Monday, May 30, 2011

Mandi-manda di Feringghi

Masa kejadian-- Cuti Hari Pekerja
Lokasi-- Feringhi, Pulau Pinang
 Ana, Cik Abang dan anak-anak ikut si Honey (adik ana) pergi Feringhi.
Katanya, kawan dia buat photoshoot untuk pre-wedding
Dasyatkan orang-orang muda sekarang.
Tangkap gambar bukan sekadar semasa hari bertunang, akad nikah dan kenduri sahaja.
Sekarang dah ada plak photoshoot untuk prewedding.
Yang penting sediakan fulus sahaja. hehehe...

Alang-alang dah dok tepi pantai.
Memang tak sah main air. Kekononnn...
Niat asalnya memang begitulah.
Tetapi dah nama pun budak-budak yang jakun jarang jumpa air laut. muhaha...
Mula-mula, soalan anak-anak begini:
"Mama, boleh tak nak main air?"
"Ok, kena lipat seluar sikit sebab nanti basah seluar."
(Padahal, memang dah siap-siap bawa baju salin, cuma tak bagitau jer sebab tak mahu anak-anak mengharap sangat)
Pastu...takdan 5 minit...
"Mama, boleh tak nak mandi. Nak kena tukar baju tak?"
Alamak! Tak bawa pula baju mandi mereka.
"Takpalah, mandi jer pakai seluar jeans tu. Sat lagi tukar."
Apa lagi, melompat riang ria budak-budak tu.
Si Adlin sampai tak sempat nak bukak pamper. hahaha..
Cik Abang ada juga candid gambar anak-anak mandi pakai seluar jeans. kekeke..

Budak riang ria..

Suka tengok gambar ni. Nampak Iwani seronok sangat.

Si Anis yang begitu suka dan riang ria dengan air laut.

Aqilah dan Iwani yang kegembiraan

Budak kecik yang sangat-sangat berani.
Beberapa kali dipanggil dan diheret datang dekat sebab dia semakin menjauh dari pantai.

Hah!
Tertelan air lautlah tu..kekeke..

Empat orang anak dara pingitan..

Baru lepas kena heret. hehehe...

Alamak! Nampak perut boroilah, sayang.

Sebelum tukar baju, sempat lagi main pasir pantai.



Last but not least... Ana dan Si Honey
Gambar terpaksa di crop sebab nampak kakiku yang putih gebu itew.
Aurat...
Kang tak pasal-pasal kena sound lagi dengan cik abang.
Sempat Ana perasan dan terus tersenyum kepada si tukang amik gambar.
Gambar terkini, perut 7 bulan.
Nampak tak perut Ana yang macam muncit itu?
hehehe...





p/s: Hari ni besday Si Honey.
Moga panjang umur, murah rezeki dan cepat dapat jodoh
hehehe...

7 comments:

  1. wah, still slim lg wpon dh 7 bulan. maintain je body Ana :)

    ReplyDelete
  2. salam. bestnya.... tak perlu melancung ke luar negara, di sini pun banyak tempat menarik....

    ReplyDelete
  3. yatie chomeyl,
    Haha, itu sebab duduk. Sebab tu x nmpk isi dan lemak-lemak yang tersembunyi itu.

    Hajah Nafisah Haji Md. Noor,
    Hehe..xtau lah tahun bila boleh p luar negara. Tak mampulah kot sbb byk kekangan. Anak2 yg masih kecil, faktor kewangan lg + kerja yg susuah nak dpt cuti. Dalam Malaysia pun belum habis melawat lagi.hehehe..

    ReplyDelete
  4. seronoknya kanak2 rebina mandi manda..

    muka aqilah mirip adik ana la....

    keciknya perut ana...comel jerrr...

    ReplyDelete
  5. kita dulu kawen terus.. tak dan nak ber pre-wedding.. tapi kak na nanti kita buat post wedding pulak.. bergambar dgn anak2 skali.. huhu

    ReplyDelete
  6. Mohamadazhan hjDesa
    Akak kalo p mmg x le plan2,kalo plan mmg x jadi nyer..kalo nak,trus p jer

    kak NZA,
    Haha..yerlah tu kak
    Kecik ada crita sbnrnya

    mamaleen,
    Ohh..sonok gak kan buat post wedding...tp slalu time raya kan dok buat dah..post wedding lah tu merangkap gmbr ray sekali

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^