Friday, August 12, 2011

Presenting my little hero...


Bersalin kali ni agak mudah tetapi perit.
Haha.. apalah cakap camtu.
Kali ni, tak bersalin kat hospital swasta. Tawakal jer bersalin kat hospital kerajaan.

Mengharapkan dapat layanan yang baik, dijaga aurat dan maruah ketika bertarung di dalam bilik bersalin. huhu...
Seperti mengandung sebelum-sebelum ni juga, Ana ada masalah yang sama.
Baby dalam kandungan kecil dari usia kandungan dan air ketuban kurang.
Last check up kat Klinik Pakar pada 11 Julai 2011, Hospital Tuanku Fauziah, doktor cakap air ketuban dah kurang banyak dan pintu dah buka 2 cm. Doktor minta admit wad hari tu juga untuk induce esok pagi.
Ana minta tangguh masuk petang (appointment pagi) sebab nak tunggu cik abang balik dari sekolah dan nak siap serba sikit barang-barang untuk anak-anak yang nak kena tinggal di rumah.
Seperti biasa juga bila dah diseluk di bawah, Ana akan mula rasa contraction.
Cik abang hantar Ana masuk wad pukul 6 petang.
Walaupun lapar, selera makan ana mati.
Tak tau nak makan apa.
 Bila diberitahu, nurse akan ambil CTG (graf jantung baby), Ana bangun pukul 3.30 pagi, bersihkan diri serba sedikit. Sebenarnya Ana langsung tak boleh tidur pun. Manalah nak boleh lelap dah, tambahan pula di wad hospital, susah hati pun ada juga. Takut kalau lepas doktor masukkan ubat induce pukul 7 pagi nanti, pintu tetap tak buka. Pastu, balik dok kat katil, Ana ambil minyak selusuh yang mama bekalkan. Mama kata kalau dah mula rasa sakit boleh sapu. Ana sapulah sikit. Tak lama pun. Tak lama lepas tu, Ana mula rasa contraction. Mula-mula rasa dalam 15 minit sekali. pastu makin kerap 10 minit, 5 minit. Biar betul nih?
Nasib baik nurse memang dok buat round untuk ambil tekanan darah dan check jantung anak. Ana terus bagitau dah mula rasa sakit. nurse ambilkan kerusi roda dan bawa Ana ke bilik pemeriksaan. Bila doktor check, pintu dah terbuka 9 cm.
Uuu mak aihh.. patutlah sakit sangat. memang dah tak payah induce dah kalau cenggini.
Tapi, dari pukul 4 pagi, pukul 6.13 minit si hero ni baru boleh keluar. Bayangkan hampir 2 jam meneran. Sakit tak terkata. memang letih sungguh. Bila keluar sahaja si hero ni, nurse tanya anak sebelum ni dah ada laki ke? Ana cakap semua perempuan. pastu, doktor yang sambut baby pula cakap, anak lelaki memang susah sikit nak keluar. Ye ke camtu? Maunya tak susah, 3 orang doktor datang tolong sambut. Sorang jaga jantung baby, Sorang pegang perut dan sorang lagi tolong sambut baby. Dasyat sungguh! kekekeke...
Itulah yang Ana cakap mudah tapi perit. Tak payah tunggu lama untuk menantikan pintu terbuka tetapi susah pula nak meneran nak bagi keluar. Sampai dah rasa putus asa. Mujur boleh juga bersalin biasa. Cuma rasa hairan juga sedikit, kenapa doktor tak guna alat bantuan kalau dah lebih dari sejam, baby masih belum keluar? Masa bersalinkan Adlin, bila doktor dah nampak Ana tak mampu nak teran dah, dia guna ventousse (alat bantuan seperti vakum) untuk menarik kepala baby. Ana tak sempat nak tanya tentang itu. Mungkin mereka lebih tahu. Apa-apa pun semuanya dah selamat.



*
*
*
*
*
*
*
*

Dua minggu mencari nama yang sesuai dengan sifat dan harapan Ana dan suami.
Mak mertua minta letak nama panjang sebab kali ni beroleh waris...kekeke...
Akhirnya kami pilih...
*
*
*
*
*
*
*
*
Mior Muhammad Ammar B Mior Mohd Shahril
12 Julai 2011
6.13 pagi
2.55kg
Inilah hero Ana...


Hari kedua kelahiran.



Minggu kedua, muka nampak susut sikit, berat badan pun kurang dekat 200gm jadi 2.3kg. 
Masa ni kuning Ammar tinggi, sebab tu berat badan dia turun.

Nantikan wajah terbaru selepas dicukur.



p/s: Maaflah lambat introduce.
Nak buat entri ni pun dah dekat sebulan baru boleh nak menulis.
Tak larat nak duduk lama-lama. 
Kalau setakat update sikit-sikit kat Facebook, takpe lagi sebab takyah nak karang apa-apa.
Nak-nak pula kelam kabut dengan anak-anak dara tu lagi. 
Banyak perkara yang masih berserabut.
Berpantang pula sorang-sorang. So, Ana dahulukan mana yang penting dahulu.
Syukur juga, kali ni boleh bercuti lama sikit. Ana pilih cuti 3 bulan. Bolehlah bagi hero Ana ni besar sikit sebelum dihantar ke nurseri. Bila dah start keja, sohih susah dah nak beri tumpuan sepenuhnya.
Bila dah ada peluang ni, Ana nak jadi suri rumah sepuas-puasnya. hehehe...

7 comments:

  1. Syukur Alhamdulillah, comel sgt baby boy ana n namanya pn sedap disebut..mcm nama salah sorg anak buah akak..mmg kata org brsalin anak lelaki brganda sakitnya n dr pngalaman akak sndiri mmg begitu...
    Setahu akak, kelahiran mengunakan vakum berisiko pd baby...

    ReplyDelete
  2. syukur alhamdullillah, kali ni dpt hero...tahniah
    bestnya amik cuti 3 bulan

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah.....tahniah ana....comey bbb ammar..selamat berpantang.

    ReplyDelete
  4. Tahniah. Akak tumpang happy. Comelnyer baby Amar. Syukur semuanya dh selamat. Take care

    ReplyDelete
  5. kak NZA,
    Berisiko mmg lah berisiko...tp itu salah satu alat bantuan kalau dah ibu dh x larat nk meneran.

    MAMASYAZA
    TQ kak Su. Hehehe..jom akak join d club..boleh cuti 3 bln...kekeke

    MaMa3H
    TQ kak Dina

    idasm,
    TQ kak Ida. Lega semuanya dh selamat.

    ReplyDelete
  6. Tahniah Ana....bestnya bau newborn aby nih...ini 1st boy in the family kan?wah....berganda tahniah ye dan selamat berpantang

    ReplyDelete
  7. Assalam kak ana,

    Tahniah yea dengan kelahiran Ammar...moga mmbesar tumbuh mnjadi anak soleh.Kalau baby dh yg seterusnya mmg mudah nak bersalin cepat,laluan dah memang luas.

    Dikesempatan ni nak ucapkan Selamt Hari raya
    utk akk sefamily.Moga Syawal kali ni memberikan 1001 Rahmat buat kita semua....insya Allah.

    Salam sayang dari Perantauan.

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^