Sunday, June 26, 2011

Semua anak adalah istimewa...LA TAHZAN!

Dah pernah tengok filem ni?
Dah 2 malam berturut-turut tengok filem ni.
Air mata? Takyah cakaplah. Merambu jer...
Memang sangat menyentuh hati dan perasaan.
Mungkin juga sebab ada kena mengena dengan diri sendiri.
Makanya diri menjadi begitu sensitif.


 My little Angel!

Apa-apa pun, tak boleh terus bersedih.
Mengambil kata-kata daripada sahabat baik --> LA TAHZAN!

Sekarang dalam perancangan.
Perlu daftar Aqilah di Pusat Persatuan Disleksia Malaysia
Beberapa perkara rutin pasti akan berubah.
Secara automatik, Aqilah tak akan habiskan pengajian di tadikanya.
Memang tak perlu dikejarkan sangat.
Tapi kalau didedahkan dengan lebih awal, mungkin Aqilah boleh masuk darjah satu tepat pada usianya.
Apa-apa pun perlu analisa terperinci peringkat/tahap disleksia Aqilah
Sebab kat hospital biasa, kita tak boleh tahu tahap dia.
Kita cuma boleh pergi dapatkan sokongan/ surat sokongan daripada doktor pakar.
Macam Aqilah ni, mula-mula cik abang buat appointment dan berjumpa dengan doktor pakar di Paediatrik, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.
Pastu, jumpa dengan Jurupulih dari Unit Pemulihan Carakerja untuk kenalpasti perkembangan fizikal Aqilah.
Ada beberapa pihak lagi yang terlibat-- Jabatan Pelajaran, Jabatan Kebajikan dan Pusat Persatuan Disleksia Malaysia
Ana dah bawa Aqilah ambil gambar pasport untuk buat Kad OKU. huhu.. 
Cukuplah kot cerita.
Apa-apa perkembangan, akan story lagi nanti.

3 comments:

  1. Ana,

    camne boleh detect Aqilah ada dyslexia?rasanya, dyslexia ni boleh dirawat dari awal kan

    ReplyDelete
  2. Ana,
    kakyong juga berminat nak tau camana leg detect Aqilah ade masalah dyslexia nih..

    setahu kakyong, penyakit ni boleh dirawat, mungkin tgh tahap juga kan.. sbb ade kawan yg memang dyslexia, & hanya boleh mbaca masa darjah 4..

    Insya Allah, Aqilah pasti boleh.. all teh best Ana.. jgn sedih.. Aqilah mungkin kurang dari satu segi, tp lebih di segi yg lain..

    ReplyDelete
  3. Ina Hashim & kakyong,
    A'a kak. Mmg boleh dirawat. Kena usaha gigih dan tawakal--Aqilah kena perlu lebih byk latih tubi berbanding anak2 lain.
    Terima kasih.

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^