Tuesday, June 14, 2011

Rombongan ke Pusat Sains Negara

Muka budak umur 6 tahun yang suka sebab dapat pergi rombongan tadika dia ke Pusat Sains Negara, Gunung Keriang, Kedah.
First time nak bagi dia pergi sendiri tanpa Ana dan cik abang.
Cik abang kata tak payah ikut sebab nanti dia takkan berdikari sendiri. Lagipun, kami memang pernah pergi ke situ. Sesuai untuk anak-anak sekolah sebab pengunjung didedahkan dengan pendidikan secara amali. Ala-ala Petrosains jugaklah. Sesi lawatan ni memang menjadi aktiviti tahunan tadika anak-anak. Cuma mungkin tempat yang dilawati berbeza-beza dan tak mengambil  masa yang panjang. Pergi pukul 8 pagi, pukul 1 tengahari dah tiba semula kat rumah. Macam-macam cerita dia untuk adik-adik yang tak dapat ikut.
Iwani tak boleh pergi sebab rombongan tu hanya untuk budak umur 6 tahun jer.
Bukan senang nak jaga anak-anak kecik ni. Maklumlah budak-budak, banyak kerenah dan ulah serta maca-macam perangai. Ana tengok cikgu-cikgu sekolah depa, memang ana kagum sangat sebab cikgu-cikgu tu penyabar sangat.

Abah hantar ke sekolah. Bukan main lagi dia, seronok!
Dalam beg ada bekal air buah dan biskut.
Tinggallah mama, Iwani dan Adlin di rumah..

Peace untuk mama sebelum dihantar abah ke sekolah

 
Tersengih sampai kembang lubang idung..hehehe..

2 comments:

  1. hmm..budak2 ni kalo jalan2 ngan kawan2 naik bas..mmg sorang seronok dan teruja sgt kan..hihi..

    ReplyDelete
  2. ALoNa CintamaniszLite
    Memang tersangatlah seronok. Sbbtu tak boleh berjanji dgn budak2 ni nak bawak naik bas.Kang dituntut sampai berminggu-minggu.kekeke...

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^