Tuesday, June 28, 2011

Bagaimana boleh detect Aqilah Disleksia?


Aqilah mula didedahkan dengan pendidikan semasa usianya 4 tahun (Pengusaha nurseri Aqilah sendiri yang ajar). Apabila umurnya meningkat 5 tahun, Ana dan cik abang masukkan dia ke Taski bersama-sama Iwani. Tetapi apa yang kami dapati, tahap penerimaan dia lemah dan boleh dikatakan sama taraf dengan Iwani. Bila usianya menginjak 6 tahun dan Iwani 5 tahun, nampak Iwani lebih berkebolehan. Ada juga beberapa kali, penyelia taski aka cikgu mereka memberitahu, Aqilah mudah lupa apa yang diajar apabila berpindah ke pelajaran baru. Misalnya, hari Isnin belajar Iqra muka surat 1, hari selasa belajar iqra muka surat 2--- bila ditanya kembali pada muka surat satu, dia tak dapat menjawab seolah-olah tak kenal huruf tersebut. Tapi kalau bab2 hafazan, dia ok. Sebenarnya Ana dah risau lama tentang perkembangan pembelajaran Aqilah. 

Ana dah banyak kali suarakan kerisauan ini kepada cik abang. Tapi kata cik abang, itu perkara biasa sebab Aqilah masih kanak-kanak. Alasan lain, Aqilah adalah anak pramatang. Ana mungkin bukan seorang ibu yang baik. Ana hanya boleh sediakan peralatan untuk mengajar tetapi sangat tidak sabar dan mudah marah apabila mengajar anak-anak. Terutamanya Aqilah. Kenapa? Dia nampak seperti berangan-angan, fikiran melayang. Bila diajar. Dia hafal. Bila ditanya kembali, dia akan merenung muka ana seolah-olah tak tahu apa-apa. Matanya…. Pandangannya.. renungannya serta memek muka dia… kadang-kadang buat rasa Ana rasa geram tapi dalam masa yang sama-- kasihan. 
Ketika itu, Ana rasa seperti dia banyak bermain-main. Ya Allah, Ana salahkan dia tak boleh baca sebab main-main. Ana ibu yang teruk. Sebab ana masih tak sedar itu adalah kekurangan dia. Dia nampak seperti telah mencuba tapi fikirannya tak dapat mentafsir apa yang dilihatnya/ dibaca. Ana stop mengajar dia sebab ana tak mahu terus memarahi dia. Ana sediakan buku tulisan kotak-kotak dan buku yang bergaris 3. Ana biarkan Aqilah dan Iwani menulis sendiri huruf-huruf ABC di dalamnya. 

Sampailah 2 minggu lepas, apabila cik abang sendiri melihat corak tulisan tangan Aqilah. Dan dia kata, Aqilah bukan tidak pandai tetapi Aqilah adalah kanak-kanak Disleksia. Kami mula cari simptom-simptom anak disleksia dia Internet. Rupa-rupanya, simptom-simptom itu dah ada sejak Aqilah kecil lagi (yang kami sangkakan adalah normal bagi perkembangan tumbesaran seorang anak pramatang seperti Aqilah). Cuma untuk setiap perkara tersebut mungkin dapat diatasi sebab dia melalui proses latihan yang berulang-ulang kali. Misalannya, pakai kasut terbalik (kiri-kanan) dan kayuh basikal sekerat pusingan. Simptom yang masih ada pula adalah seperti bila dipanggil, lambat menyahut—dia seperti tidak mendengar atau sedang berkhayal; bila diarahkan buat beberapa perkara dalam masa yang sama—dia tak dapat lakukan atau dia hanya memandang ke arah ana seperti tidak faham; dia akan bertanya tentang sesuatu berulang-ulang kali (mungkin soalan dia akan berbeza untuk perkara yang sama). Yang paling ketara adalah corak penulisan tangan dia. Nanti Ana cuba ambil contoh gambar cara dia menulis.

Langkah pertama, kami dapatkan confirmation dari pakar perubatan, pergi klinik kesihatan, buat pemeriksaan mata, buat temujanji dengan pakar paediatrik dan dapatkan surat sokongan daripada doctor. Buat kad OKU di Jabatan Kebajikan Masyarakat (sebulan baru siap—tak tahulah kenapa perlu tempoh selama itu?).

