Tuesday, May 24, 2011

Ana redha... semua ini rezeki..

Hari Khamis lepas pergi check up kat klinik desa- rutin biasa.
Kandungan dah masuk 7 bulan a.k.a. 28 minggu
Dapat keputusan HB-- macam tu jugak 10.5
Redha jer lah.
Berat naik lagi sekilo--jadi 48kg...dah nampak naik sekilo demi sekilo setiap bulan..eh..rasanya cam baru jer check up 2 minggu sudah...hehehe..kantoi..mujur misi tak suspect kencing manis
Kalau tak, sohih amik darah lagi untuk check kencing manis lagi.
Alah, memang tak ada pun- Riaknya!
Pastu misi perasan dalam gambar scan tulis XY
"Eh..eh..suhana.. rasa saya XY ni simbol untuk jantina anak pompuan"--- misi no. 1
"Bukan anak akak yg tiga orang tu semua perempuan ke?"--- misi no. 2
"Ooo..ya ka? Emm, tak perasan pula doktor ada letak simbol dalam gambar scan tu. Tak apalah, misi. Asalkan yang keluar ini sihat walafiat, pun dah syukur rahmat."--- Ayat penyedap hati. 
Bwuekkk!!! Lakonan semata-mata. Padahal dalam hati ntah apa-apa dah rasa. 
Eh, tapi takkan tak gembira pula? Takkan nak sedih kot? Tak patutlah Ana ni. 
Anak tu kan rezeki dari Allah.
Redha sajalah Ana...

Malam tu, saja buat-buat tanya kat cik abang
"XY tu genetik lelaki ke perempuan?"
"Kalau tak silap kalau yang campur tu perempuan. Kalau yang ada simbol yang sama tu lelaki. Kenapa?"
"Hmmm...nampaknya kali ni, anak perempuan jugak kot."
Terus gedebush..tidur, tutup muka dengan bantal.
Adoih laaa.. teruklah Ana ni. Kenapalah Ana ada perasaan dan harapan camni?
Sangat-sangat tidak sessuaii..okay!

Minggu ni, Isnin amik off petang--kena pi scan kat klinik kesihatan pulak + amik FBC
Alhamdulillah, bila nengok Hb..dah naik cantik--11--elok-elok jer
Masa jumpa doktor untuk scan pun, tak rasa susah hati dah.

Oh, yer. Malam sebelumnya..dah tetapkan dalam hati...no more hope.
Redha..redha..redha..
Anak perempuan ramai pun ok jugak. 
Boleh tolong Ana bila tua nanti.

Pasni, dah tak mau mengandung dah kot walaupun, kalau diikut-ikutkan masih mampu tambah lagi seorang--nak bagi cukup kuota 5 orang. hehehe...
Tapi bila memikirkan, keadaan mengandung kali ni dengan yang sebelum-sebelum ni...rasanya cam --- Ana tak larat dah le. Boleh tak kita stop setakat 4 orang jer, abang? Tapi dalam hati, suka anak ramai.
Poyolah Ana ni! Ujian yang sedikit pun tak mampu nak lalui..
Orang lain anak 7,8,9, 10..tak mengeluh pun.

