh lepaskan kempunan tu..alhamdulillah...

    ReplyDelete
  5. x pernah try lagi. wajib dicuba nie :)

    ReplyDelete
  6. sedapnyaaa oiii!! 1hb lima nk nk ajak spekcybee terpacak kt mekdi colombo.walopon xdak jual yg centu,buleh mkn burger pun dah okey dah.

    ana,perlis kt mana?tp perlis,lauk suma sedap2,murah2...mabelesssss!!!

    ReplyDelete
  7. ALoNa CintamaniszLite,
    Terailah kak. Jgn x terai.Tapi cam kata cik abang ana, langsung x kenyang!kekeke...

    NzA,
    Mmg xdak lah kak. Nasib badan..huhu..

    IDAZS,
    Silakan...

    kakyong,
    Sedap memanglah sedap. Padahal buat sendri kat umah pun boleh. Sajalah tu, hawa nafsu...

    aNiS tHe BumbleBee
    Hoh! Sana McD halal ke? Oklah lah kalo camtu, x mcm kat Thai--jgn berangan mkn dlm McD @ KFC yer!
    Cek area Arau. Alahamdulillah, kena pandai cari kedai. Ada gak yg x sedap.kekeke...

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^