Selepas ni kami akan bawa Aqilah untuk buat diagnosis tahap disleksia dia. Ujian ni biasanya dibuat oleh pakar Disleksia sendiri. So, setakat ni tak pasti nak hantar di KL atau Penang. Tapi, Insyaallah, Ana dan suami akan pergi yang terdekat dahulu. Nak tengok bagaimana keadaannya. Apa-apa perkembangan akan diberitahu nanti.
Berikut adalah simptom-simptom Disleksia yang kita semua boleh analisa untuk anak-anak kita. Maaflah yer, Ana copy paste dari laman web Persatuan Dyslexia Malaysia jer. Rasanya ia lebih terperinci.
  1. Difficulty with fastening coat, shoelace and tie.
  1. Shoes often on wrong feet, seeming unaware that they are uncomfortable
  1. Clumsy / Accident prone behavior.
  1. Difficulty hopping or skipping.
  1. Difficulty throwing, catching, or kicking a ball.
  1. Difficulty understanding propositions connected to direction ( e.g : in/out, up/down, under/over, forward/backwards )
  1. Difficulty in carrying out more than one instruction at a time.
  1. Possible history of speech development.
  1. Excessive spoonerism ( e.g : ‘par car’ for ‘carpark’, ‘bag and acorn’ for ‘egg and bacon’ )
  1. Difficulty in pronouncing multi-syllable words (e.g : ‘hopsital’ for ‘hospital’ )
  1. Difficulty in finding the name for an object.
  1. Confusion between left and right.
  1. Undermined hand preference.
  1. Poor handwriting with many reversals and badly formed letters.
  1. Inability to copy accurately, particularly from blackboard.
  1. Difficulty remembering what day it is, own birthday, address and phone number.
  1. Difficulty learning to tell time.
  1. Unsure about "yesterday" or "tomorrow".
  1. Difficulty remembering anything in sequential order (e.g. : day of the week, month of the year and multiplication tables).
  1. Poor reading progression on both look and say and phonic method.
  1. Excessive tiredness due to the amount of concentration and effort required often for very little result.
Apa yang penting--- Kenalpasti tingkahlaku anak-anak dari awal. Memang ia tiada ubat, tapi boleh diberi latihan yang berulangkali bagi memastikan dia boleh buat seperti anak-anak lain.

Paling utama-- doa ibu. Ya, doa Ana sebagai ibu untuk Aqilah. Ana yakin, Aqilah boleh lakukan. Insyaallah...semoga Allah menunjukkan jalan untuk Ana membimbing Aqilah.

10 comments:

  1. Salam ana,
    ermm..kalau free,boleh tak kita communicate privately? YM ke,email ke?

    Ada benda anis nk tanya.Sebab,kalau tgk list kt atas,Uyin ada byk ciri2 camtu.hmmmm..

    ReplyDelete
  2. Kita borak dlm FB. Ana dah add nama Anis.

    ReplyDelete
  3. good luck Ana. semoga usaha Ana sentiasa di bantu oleh Allah

    ReplyDelete
  4. syukur cz ana dpt detect dr awal..inilah masalah kanak2 yg pihak sk perlu kesan..bilangan DL mkn brtmbah skrg n ini amat membimbangkan..cikgu2 tlh dipanggil trmasuk akak utk jalani kursus mengenal pasti n mengatasi masalah..ttp ygf malangnya bila dikenal pasti anak2 DL ni, ibu bapa xterima hakikat n masih berkeras utk tidak rujuk pakar....cikgu2 tiada kuasa utk memaksa cz semua keputusan ditangan ibu bapa...

    yg pasti bila dpt dikesan dr awal, kanak2 ni akan berjaya mcm kanak normal lain cz IQ mrk ttp sama malah ada yg lebih sama cuma mrk perlu lalui P&P berbeza sedikit...lebih ke arah latih tubi.

    Gud luck utk ana n jgn cpt jemu utk terus beri yg trbaik utk aqilah krn insyaAllah, byk pengidap DL menjadi org2 trnama n brjaya...

    ReplyDelete
  5. Ana, apa2 pun ana bersabar lah. kuat kn semangat demi anak2 ana. Liza tau ana boleh lakukan. Stop saying that you r a bad mom. no body wants that. liza pun jenis yg tak sabar gak nk ngajar anak baca buku. klu liza ajar Adam baca sure dia nangis punyalah. sampai tahap budak tu dah fobia nk baca buku ngan liza. but, last month, adam stay kat kg ngan mak liza, suprisingly, bila dia balik sini, dia dah boleh baca. bukan kita nie tak baik, but we did not knw the right technic. kite nak apa yg kite ajar, depa paham. because, for us, that is easy. ok ana, take care.

    ReplyDelete
  6. org dtg jengok kak ana & famili...
    kak ana... semua ibu nak anak yg pandai & cerdik... harap kak ana byk2 bersabar ya... org doakan semoga kak ana tabah menghadapai cabaran dan dugaan dalam menangani karenah anak2.

    ReplyDelete
  7. yatie chomeyl
    Thank you, sis!

    kak NZA
    A'ah, kat sini mak bapa mmg kena main peranan. X boleh serah bulat2 kat cikgu sbb cikgu xkan terlayan nak pergi ajar seorg demi seorg. Aqilah perlu diberi latihan yg lebih. Alhamdulillah, yg lain2 tu, dia normal sprt budak2 lain. Hanya pembacaan dan penulisan dia shj.

    leeja
    Thank you my fren. yup, betul. 'My expecting' mgkn terlalu tinggi. Kena cari teknik yg betul utk ajar dia nnti.

    10
    Lama x dgr crita Aten. Sihat ke? Thank you, my dear sis!

    ReplyDelete
  8. salam Ana,
    akak nak tanya sikit berkenaan dengan pemeriksaan doctor? boleh akak tahu hospital mana yang ada doctor pakar disleksia ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, sorry x perasan ada komen di sini...nnti boleh pm ana directly kat email anamio79@gmail.com
      sbnrnya doktor pakar yg berkaitan kalau tak silap mestilah dari pakar otak (sorry ana tak ingat istilah jabatan tsbt tp ada perkataan 'neuro' dan juga pakar kanak2 'paediatrik')
      ana cuma pi kat paediatrik shj..kat perlis xada pakar otak...kak boleh check kat GH/hospital kerajaan sama ada ,ada atau tidak kedua2 pakar tsbt.

      Delete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^