Tuesday, April 05, 2011

Rekod Diri ketika hamil sehingga Minggu ke-22

Berat normal - 39kg

Berat semasa pembedahan membuang ketumbuhan - 37kg  *hohoh..susah hati punya pasal turun 2 kg

28 Disember 2011
Berat di awal trimester kehamilan - 39.5kg  *Naik balik...oklah tu
HB- 11.7  *Hehe...oraitlah tu. 

5 Januari 2011
HB- 11.2   * turun sikit. Huhuhu...
Jenis darah- B positive
14 Februari 2011
Tarikh due pada scan tak sama dengan EDD.  * huhuhu...
Doc bagi tarikh baru base kepada scan pertama - REDD- 31 Julai 2011
Dose vitamin ditambah - 2 Iberet + 1 Obimin setiap hari.
Dose Anmum juga bertambah - 2 gelas pagi + 2 gelas malam sebelum tidur - atas arahan cik abang  *huhu..


1 Mac 2011
Buat MGTT (minum air gula) - Doc kata result ok - Fasting blood sugar 4.2 mmol/l
                                                                               2 hour PPBS 5.9 mmol/l
Berat - 43.5kg
HB- 10.5   *huhu..turun lagi. Kenapa ni?
9 Mac 2011
Refer MO

29 Mac 2011
Berat 46 kg  *hohoho..cepat berat badan naik. Naik dekat 3kg dalam tempoh tak sampai sebulan.
HB - 10.5..masih kekal bawah paras normal

Masalah ketika kehamilan trimester ke-2:
Timbul urat biru kehijauan di peha kiri dan kanan

Ana dapat jawapan ni daripada soal jawab bersama Dr Faridah (Malay Confinement) dalam laman web BaiBoo.com

Salam, Doc...Saya mengandung untuk anak ke3. Usia kandungan sekarang 6 bulan. Baru-baru ini saya berasa seperti ketulan di belakang betis, paha dan kawasan berdekatan ari-ari dan punggung. Bila dilihat di cermin rupa-rupanya ia adalah urat biru kehijauan . Bila disentuh, ia agak sakit walau tidak keterlaluan. Masih boleh bertahan. Bagaimana cara nak menghilangkannya?Kenapa ia berlaku? Apa puncanya? Mak saya cakap kerana masuk angin. Betulkah?  
**Urat kembang yg berwarna biru-kehijauan ini disebut varicose veins. Ia berlaku tatkala hamil dan boleh berlaku di mana shj bahagian badan, lebih-lebih lagi di betis, peha, perut, ari-ari, punggung, etc. Memang ia sakit sedikit apabila disentuh. Ia bukan sebab masuk angin seperti disangkakan. Ia memnandakan bahagian berkenaan memerima tekanan darah yg amat tinggi dan urt darah terpaksa melingkar mencari jalan keluar supaya darah boleh terus mengalir. Utk mengatasi masalah ini, jangan duduk dgn melipatkan kaki (lunjurkan kaki) dan jangan berdiri lama-lama atau berjalan jauh atau angkat barang berat. Sebahagian urat akan hilang sebail bersalin tetapi ada juga yg kekal. 

Ada tak apa-apa petua untuk hilangkan kesan urat yg timbul di kaki spt di betis & belakang lutut?
**Urat timbul menjadi apabila kita berdiri atau duduk bagi tempoh lama tanpa mengalih kedudukan. Urat boleh timbul di mana sahaja di bahagian badan. Urat timbul semasa mengandung lazimnya akan hilang dgn sendiri selepas bersalin setelah berat badan turun. Tapi bukan semua urat akan hilang - ada yang kekal dan ada yang timbulkan rasa sakit kelak. Kalau anda masih muda, lazimnya urat timbul tidak sakit. Tapi bila usia meningkat, urat timbul lama-kelamaan akan sukarkan pergerakan (sebab sakit). Jadi, untuk mengurangkan urat timbul, amalkan naikkan kaki tinggi sedikit drp aras punggung dan luruskan kaki ketika duduk. Elakkan duduk bersila atau bersimpuh bagi tempoh lama tanpa ubah kedudukan. Elakkan memakai setokin ketat pada urat timbul - sarungkan stokin atas sedikit drp urat timbul. Luruskan kaki dan urut kedua-dua kaki dan di sekeliling urat timbul apabila berpeluang - contohnya selepas sembahyang sebelum anda tanggalkan telekung. Di lain masa, anda juga boleh urut sedikit minyak angin (sebarang jenama) sekali-sekala untuk membantu darah mengalir dgn lancar dan urat timbul di kaki akan hilang dgn sendirinya. Anda juga boleh jumpa doktor dan minta ia rekomen stokin elastik khas bagi membantu menyokong pengaliran darah di bahagian urat timbul. Pengambilan vitamin C juga membantu mengatasi masalah urat timbul - makan/minum banyak buah sitrus (oren, kasturi, lemon) dan mangga. Jangan biarkan urat timbul tanpa membuat sesuatu untuk baikinya. Selamat mencuba.

Selepas ni kena tambah pengambilan vitamin C pula. Tak apalah demi kesihatan diri dan anak dalam kandungan. Makan banyak pun, bukan menjamin cukup semua keperluan nutrien dalam tubuh badan. Kena tambah dengan supplement juga.

 Selingan sikit yer. Gambar Ana yang dah semakin gemuks - pipi yang dah mula chubby dan bontot pun dah makin melebar. kekeke..

 
 Lambaian si kecil untuk abah  (cameraman)

Bersama anak-anak untuk sesi pendidikan mengenal alam dan aktiviti beriadah


 Sayang Adlin...muakss

  
Khas untuk semua...

5 comments:

  1. tiada saat yg trindah selain dikeliling org2 trsyg.....

    ReplyDelete
  2. mana ada gemuk tu kak ana. kak ana ni kecik jgk ek mcm nadiah. berat nadiah sblm mengandung pun 39 kg tapi masa mengandung berat nadiah tak byk naik. tak sampai 51 kg pun berat sblm bersalin ari tu ;)

    ReplyDelete
  3. eh normallah tu kalo mengandung semua la kembang..

    tp tang urat hijo tu kakyong belum penah kena...

    ReplyDelete
  4. NZA,
    Mmg, rasa bahagia kalo tengok balik gmbr2 ni semua

    Nadiah Sidek,
    Haha, gemuks lah tu, sbb buatan org.kekeke...

    kakyong,
    Ana x kisah sgt pun psl kembang2 ni, sbb alhamdullillah setakat ni pas bsalin jer leh balik ke asal. Urat ijau ni start naik masa peknen kat adlin. Ntah le,xtau apa sbbnya.
    Tq kakyong tlg klik HB

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^