Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU

Lamanya tak ber'update' blog Ana ni. Lama juga tak blogwalk. Rindu sangat. Hari Jumaat lepas, Ana memang plan nak masukkan entri. Sekali tak boleh log in sebab blogger ada problem. Terus tak ada mood nak masukkan cerita. Ces, alasan! Padahal, malas. kehkehkeh...
Tapi pagi ni, cerita ni kena keluar juga. Mesti dah ada yang asyik tersenyum simpul dari semalam. Hati berbunga-bunga. Rasa bahagia. Yer lah macam Ana rasa masa sambutan Hari Ibu hari tu. Walau pun, sepatutnya dan ramai yang berkata, tiada hari tertentu untuk sambutan-sambutan sebegitu sebab hari-hari adalah hari ibu. Tapi apabila tiba hari yang telah kerajaan isytiharkan sebagai hari untuk meraikannya, pasti terselit juga rasa bahagia itu.
Khas untuk cikgu-cikgu Ana yang dikasihi, saudara-mara, rakan-rakan dan tak lupa juga rakan-rakan blog yang bergelar 'CIKGU'--- SELAMAT HARI GURU! Semoga Allah melimpahi rahmat dan keberkatan kepada semua di atas jasa anda mendidik anak bangsa sehingga menjadi seorang yang berjaya.
*
*
*
*
*
Tak lupa juga untuk insan yang telah berada di sisi selama hampir 10 tahun... iaitu cik abang Ana. hehehe...
Istimewa buat suami, yang bertugas sebagai seorang pendidik--- SELAMAT HARI GURU, abang. Semoga terus cekal dan tabah mendidik anak bangsa meskipun semakin banyak cabaran, onak, duri dan rintangan yang mendatang.
* Maaf yer, ini gambar lama. Sebab tu, tema hari gurunya yang dah lepas.
Itupun Ana cilok dari koleksi cik abang. hehehe...

We love you, cikgu abah!
--Nur Aqilah, Nur Iwani dan Nur Adlin--
dan
Ana pun...hehehe..

2 comments:

  1. Selamat Hari Guru utk cik abe ana

    ReplyDelete
  2. NZA,
    Same goes to you kak.Semoga Allah memberkati semua usaha kak NZA.

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^