Tuesday, April 12, 2011

Mari berbasikal (edisi bersama abah)

Seperti yang dijanjikan dalam entri INI, nak tunjuk basikal baru si Aqilah dan si Iwani. Ada ala-ala basikal mountain bike lah juga. Itu pun, cik abang beli tak beritahu pun kat Ana. Lebih kurang surprise lah juga. Dia pergi beli dengan budak-budak tu jer selepas waktu sekolah. Tapi Ana tahulah dia memang berjanji dengan anak-anak nak belikan yang baru sesuai dengan saiz dan umur mereka. Lagipun, sebelum ni budak-budak tu asyik bergaduh sahaja berebutkan basikal yang satu.
Walaupun ada 2 seat, yang jadi penunggang bukan mau bawa penumpang kat belakang sebab berat, tak larat nak kayuh. kekeke...


 
Aksi si Aqilah dengan basikal warna putih. Boleh naik seorang sahaja sebab tak ada seat belakang.

 

Aksi si Iwani, bawa basikal berwarna biru sambil makan biskut.
Tak menyempat dah.


Adlin tak dak basikal baru ke? Tak ada. Adlin main basikal kakak yang lama. Kesian... inilah nasib bila jadi anak yang ke-2, 3, 4 dan seterusnya, asyik kena pakai yang kakak/abang sulung punya saja. Yang memang sohih akan jadi warisan turun temurun. Lagipun basikal Aqilah yang warna pink tu, masih cantik dan elok sebab jarang guna.
Tomei tak saya naik basikal kaler pink, sama dengan kaler baju?
kekekek...


Kaki Adlin masih belum sampai mencecah pedal basikal dan juga tak reti nak kayuh lagi,
jadi abah kena tolak.
Kakak-kakak steady jer kayuh basikal, macam dah teror sangatlah tu.

Eh..eh..abah jadi penumpang? Ini sudah terbalik kot. 
Baik-baik abah, nanti kang tertungging ke belakang.

Adlin dah tak nak duduk di hadapan.
Tukar posisi di belakang pula.

Ok, masa untuk masuk ke dalam rumah.
Dah penat abah menolak basikal main, masa untuk bersihkan diri yer.

No comments:

Post a Comment

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^