Tuesday, August 09, 2011

KLCC Breastfeeding Flash Mob 2011



Ibu-ibu ini sanggup berkumpul semata-mata untuk mendapatkan hak menyusu anak walau di mana-mana sahaja dan bukannya di dalam tandas atau di tempat-tempat terpencil @ terpesorok.
Penyusuan susu ibu di khalayak ramai atau di tempat terbuka semakin diiktiraf oleh masyarakat.
Ia bukan satu jenayah.
Hellooo... takkan nak bagi anak makan pun menjadi satu kesalahan besar?
Takkan kita sanggup membiarkan baby kita melalak menagis kelaparan semata-mata tiada tempat untuk menyusu sekiranya kita berada di tempat awam?

Ikhlas... bila Ana tengok video ini, meremang bulu roma Ana. Betapa bersemangatnya ibu-ibu ini.

Untuk kelahiran kali ini, Ana tak perlu lagi rasa malu untuk menyusukan baby di khalayak ramai terutamanya apabila berada di tempat awam.
Ohh...Ana kan suka jalan-jalan..shopping..jadi tak perlu lagi berlari-lari ke nursing room sekiranya baby melalak nak susu.
Boleh terus BF baby dalam keadaan sopan dan menutup aurat.
Insyaallah... semoga dipermudahkan perjalanan niat ini.

No comments:

Post a Comment

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^