Monday, June 06, 2011

Bebas botol susu dan botol bebas BPA

Alhamdulillah, akhirnya anak-anak Ana (Aqilah dan Iwani) berjaya diajar untuk tidak mengguna botol susu.
Mereka dah mahu minum pakai cawan biasa.
Lega...
Ini bermakna selepas ni dah tak payah bawa botol susu lagi kalau nak ke mana-mana.
Cuma bawa bekalan untuk Adlin sahaja.
Dan selepas ni, tak ada lagi susu yang tumpah di dalam kereta.
Dan lagi, dah boleh jimat banyak sebab tak perlu lagi beli botol dan puting susu yang bersilih ganti.
Ana mengaku Ana agak lewat ajar mereka.
Kadang-kadang sebab kesian bila melihat merengek nak guna botol susu.
Tapi kena ajar juga sebab Aqilah dah nak masuk darjah satu tahun depan.
Ana tak pernah dan tak akan berhentikan mereka daripada minum susu kerana mereka mengalami masalah kurang berat badan-- terutama sekali Aqilah.
Dalam masa yang sama, Ana juga dah buang semua botol susu yang ada BPA dan menggantikannya dengan botol bebas BPA untuk Adlin.
Alhamdulillah, mujur ada yang dijual dengan harga yang berpatutan dan mudah didapati di pasaraya-- Pureen 
^____^


 
 Ini adalah botol-botol yang terakhir digunakan oleh Aqilah, Iwani dan Adlin

 Botol untuk Adlin

Mula-mula tu, memang kakak-kakak mengamuk juga.
Jadi, Ana kena terang la kenapa mereka dah tak perlukan botol susu untuk minum susu.
Kalau pakai cawan, lagi mudah.
Ada masa untuk pancing mereka mahu minum pakai cawan, ana letak beberapa ketul ais.
hehehe...rasuah lah skit. Maklumlah sekarangkan musim panas.
Tapi Ana taklah bagi selalu, kang sakit tekak, batuk pula.
Kadang-kadang kalau mereka mengelat tak mahu minum susu guna cawan, Ana cakaplah badan akan kurang kalsium. Bila badan kurang kalsium, tulang tak kuat. Nanti sakit pingganglah, sakit kakilah.
Macam-macamlah lagi.
Ibu-ibu lain buat macam mana?
Ana ingat mak ana dulu letak sesuatu yang boleh bagi pahit pada puting botol.
Ana tak tahu apa bendanya.
Sebenarnya boleh kalau nak buat macam tu. Tapi anak-anak sekarangkan pandai.
Kalau ada yang tak kena pada puting atau botol susu-- Mama, belilah yang baru @ mama, basuhlah bagi bersih dan letak sabun banyak-banyak.
Haahaha.. macam-macam alasan yang boleh dicipta oleh anak-anak sekarang.
Apa-apa pun, Ana tentu sahaja nak ucapkan terima ksih kat Cik Abang atas sokongan yang diberi.
Kalau dia tak membantu, memang tak berjaya kempen ana ni.
So, ibu bapa kena sama-sama main peranan ya.

3 comments:

  1. anis masa uyin dulu,xde masalah dgn botol susu,tapi puting laa pulakkk..smpai umo setahun lebih.mcm2 cara dah buat.last2,time dia lompat2,puting tu masuk kt balance kuah blackpaper dalam pinggan.kakakaka! smpai kesudah,dia tak berpunting.tenang hidup lepas tu.

    ReplyDelete
  2. lega!!!!!!senang nk jln2....budak2 skrg mmg lambat nk brhenti minum susu botol ana.....

    ReplyDelete
  3. aNiS tHe BumbleBee
    Anak menakan Ana ada 2 org yg makpak depa ajar pakai puting. Renyah jgk tu nak berentikan habit tu. Akalu tak ada puting, depa mcm resah, gelisah xleh lepas gian.Pastu mulalah nak merap. Ana mmg x ajar anak2 pakai puting sbb nnti molot cam muncung semacam.kekeke..

    kak NZA
    Mgkn sbb Ana jgk tak berkeras ajar depa minum pakai cawan.Tp bagus jgk bila depa dah x menggonggong botol.Depa dah semakin byk makan skrg.Asyik lapar memanjang...oklah tu.hehe..

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^