Monday, May 09, 2011

Tengah tension!!!

Memang tak patut tau nak luah kat sini. Macam pentingkan diri sendiri. Padahal bukan Ana sorang jer yang lalui. Tapi nak letak jugak supaya akan sentiasa ingat. Ana tak suka...tak suka...minum ayaq gula. Masuk kali ni, dah 2 kali minum. Tension la. Hari tu minum masa perut 5 bulan. Ni minum lagi sebab dah masuk 7 bulan. Entah kenapa, kali ni rasa cam gemuruh sangat dan tak seronok. 
Mula-mula sebelum minum kena amik darah. Sekali kena Misi (nurse) yg tak reti cari urat. Dah tak nampak urat tak usaha plak nak guna tangan yang satu lagi. Tak pasal-pasal kena cucuk sekali lagi, di sebelah tangan kiri plak.Sakit woooo... sebab darah dah kuar sekerat tapi tak cukup kuantiti. Dia dok kata urat ana yang tenggelam dan darah tak mau keluar, cam Ana ni gemukss sangat. Padahal, sebelum-sebelum ni tak pernah pula misi-misi lain cakap urat ana ada problem. Pastu minum ayaq gula. Dalam ana dok terseksa nak bagi perabih minum ayaq yang sangat pekat likat itu, dia boleh pula dok bagi penerangan time tu. Weii... sabaq lah sat. Aku dok tengah telan ni. Kang termuntah balik nanti, tak pasal-pasal kena minum balik.
Pastu bawak darah tu pi makmal. Sekali lagi Hb Ana tetap di paras 10.5. Hampa  sungguh sebab dah melabur beli vitamin mahal + dengan Iberet. Rasa nak nangis pun ada jugak. Tak tau nak telan apa dah. Ni selepas 2 jam, kena pi amik darah lagi. Sohih dah kena amik darah untuk isi dalam 2 tabung uji kecik tu. Satu untuk nak tengok kandungan gula dalam darah dan satu lagi untuk buat full blood count
Huaaa....mood dah down lah. Nak tido japlah. Tak mau buat apa-apa. Dah ler keja syif petang hari ni. 
Huhuhu....

4 comments:

  1. sabar ek kak ana. kak ana mkn bayam tak? bayam boleh naikkan Hb, insyaAllah

    ReplyDelete
  2. gitulh mASALAH IBU2 mengandung..masa pregnen angah akak kena camtu gak cz disuspek pengidap kencing manis...hu.hu.hu...mmg tension giler minum air gula yg likat + pekat tu....

    ReplyDelete
  3. mmg paling tak suka minum air gula.. time dina dlu p check up kat mahsuri.. sbbnya tak mau minum air gula la.. sbb tau kalau check kat klinik kerajaan kompom kena minum air gula.. berat naik salah, berat turun pn salah..

    ReplyDelete
  4. Nadiah Sidek
    K.ana x ada masalah dgn sayur2 ni.Semua telan. Cuma antara nak bli dgn x bli jer.hehehe...

    NZA
    Haha..org kencing manis lagi truk.Asyik kena amik darah jer

    warhans
    Hahaha..pi swasta mmg bolehlah nak ngelat. Tapi kena sediakan fulus yer.Ana ni, kalo x krn ada sejarah bsalin prem, mmg dah lama p swasta.

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^