Ok, berbalik kepada result scan petang tadi.
Alhamdulillah...
Jantung - ok
Kaki dan tangan- ok 
(harap kejadian INI yang berlaku pada Adlin masa baby tak berulang lagi)
Tulang belakang - ok
Mulut - ok-- takdak sumbing
Air ketuban - ok 
(ohh..semua anak-anak Ana ada masalah kurang air ketuban-- memang kena beranak awal)
Uri -- tak berapa ok..
huhuhhu...penghujung uri agak hampir dengan pintu.
Doktor suruh datang scan lagi 2 minggu.
Ayoyo...susah hati baliklah lepas ni.
Jantina-- Ana dah redha.
Kita tunggu lah time Ana beranak nanti.
Malas dah nak fikir benda-benda remeh.
Alahai...Ana lupa plak nak tanya berat baby.
Tapi masa Ana tanya saiz pembesaran baby, doktor cakap ok dan mengikuti usia kandungan---fuhh..lega.
No more small baby ya. Mama dah telan banyak vitamin ni.
huhuhu..
Selesai scan  dekat pukul 5 petang.
Ramai ibu mengandung yang datang untuk scan petang ni. Memang jenuh menunggu.
Amik Aqilah dan Iwani, terus pi shoping.
Beli susu Anmum-- stok dah habis.
Gigi plak asyik berdarah bila time gosok. Sohih, tak cukup kalsium.
Tulang punggung dah mula sakit dan sengal.
Tak boleh silap duduk atau tidur sikit, mesti sakit tak hengat.

Sudah..sudah.
Membebel pulak.
Hahaha..
Mood- campur-campur yer!
Sila jangan muntah.

7 comments:

  1. apa nk sedih2 ana, apa yg Allah bagi kita terima dgn syukur...tgk akak ni berderet 4 org pompuan..masa lahirkan farouk mmg xsangka dpt baby boy cz dh xmengharap ttp mmg amat2 gembira dgn kurniaan Allah...terima seadanya krn ada hikmah disebalik kejadian.....

    ReplyDelete
  2. Haha..betul kata akak tu. Takdak menda yg nk disedihkan sgt pun. Itu bernasib baik, dpt jgk anak. Yg takdak langsung tu, lagi sedih kan? Biasalah kak, mgkn sbb mood org mngandung sama kot cam mood org nak mai period jer.Moody sentiasa. Tak boleh silap sikit, mesti nak sentap.Sebenarnya dah redha, tapi naluri jahat ni suka sgt dok harap yg bukan2. Harap2 slps ni, hati dan jiwa dah ok. Bila dah luah tu, mmg rasa lega.

    ReplyDelete
  3. Jangan sdeih-sedih, asalkan sihat walafiat itu sudah buat hati seorang ibu gembira. insyaallah lain kali ada rezeki dapat anak lelaki pula yea :)

    take care ana:)

    ReplyDelete
  4. Iya lah akak. Ana ni mcm x mo bersyukur plak. Entri emo terlebih jer...
    Terima kasih byk2

    ReplyDelete
  5. ana ...jgn sedey2 ya....kita geng...let my case..aku dah tk mo mengharap baby boy lagi jika ditakdirkan aku preggy no.5(kalau kita sgt2 mengharap dan kita tk dpt kita mmg sedey-bisikan syaitan pun menyumbang jugak.......so, aku faham perasaan hang ana...) jika ditakdirkan aku preggy no.5...sbb ada 2 girl(zimah n baby wnaie) yg mcm muka abah pun dah cukup rahamt sejukkk.............

    ReplyDelete
  6. Ana,

    best tau anak ppuan ramai...anak lelaki lagi susah nak dijaga berbanding anak ppuan tawww

    ReplyDelete
  7. mama4hz dan kak Ina Hashim,
    Betul. Sebenarnya, masa lahir kat Adlin lagi, Ana dah redha. Tp mcm kata Intan--hasutan syaitan.Pastu plus dgn kata2 org sekeliling. Tiga2 pompuan? Ckp dlm nada buat2 terkejut. Tidakkah itu menyakitkan hati.Nak2 pula kalo org2 terdekat kita bsalin dpt anak yg jantina kita harapkan sgt, pastu war2kan dlm nada bangga.Lagilah terasa hati.Kalo x kawin, org tanya, dah kawin xdak anak, org tanya, dah ada anak sorang, org tanya bila nak tambah. Ada anak pompuan sj,pun org tanya. Ada anak laki sj pun, org tanya. Hati manusia x pernah puas.Apa2 pun, untuk kes ana ni dh nekad, laki ke pompuan ke, yg penting kena sihat sblm dan slps lahir.

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^